Enjoy shopping & crafting with us..

Tuesday, July 17, 2018

Terima Kasih IJN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Lama tak update tentang business FELT CRAFT kami.  Bukannga dah tak buat tau tapi kami slow kan sikit. Ambik mana yang mampu siapkan memandangkan keadaan kami yang bekerja sepenuh masa ni... Hehehhehe... 

Kami memang sentiasa update bahawa kami hanya menerima tempahan pada masa tertentu sahaja. Alhamdulillah, majoriti nya faham keadaan kami. Oleh itu, kalau korang nak order, boleh terus contact kami. Insya Allah kita boleh bincang dengan aman... chewahhhhh!!!!

Pada entry kali ini, kami nak share dengan korang salah satu koleksi yang telah kami siapkan. Bukan untuk customer kami tapi untuk di hadiahkan kepada pihak yang paling banyak menolong keluarga kami dalam masa 3 bulan yang genting...
Sebelum kita start cerita, jom kami nak share gambar koleksi comey kami ini. Mesti korang rasa jealous giler...






Actually, kami hadiahkan CASING KOTAK TISU ni kepada staf-staf di Institut Jantung Negara (IJN) Tingkat 2 Blok B.  Ayah mertua kami di masukkan ke IJN kerana ada masalah jantung.  Lebih kurang 3 bulan.  Sebagai tanda terima kasih kami sekeluarga kepada staf IJN yang banyak sangat menolong, kami hadiah kan CASING KOTAK TISU. 

Memang membunga sangat kami time nak hadiahkan Casing Kotak Tisu ni. Almaklumlah, ini hanyalah hadiah kecil dari kami atas segala perhatian dan masa yang mereka berikan kepada ayah dan ibu mertua kami sepanjang mereka check-in di sana.
Kami pun rasa sangat berbesar hati bila pihak IJN pun turut excited bila menerima hadiah dari kami ini.

Boleh tak kami nak order casing sebijik macam ni?
Harga macam mana?
Ada minimum order ke?

Tak payah malu-malu, boleh terus contact kami!
011-2427 4941
011-2427 4941
011-2427 4941

My name is Eira...hehehhe

Terima kasih sebab sudi baca entry kami kali ni. Kalau nak order, boleh terus contact kami tau. Kita boleh terus berbincang...
Kalau nak order dengan kuantiti borong atau nak buat gift untuk majlis-majlis tertentu pun boleh. Tapi make sure korang bagi kami masa sikit sebabnya semua ini kami jahit secara manual. Gunting secara manual... Dan semuanya manual...

Oklah, sehingga berjumpa di entry akan datang...

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)