Enjoy shopping & crafting with us..

Sunday, November 12, 2017

Ambil lagi tak Order FELT CRAFT?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Ramai yang INBOX kami, tanya dah tak ambik order FELT CRAFT dah ke? Lama tak nampak update tentang felt craft di Facebook ataupun di Blog.. Kenapa ek??

Sebenarnya adik kakak sekalian, sekarang ni kami memang super duper busy sikit. Almaklumlah, sekarang kami dah bekerja di salah sebuah syarikat di Perak ni. Office hour, start jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang! So, rutin kami memang dah berlainan sangat...
Sebab itulah kami jarang update tentang Felt Craft! Sekarang ni laju update berkaitan dengan business HANDBAG, HANDSOCK & STOKIN sahaja... Sebab itu je kami sempat nak ngadap... 

Bab ambik tak tempahan untuk FELT CRAFT???
Sebenarnya kami takde lah terus berhenti dari Felt Craft ni. Ada jugak ambik tempahan customer. Cuma sekarang banyak sikit la kami perlu consider kan...

Berapa quantiti?
Tempoh hari yang di perlukan??
Material? (sebabnya sekarang ni terhad sikit nak survey material)
Berapa lama customer boleh tunggu...?

Semua tu memang memainkan peranan penting...

So, kalau korang berminat untuk membuat tempahan Felt Craft, masih boleh terus WhatsApp/Telegram kami di no : 011-2427 4941 ...
Kita boleh bincang tentang harga, masa & sebagainya... 
Kalau dua-dua pihak tiada masalah, so boleh proceed ORDER!!

Ok?

Kalau korang ada sebarang pertanyaan, boleh terus komen kat Blog ni...
Nak whatsApp/Telegram kami pun boleh...

Saturday, November 11, 2017

Berwajah Baru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Setelah sekian lama, kami nak sangat re-design balik Blog kami ni tapi selalunya masa tu takde! Kalau ada masa pun selalunya tak sampai hati nak buang yang lama & update design baru...

Tapi kali ni kami tekad! Lama pandang design lama... Then terus start dengan background baru...
Kami nak tanya pendapat korang semua..

Ok tak?
Apa perlu diperbaiki?