Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Apa khabar semua? Kita sudah berada pada hari ke-3 untuk 2nd PKP! Buat pengetahuan korang semua, setakat ini kes positif COVID19 sudah mencecah 3,333 kes! Tinggi tu... Penambahan 3 kematian guysss... Bukan 1 angka yang boleh dibanggakan!
Diharap korang semua dapat memberi kerjasama dengan kerajaan dan juga Frontliner kita. Insya Allah...
Sepertimana semua tahu, tempoh hari Perdana Menteri kita sudah umumkan berkaitan dengan BANTUAN PRIHATIN NASIONAL kan? Korang yang mana dah terima BSH sebelum ni, maybe tiada apa-apa masalah. Tapi yang belum pernah terima dan LAYAK untuk menerima BPN 2020 kali ni, boleh start membuat permohonan baru pada 01 April 2020. Kita nak share sikit step untuk rujukan korang...
Langkah 1 :
Kena tahu kelayakkan anda memohon kategori mana. B40 ker? M40 ker? Bujang berusia 21 tahun dan berpendapatan RM2000 kebawah ker? Saya tak tahu status anda...
Contoh yang saya bagi ni adalah M40 yg tak pernah register ke LHDN (sebab pendapatan boleh cukai tak capai tahap perlu bayar cukai pendapatan)
Langkah 2 :
Sila layari laman web www.hasil.gov.my
Langkah 3 :
Pilih "Bantuan Prihatin Nasional" - saya bulatkan warna merah.
Langkah 4 :
Masukkan nombor Kad Pengenalan.
Selepas tu akan muncul kod "CAPTCHA" Masukkan kod captcha tersebut.
*rujuk gambar Langkah 4a
Langkah 5 :
Oleh kerana saya tidak pernah daftar ke LHDN, laman web memaparkan kenyataan "Tiada Rekod. Sila klik butang pemohonan baru"
Kemudian klik butang PERMOHONAN BARU
Langkah 6 :
Isikan data-data permohonan tersebut.
Hantar langkah 6a,6b,6b,6c dan 6d
Sila sediakan :
-Nombor IC pemohon dan ahli keluarga semua
-Nombor Akaun Bank pemohon dan pasangan
-Jumlah pendapatan kasar isi rumah
-Tarikh Kahwin
Langkah 7 :
Selepas siap hantar, Anda boleh buat pilihan untuk CETAK dan sambung seterusnya ke proses "MENDAFTAR AKAUN BAGI TUJUAN LOG MASUK"
Diharap apa yang kami share ni dapat menjadi rujukan buat korang yang kena buat Permohonan Baru.
#ambilpeduli
#STAYATHOME
#COVID19