Berehatlah Tok Guru... Semoga Tok Guru berbahagia & gembira di sana...
"Berehatlah Wahai Murabbi
Jam 9.45 malam tadi, telah berangkat
ke rahmatullah Murabbi Ummah yang melakar sejarah agung di negeri
Kelantan Serambi Mekah, Tuan Guru Dato
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Tepat 12 Februari 2015 bersamaan tarikh
kematian pengasas Ikhwanul Muslimin, Hassan Al-Banna yang ditembak mati
pada tarikh 12 Februari 1949.
Berangkatlah menuju Tuhanmu wahai sang murabbi yang telah melahirkan
ribuan kader politik dan dakwah sepanjang hayatnya. Takdir Allah yang
maha agung, setelah berminggu lamanya di Hospital Universiti Sains
Malaysia (HUSM), beliau dibawa pulang ke rumah dan tiba tepat jam 8.50
malam ketika solat Isyak didirikan di masjidnya."
Sumber : FB : Ahmad Fadhli Bin Shaari
Sumber :-
~ FB : Parti Islam Se-Malaysia
~ FB : Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan
~ FB : Nik Abdul Aziz Nik Mat
No comments :
Post a Comment
Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)