Enjoy shopping & crafting with us..

Showing posts with label Handmake Craft : Casing Power Bank. Show all posts
Showing posts with label Handmake Craft : Casing Power Bank. Show all posts

Friday, March 27, 2015

Casing SUPERMAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Selamat Pagi semua customer & followers kami... Alhamdulillah, rezeki kami untuk update Blog pada pagi ni. Dah beberapa hari kami terpaksa tangguh update Blog sebab terikat dengan duty siapkan readymade koleksi Felt Craft & order handbag/backpack yang agak lumayan bulan ni.

Apa benda pula tiba-tiba ada Superman ni??? Korang mesti tertanya-tanya kan?? Ini adalah tempahan yang kami terima dari salah seorang customer kami. Peminat tegar superhero..hehehehehe

Sepertiman korang baca title, begitu jugalah isi kandungannya. Hari ni kami nak share tentang casing power bank yang telah kami sediakan untuk regular customer kami ni. Dia memang peminat casing ni. Dah berapa kali order casing felt kami. Nak tengok gambar penuh?? Manalah tahu kot-kot korang nak jadikan salah satu idea korang nanti...

Casing PowerBank
Kod : CSG010315
Hiasan : Logo SUPERMAN
Warna : Royal Blue/Grey

Simple je casing ni tapi menarik & tertarik. Selalunya lelaki ni memang kurang sikit nak hias penuh. Janji simple dan kemas. Memang kenalah dengan hasil kerja kami, simple & kemasan jahitan yang 100% pasti!!! (^_^)

Kalau korang terliur nak juga casing macam ni, boleh je terus membuat tempahan dari kami. Untuk hiasan tu tak semestinya logo Superman je, korang boleh pilih sendiri. Warna?? Korang boleh pilih juga. Semuanya boleh discuss...hehehehee

Sebarang tempahan/pertanyaan boleh terus contact kami di :-
  1. WhatsApp kami di no : 011-2427 4941
  2. PM kami di Page FB QasehMuslimah.Munirah
  3. Email kami di : qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  4. Menggunakan ORDER FORM kami di bahagian paling bawah Blog ni.
Ada INFO penting dari kami -->
  • Kepada warga Teluk Intan, Perak, pada 30.03.2015 (Isnin) nanti pihak QM-M akan membuka Booth di Depan Bangunan TM Point Teluk Intan, Perak. Pelbagai barangan ready made kami sediakan dengan harga yang super duper murah!!! Jangan lupe datang tau...
  • Kepada peminat HANDBAG/BACKPACK/TOTEBAG, korang boleh singgah di Page FB QasehMuslimah.Munirah atau FB Munirah Mustafar untuk memborong pelbagai koleksi handbag/backpack/totebag! Harga OFFER CLEARANCE STOCK sebelum GST!!! Jom shopping cepat..
So, jangan lupe temujanji kita di Teluk Intan & jom pakat-pakat borong handbag/backpack/totebag hrga MURAH dari kami...

Thanks kerana sudi luangkan masa korang membaca entry kami kali ni...
enjoy shopping & crafting with us...

Sape nak voucher? (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...DLL..)
Sila tekan WHOHAA & Terus register sahaja.
PERCUMA! Free voucher (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...and another)
Please visit WHOHAA to join member. (join member for free)

Share IKLAN --> Orang KLIK --> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje..

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah... Daftar free, kumpul point mudah sangattttt... 
Cepat KLIK SINI!!!

Klik LIKE sini yea.. TQ --> QasehMuslimah.Munirah Page

Thursday, December 18, 2014

Casing Handphone + Powerbank

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua??? Maklumlah musim-musim hujan & banjir ni kita kena tingkatkan lagi tahap kesedaran menjaga kesihatan kita. Lebih baik mencegah dari merawat.. Betul tak?? Alhamdulillah, akhir tahun ni kami busy dengan order customer yang masuk samada order direct dari customer kami ataupun order dari agen kami. Rezeki bersama...

Untuk entry pada kali ini memang special!! Customer kami, Nurasyidah, memang kreatif.. Permintaan dia untuk kami siapkan casing handphone & powerbank dia. Bukan jahit asing-asing tapi sekalikan. Korang faham tak?? Jom kita tengok...

