Enjoy shopping & crafting with us..

Sunday, April 22, 2018

AQUA FOR RAMADAN by The Telekung Project

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...
Sedar tak sedar, Ramadan yang dirindui bakal menjelma lagi. Semoga kita semua direzekikan untuk bertemu Ramadan ini. Pasti ramai mencari peluang untuk menanam benih kebaikan apatah lagi merebut peluang untuk meraikan bonus di bulan Ramadan ini.
TheTelekung Project (PPM-018-10-15082012) ingin mengajak sahabat semua melalui mini project AQUA FOR RAMADAN. Sasaran 3000 karton air minuman untuk diedarkan kepada 10 buah masjid/surau yang akan menjalankan ibadah terawih dan berbuka puasa. Setiap surau/masjid akan diberikan 300 karton air minuman (300 karton x 24 botol = 7200 botol) untuk kegunaan Jemaah sepanjang bulan Ramadan yang bakal menjelma ini.
Sasaran 3000 karton ini bermakna kami akan membuka peluang kepada sahabat yang ingin mengambil peluang ini untuk menyumbang RM 12 sekarton (termasuk kos lori dan labour untuk edarkan ke 10 buah masjid/surau).
Fasa mini project ini adalah seperti berikut:
💡Fasa pertama: Pengumpulan dana untuk menyediakan 3000 karton air minum dengan label khas “100 % from & for Charity”
💡Fasa kedua: Tempahan air minuman di kilang
💡Fasa ketiga: Penghantaran dari Kilang ke tempat Penyimpanan TP
💡Fasa keempat: Edaran ke Masjid/Surau menggunakan 10 buah lori
💡Fasa Tamat.
Kepada yang berminat untuk merebut peluang ini boleh melalui:
CIMB Telekung Project (8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek
MBB Admin Telekung Project (5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz
(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan AQUA FOR RAMADAN
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733/ +60197357151
‼️‼️‼️Sgt penting: Mohon isikan borang di bawah utk tujuan DATA AUDITING KAMI:


Fasa pengumpulan dana untuk 3000 karton air minuman ini akan dibuka selama dua minggu bermula daripada 13 April 2018 – 27 April 2018, walaubagaimanapun akan ditutup segera jika telah mencukupi kerana kapasiti project hanya memerlukan 3000 karton air minuman sahaja.
33 hari lagi menuju Ramadan, dan semoga mini project ini menjadi ruang untuk kita #sharewithrandom dan merebut pahala di bulan Ramadan dan sebagai persediaan untuk kita melatih diri melakukan kebaikan yang simple menuju Ramadan yang dirindui.
Salam Ukhwah,
Azila Aziz
13 April 2018
26 Rejab 1439H








Boleh terus refer ke FACEBOOK : TheTelekung Project

Saturday, April 21, 2018

Berita Baik!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera... 

Insya Allah, dalam masa terdekat ni kami ingat nak lancarkan 1 GIVEAWAY untuk semua sahabat Blogger kami...
Tengah siapkan hadiahnya... Insya Allah ada 2 hadiah yang kami sediakan. Itu pun hasil jahitan kami sendiri...

Korang semua get ready je...
Tak susah pun syaratnya sebab kami nak buat suka-suka bagi meraikan sahabat Blogger kami semua...

Monday, April 9, 2018

Jubah byFatinSuhana..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Korang dah baca ke entry tentang Majlis Kesyukuran sempena Perkahwinan adik lelaki kami? Kalau belum, boleh klik link di bawah ni.

1st Entry : Cupid Love Untuk Tetamu Comel


Muhammad Mustaqim Bin Mustafar
&
Azlina Sukery

Alhamdulillah majlis selamat dengan jayanya berlangsung pada 17 Feb 2018 yang lepas. So Insya Allah kami ada kelapangan sedikit untuk update Blog ni. Sambil-sambil share dengan korang apa yang menarik sepanjang majlis berlangsung! 

Kami juga nak share dengan korang antara sponsor dan klik-klik terbaik yang menjayakan majlis keluarga kami ni.

Untuk kali ni, kami nak share dengan korang pihak yang bertanggungjawab untuk baju pengantin adik ipar kami. Di sebabkan adik ipar kami bunting pelamin (Alhamdulillah...murah rezeki mereka...), so agak sukar untuk kami carikan baju pengantin. Mujurlah masa tu kami tergerak hati untuk survey online! Maka, dengan jayanya kami berkenan & adik ipar kami pun berkenan dengan baju dari salah satu butik hebat ni...



Sebenarnya kami memang suka sangat dengan koleksi dari ByFatinSuhana ni. Memang cantik giler... Mulanya kami berkenan nak beli untuk diri sendiri tapi bila fikir balik, baik settle kan bab majlis adik ni dulu. Kebetulan pula ByFatinSuhana tengan buat SALE!!! Sudah tertulis rezeki pasangan pengantin kita ni, saiz baju ada, harga baju dalam budget, memang tak tunggu lagi lah...Terus beli!



Instagram : byfatinsuhana

Disini kami share dengan korang semua link FB, Website & Instagram ByFatinSuhana ni. Manalah tahu sedikit sebanyak dapat membantu korang yang tengah cari koleksi baju muslimah yang cantik-cantik dan bergaya! Untuk pakai biasa-biasa boleh, ke majlis-majlis boleh, semuanya ada di sini. 
Confirm korang rambang mata!!!

Okeylah, ini sahaja yang mampu kami share untuk entry kali ni. Sudilah komen & share Blog comel kami ni nanti ek... Insya Allah kita jupe di entry akan datang...