Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Salam Jumaat kami ucapkan kepada semua. Alhamdulillah kami di beri peluang oleh-Nya untuk update blog pada hari ni. Semua order bagi bulan September 2013 telah kami siapkan & pos. Insya Allah kami akan mula proses menggunting & menjahit order bulan Oktober 2013 pada petang ini ataupun esok hari. Badan & otak perlukan rehat sikit. Maklumlah dok ngadap menjahit je. Mata pun boleh naik letih...
Alhamdulillah, kita masih mampu bernafas & menjalani rutin harian kita serta mencorakkan hari-hari kita di bulan Oktober 2013 pula. Oleh itu jom kita sama-sama mengucapkan kesyukuran kepada-Nya.
Untuk pembuka bulan Oktober 2013 ini, kami masih lagi dengan koleksi keychain kami. Pada kali ini ada unsur-unsur K-Pop sikit. Empunya keychain ni minat sangat-sangat K-Pop.. Kalau korang nak borak-borak tentang K-Pop, bolehlah berkawan dengan mereka..hehehehe..
Apa yang kami maksudkan K-Pop tadi? Jom terjah...
Kod : KC011013
Gabungan warna yang cukup menarik & menonjol. Kalau peminat K-Pop, siapa tak kenal dengan group 'SHINEE' & 'SUJU' .. Memang terguling-guling lah kalau dapat keychain ni...
Kod : KC021013
Ini pula design yang sentiasa mendapat sambutan. Lambang hati menandakan kasih sayang.. Khas untuk 'SOFIYA'... suka sangat-sangat nama tu!
Kod : KC031013
Keychain Love lagi tapi kali ni nama lain pula. Tuan punya pun berbeza. 'CHIKI'.. Unik kot nama tu! Siapa nak???
Kod : KC041013
Keychain K-Pop lagi. Group 'SHINEE' sekali lagi menjadi pilihan.. Rock the WORLD katanya!!!
Kod : KC051013
Keychain Love kali ni dengan nama 'ZILA'.. background berwarna biru gelap & nama pula gabungan hijau dan kuning!
Kod : KC061013
Keychain Love kali ni agak sweet gabungan warnanya. Kami suka juga kalau gabungan warna sebegini, terasa lembut!
Itulah yg kami maksudkan dengan unsur-unsur K-Pop... Biasalah sekarang ni masing-masing gilakan K-Pop. Kami pun sukakan K-Pop tapi sekadar suka tengok rancangan Running Man sahaja setakat ni. Kalau cerita Korea tu kadang-kadang layan juga.
So, kepada peminat K-Pop, korang boleh juga membuat tempatan sepertimana yang telah di tempah oleh Kak Yang kawasan ni... (^_^) Seperti biasa, tempahan boleh di buat melalui email qasehmuslimah.munirah@gmail.com , PM kami di FB Page & melalui ORDER FORM kami... senang sangat2.. semuanya di hujung jari anda...
terima kasih kerana sudi singgah & baca blog kami...
enjoy shopping & crafting with us...
~KAMI NAK CURI MASA KORANG SIKIT~
#ada pengumuman sikit.. Kami telah join Photo Contest di mana 50% di kira melalui VOTE di FB & 50% lagi daripada admin contest. So, kami nak minta jasa baik sahabat semua untuk VOTE kami dengan klik LIKE di link ini... Photo Contest
Thanks in advance dari kami...
HUwaa... nak gakkk.. Huhuhu
ReplyDeletehehehe...boleh sgt2...isi order form...tempahan Crew Fathi amat di alu-alukan...hehehhe
Delete