Koleksi : Casing Handphone + Powerbank
Kod : CSG011214
Hiasan : Owl & Butterfly
Tulisan : NURA JEJAI

Amacam? Bergaya tak?? Kalau di perhatikan ada 2 poket iaitu satu untuk handphone manakala satu lagi untuk powerbank. Maknanya tidak perlulah nak pegang banyak-banyak benda. Letak je sebelah menyebelah then charge! Barang pun tak simpan merata tempat (^_^)

Pada mulanya kami banyak fikir juga tapi bila fikir dalam-dalam, apa salahnya mencuba! Benda baru macam ni insya Allah menjadi satu fenomena... chewah, kau ada!!!! hehehehe... Bila dalam proses menjahit memang agak banyak kerja remeh nak di siapkan tapi bila dah siap, Alhamdulillah cantik!!!!

Ini adalah gambar yang sempat kami ambil untuk pandangan design bahagian dan belakang. Tak banyak sangat kami ambil gambar sebab dalam kepala time tu ingat nak siapkan order customer je... Makan minum pun dah tunggang langgang time tu...

Okeylah, kalau korang semua berminat untuk membuat tempahan seperti ini ataupun membuat tempahan koleksi felt craft kami yang lain, boleh terus contact kami. Macam biasalah, kami sediakan korang 4 cara untuk tempahan & pertanyaan :-
  • Menggunakan ORDER FORM kami di bahagian paling bawah Blog ini.
  • Melalui email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  • PM kami di Page FB QasehMuslimah.Munirah
  • WhatsApp kami di no : 011-2427 4941 (online sehingga jam 10.30 malam sahaja)
Terima kasih sudi luangkan masa membaca entry kami kali ini...
enjoy shopping & crafting with us...

Sunday, October 27, 2013

Handmake Craft : Casing Power Bank

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Apa khabar semua? Alhamdulillah DIA memberi kesempatan & peluang kepada kami untuk terus berblogging & sentiasa permudahkan serta permurahkan rezeki kami dalam dunia perniagaan ni.
Entry pada kali ni, bukannya keychain...hehehehe... Maklumlah, kebanyakan tempahan yang kami terima adalah keychain. Tapi jangan salah anggap pula kerana koleksi kami yang lain juga tetap menjadi pilihan utama.

Bagi yang sukakan gadget, korang mesti sentiasa mencari somethings yang dapat menjaga kesempurnaan & mencantikkan lagi gadget korang. So, korang boleh percaya pada kami. Sebagai buktinya, 3 design casing Power Bank ni...!!!! Design yang simple tapi korang boleh membuat pelbagai pilihan hiasannya...


Kod : CSG011013
Casing Power Bank ini kami hiaskan dengan warna-warna blok yang sangat-sangat menonjol! Love & Butterfly ni memang begitu menarik di sebalik warna hitam sebagai backgroud. Tidak terlalu serabut tetapi sweet!!!


Kod : CSG021013
Casing Power Bank ni confirm menjadi igauan semua peminat filem Iron Man!!! Kami memastikan perincian yang baik & berkualiti. Sebelum casing ni di siapkan, sudah 2,3 orang bertanyakan kami & membuat tempahan. Alhamdulillah...rezeki dariNya! Pemilihan Iron Man ini adalah 100% dari pilihan customer kami ni.. (^_^)


Kod : CSG031013
Casing Power Bank 1Malaysia... Pada kali ni customer kami nak namanya di jahit di bahagian belakang casing power bank ni. Kami still menggunakan warna hitam sebagai background. Ianya lebih mudah di jaga & tidak nampak kotor... Permudahkan kami & juga customer kami menjaganya...


Jika korang berminat untuk membuat tempahan, pemilihan warna semuanya terpulang pada korang sendiri. Hiasan juga sama... Kami cuba memberikan service yang terbaik dari kami. Insya Allah kita akan cuba discuss mana-mana yang berkenaan.

Tempahan boleh di buat melalui ORDER FORM kami di blog, email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com & boleh juga PM kami di FB kami... Semuanya di hujung jari anda (^_^)

Terima kasih meluangkan masa korang membaca entry kami...
enjoy shopping & crafting with us....