Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Start pada 24/05/13 ~ 26/05/13 kami bercuti kerana join Majlis Perkahwinan sepupu kami di Pasir Puteh, Kelantan. Kebetulan husband tiada apa-apa urusan so kami terus pecut balik Kelantan pada pagi 24/05/13 lepas! Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Biasalah kalau hendak manage kenduri besar, macam-macam perkara kena alert! Kadang-kala perkara di anggap kecil tapi itulah yang paling penting... (^_^)
Kami di QasehMuslimah-Munirah mengucapkan
TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU
kepada pasangan Fatin Izni (Uthe Yank) & Muslim (Matleng Kunding)...Semoga kegembiraan & kebanggaan ini berkekalan hingga akhir hayat. Amin....
![]() |
Tag ini kami sediakan khas untuk Fatin & Muslim |
Kami di beri tanggungjawab bagi menyediakan DoorGift kepada tetamu VIP! Bukan senang nak siapkan semua DoorGift ni kerana dalam kuantiti yang banyak & perkara-perkara yang nampak remeh tetapi perlukan ketelitian! Alhamdulillah, akhirnya semuanya siap seperti dalam perancangan kami... Semoga keluarga & pasangan berpuas hati hendaknya...
Setelah berfikir dan berbincang bersama-sama kami, akhirnya Fatin setuju untuk membuat tempahan dari kami iaitu :-
- Sudu Seramik Felt ~ 30 pcs
- Pillow Mini Felt ~ 20 pcs
- Kotak Emas ~ 20 pcs (untuk Pillow Mini Felt)
- Senduk Kayu Felt ~ 6 pcs (untuk di meja makan beradab)
- Bakul Hiasan VVIP ~ 6 pcs (untuk di meja makan beradab)
- Bunga Dada ~ 15 pcs (untuk keluarga & pembantu belakang tabir)
Kebetulan semasa kami menerima tempahan dari Fatin, kami turut di hujani dengan tempahan-tempahan dari customer kami yang lain juga. Memang tidak menang tangan untuk kami siapkan semua ni... Banyak betul dugaan! Oklah, jom kita zoom satu persatu koleksi DoorGift sempena Hari Istimewa Fatin & Muslim (^+^)
~ Sudu Seramik Felt ~
![]() | |
Kod : DG 010513 |
Simple, exclusive & nampak luxury serta bergaya!!! Confirm bulat mata tetamu apabila memandang DoorGift pilihan Fatin ni (^_^)
~ Pillow Mini Felt ~
![]() |
Kod : DG 020513 |
![]() |
Kod : DG 030513 |
~ Senduk Kayu Felt ~
![]() |
Kod : DG 040513 |
Warna tema PURPLE tetap menjadi penyeri DoorGift kali ini. Potpuri menjadi pilihan kami bagi melengkapkan deco-deco Senduk Kayu Felt!
~ Bakul Hiasan VVIP ~
![]() |
Kod : DG 050513 |
Ini adalah set lengkap DoorGift untuk di letakkan di Meja Pengantin bagi sesi Makan Beradab. Bekas kaca itu adalah dari pengantin sendiri. Pillow Mini Felt telah kami kemaskan dalam kotak emas. Sudu Seramik Felt & Senduk Kayu Felt turut menjadi teraju utama bagi Set Lengkap ini.
~ Bunga Dada ~
![]() |
Kod : DG 060513 |
Puas hati kami apabila melihat pengantin & keluarga tersenyum lebar. Kami sentiasa memberikan yang terbaik kepada customer kami. InsyaAllah, pada Part 2 nanti kami akan kongsikan serba sedikit gambar di sepanjang majlis berlangsung & beberapa gambar hasil kerja Family Besar kami ini... So, korang kena tungguuuuu....
Kepada bakal pengantin & customer serta followers kami yang memerlukan idea DoorGift seperti ini, korang boleh terus PM kami. Contact kami di FB, Page, Email qasehmuslimah.munirah@gmail.com dan di ruangan komen kami. Ataupun boleh terus isi ORDER FORM kami...
Enjoy shopping & crafting with us...
wahhhh kreatifnyaaaa :)
ReplyDeleteterima kasih (^+^)
DeleteCantiknya..kreatif betul. Kagum saya tengok
ReplyDeleteterima kasih banyak2 Ainim...
Deletealhamdulillah, sy wat yang terbaik utk customer... (^+^)
I'm not sure exactly why but this blog is loading very slow for me. Is anyone else having this issue or is it a problem on my end? I'll check back later and see if the problem still exists.
ReplyDeleteTake a look at my web site: tipps zum thema abnehmen mit wii 2
mayb its cause of ur server internet...
Deleteanyway, thanks for BW... (^_^)
Sy berminat dgn senduk tu..bole tau brape harganya ..
ReplyDeleteboleh terus direct WhatsApp kami di 011-24274941 (Eira)
DeleteHarga bergantung kepada bilangan order & design