Enjoy shopping & crafting with us..

Thursday, April 18, 2013

Pusat Pendidikan Al-Barakah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Lama tak update blog ni so rasa excited lak kali ni...hehehehe... Tapi kali ini, kami tidak mahu update tentang koleksi kami. Bukannya saja-saja tapi sengaja... (^_^)

Korang pernah dengar tak tentang Pusat Pendidikan Al-Barakah? Di Ipoh ni memang dah famous sangat-sangat Al-Barakah ni. Korang pernah dengar nama Ustaz Mohd Kazim Elias? Siapa yang biasa tengok Astro Oasis, rancangan 'Kalau dah Jodoh' ni mesti kenal sangat-sangat dengan Ustaz Kazim kan... Kami suka sangat-sangat mendengar ceramah agama Ustaz Kazim. Cara pendekatan Ustaz Kazim memberi ceramah cukup santai tapi penuh dengan ilmu. Beliau selalu masukkan unsur-unsur nyanyian, lakonan & humor dalam setiap ceramahnya. Itulah membuatkan semua orang sentiasa ingin mendengar!
 
Beberapa minggu yang lepas, suami saya join event TM di Pulau Pangkor. Dan pada masa yang sama Ustaz Kazim di jemput untuk memberi ceramah agama di sana. Balik dari Pulau Pangkor, suami saya bawa buah tangan yang di belinya dari Al-Barakah iaitu Habbatus Sauda.
Habbatus Sauda dari Al-Barakah
Antara khasiatnya
Cara Penggunaannya
Kalau korang google, banyak khasiat-khasiat yang korang dapat dari Habbatus Sauda ni sampai kalau kami list kan kat sni, esok pagi pun belum tentu habis taip! ~poyo je kan~ Cara penggunaan pun banyak. Antaranya seperti apa tertulis di label botol tu.
Suami saya belikan Habbatus Sauda ni adalah untuk kami amalkan supaya badan ni tak mudah sakit atau dengan kata lain daya tahan badan yang kuat. Dulu kami pernah amalkan tapi bila habis terus stop. So sekarang ni kami nak start balik. Almaklumlah, saya ni jenis liat makan ubat...hehehehe...

So, sambil-sambil tu kami nak share dengan korang tentang Al-Barakah ni juga. Saya bukannya duta Al-Barakah cuma hendak share dengan korang perkara baik. Tak salah kan? Seperti korang tahu, Ustaz Mohd Kazim Elias adalah penaung Pusat Pendidikan Al-Barakah. Selain mengeluarkan produk-produk kesihatan, CD ceramah Ustaz Kazim, buku himpunan doa-doa, Al-Barakah juga ada juga menawarkan perkhidmatan Maahad Tahfiz Al-Quran, homestay, dewan seminar, pengajian pondok & macam-macam lagi.
antara perkhidmatan yang di tawarkan
Korang juga boleh membuat sumbangan/wakaf/derma ke Pusat Pendidikan Al-Barakah ni. Sumbangan korang ni lah yang di gunakan oleh Ustaz Kazim bagi memperbesarkan Al-Barakah untuk kegunaan anak cucu kita & melebarkan lagi syiar Islam. Apa salahnya kita share rezeki kita walaupun tidak sebanyak mana tu. InsyaAllah DIA akan menambahkan lagi rezeki kita juga. amin...
 Jika korang nak tahu lebih lanjut berkaitan dengan Pusat Pendidikan Al-Barakah & Ustaz Mohd Kazim Elias, terus klik link di bawah ni...
# Doa Memperolehi Ilmu Yang Bermanfaat.
" Ya Allah, kayakanlah daku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan budi pekerti, muliakan daku dengan ketakwaan dan baguskanlah diriku dengan kesihatan"
(Riwayat Ibn Najjar daripada Ibn Umar r.a.) 
*sumber rujukan 'Indahnya Hidup Bersyariat. m/s 286) 

8 comments :

  1. Terima kasih kerana berkongsi, insyaallah sama2lah kita membantu tak banyak sedikit asal ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2...xde pe pun, just bnda kecik sgt2...jom kita m2 tlg ssama kita, xperlu nk bpecah belah =)

      Delete
  2. Mula ambil habatus sauda bila paru-paru dijangkiti kuman. Alhamdulillah dengan izin Allah memang berkesan sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...camtu ek...alhamdulillah =) sy & suami baru je amalkan habbatus sauda ni...malas nak makan vitamin mcm2 nun, so just makan habbatus sauda ni wat vitamin.. =)

      Delete
  3. kakk, nak tanya. habatus sauda tak pahit ke? nadia tak pernah makan. pernah tengok je. dia warna hitam kannn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpahit cuma rasanye xsesedap lolipop...hehehhe...rasa berangin skit...dl sy amalkan kunyah2 habbatus sauda ni...kdg2 sy taburkan atas roti bakar...mn2 sy rasa ok selagi kekalkan khasiat habbatus sauda ni =) try beli kat Al-Barakah & amalkan...insyaAllah menjadi...

      Delete
  4. saya tak pernah makan habatus sauda ni tp kt kedai koperasi ofis jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. try lah makan...sll nye asyik makan ubat klinik & farmasi je so try tkr kpd 'vitamin' mcm ni lak =)

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)