Enjoy shopping & crafting with us..

Monday, April 1, 2013

Handmake Craft : Pillow untuk Zafran Zarif.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Hari ini 01/04/2013, cepat masa berlalu. Sekejap sahaja sudah jejak bulan April 2013. Umur pun semakin meningkat & semoga kerjaya serta prestasi hidup juga turut meningkat! Amin...

Untuk bulan ni, kami baru dapat buka sales untuk Pillow. Sebenarnya sebelum ini kami ada ambil tempahan pillow tapi tidak di hebahkan sangat. Kami benar2 tak menang tangan! Ini adalah tempahan yang telah kami siapkan & hari ni baru berkesempatan untuk share dengan korang semua...
Pillow dari Ibu & Papa utk Zarif
Pillow yang comey ni mengambil masa dalam 1 minggu untuk di siapkan. Tetapi di sebabkan kami perlu siapkan tempahan sebelumnya maka kami minta tempoh dalam masa 2 minggu. Minggu pertama kami try siapkan tempahan lain & minggu kedua baru kami start jahit Pillow ni. Alhamdulillah, siap juga (^_^) . Kami sempat ambil beberapa keping gambar semasa proses menyiapkan Pillow ni...
Time ni 1st step utk proses jahitan!
Pelanggan kami yang bertuah pada kali ini adalah kawan baik semasa sekolah dulu Wanie Abdullah. Lama tak jumpa dia, sekarang dah ada baby boy, Zafran Zarif! Terkejut juga bila mula2 die sapa melalui FB.. Lepas sikit rindu kat kawan-kawan sekolah dulu (^_^)
2 ekor ikan paus yg happy & comey
L.O.V.E kasih dari IBU & PAPA
Untuk warna utama, Wanie memilih warna BABY BLUE. So kami hiaskan dengan 2 ekor ikan paus yang comey tu! Ikan paus kan binatang yang berdikari dari kecil & berani serta besar. Kami berdoa semoga Zafran Zarif juga menjadi seorang lelaki yang berdikari, berani serta mempunyai semangat yang besar! Itu maknanya 2 ekor ikan paus tersebut. Lambang LoVe serta tulisan L.O.V.E tu melambangkan kasih sayang dari kedua ibu bapa yang berlipat ganda. Bukan hanya dari perkataan tapi dari hati juga. Dan semoga Zafran Zarif juga begitu... Amin... (^_^)
Siap sudah!!!
Lastly, siap sudah Pillow ni & bolehlah di terbangkan ke Kota Bharu, Kelantan! Kami suka design simple sebab kami tidak gemarkan sesuatu yang serabut. Baby tengok pun rasa tenang! Nanti kalau banyak sangat hiasan & mainan warna, tak elok untuk penglihatan baby. Ini fakta tau! So, para Ibu Bapa terapkanlah warna2 positif untuk baby korang. Salah satu cara untuk didik baby korang dengan nilai2 murni...InsyaAllah...

Pillow ni sudah pun selamat di terima oleh Wanie. Dan kami juga menerima beberapa keping gambar Zafran Zarif bersama-sama Pillow nye...
Ini 1st gambar yang Wanie kirimkan di FB
suka sangat2 ngan gambar ni! Comeynye Zarif
Nak jalan2 pun Zarif tak tinggalkan Pillow die
Kami di QasehMuslimah-Munirah berharap Wanie & family happy dengan hasil kerja kami. InsyaAllah, ada peluang nanti kami singgah jumpa Zarif ek... Kita boleh buat reunion! Kumpul kawan-kawan sekolah & family masing-masing... Mesti seronok sangat2!

Kepada korang semua yang berminat untuk miliki Pillow dari kami, just isi ORDER FORM yang telah di sediakan. Jika ada sebarang persoalan, boleh terus PM kami di page, FB, email kami melalui qasehmuslimah.munirah@gmail.com ataupun di ruangan komen dalam blog ni... InsyaAllah kami cuba respond dalam masa 24jam!

Terima kasih kerana luangkan masa korang untuk kami...

enjoy shopping & crafting with us...

10 comments :

  1. Replies
    1. terima kasih..nnt bolehlah buat tempahan dari kami..insyaAllah hrga yg kami berikan sangat2 berpatutan..

      Delete
  2. Replies
    1. thanks...kalau nak order nnt just PM sy... =)
      macam2 saiz & bentuk insyaAllah kami boleh siapkan...
      sambil2 tu leh tlg promote kat family & kwn2 ek =)

      Delete
  3. tantek nye pillow tu..pandai u buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks...nnt bleh la order pada kami..insyaAllah hrga yg kami tawarkan cukup berpatutan (^_^) mcm2 saiz & bentuk ada...bleh tlg promote kat family & kwn2 gak nnt ek =)

      Delete
  4. Comel pillow tu...kreatif sgt!
    Cmtuh berapa harganya...kalo nk pilih warna & corak sendiri bole ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih byk2... Kalau cam gambar kat atas ni Pillow saiz 30cm x 30cm..hrga start dengan RM 25.00 shj... insyaAllah boleh nak pilih warna & corak tu..semua boleh discuss... =)awk just PM je sy..

      Delete
  5. amboii.. baby nampak happy dgn bantal cumey 2.. heee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby pun puas hati dgn hasil kerja kami...alhamdulillah (^_^)

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)