Enjoy shopping & crafting with us..

Thursday, April 25, 2013

Handmake Craft : Tempahan Keychain dari Faezah.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kami minta maaf kerana agak terhad untuk update FB & blog kami sebulan dua ni. Kami agak busy dengan tempahan & juga koleksi terbaru kami yang akan menjenguk pasaran insyaAllah dalam bulan ni juga! Di harap korang sabar menunggu & sentiasa memberi sokongan kepada kami.

Entry kali ini still lagi berkaitan dengan tempahan Felt Craft kami. Alhamdulillah, tempahan yang kami terima tidak putus. Mungkin ini hikmahnya kerana walaupun penat & tidak cukup tidur serta rehat, kami tidak pernah mengeluh. Malah saling membantu & memahami.

Tempahan keychain kali ini kami terima daripada salah seorang dealer yang yang cukup aktif iaitu Faezah (FB : Faezah Wani ). Selalunya kuantiti keychain ataupun sebarang tempahan yang kami terima dari Faezah adalah banyak. So, kadang-kadang kami perlu fokus untuk menyiapkan tempahannya sahaja untuk jangka masa 1 minggu... Bayangkanlah! Ini adalah keychain yang telah kami siapkan.
Dah siap bungkus! Alhamdulillah (^_^)
Atas ni gambar keychain yang telah siap kami packing dalam plastik sebelum di balut dengan surat khabar & kertas minyak! Kemudian barulah kami masukkan ke dalam sampul pos laju & pos... Ini adalah sebagai langkah-langkah menjaga kualiti koleksi kami agar korang terima koleksi kami dalam keadaan yang baik! Sekarang jom kita zoom satu-satu...
KC 010413 - Keychain Irwan


KC 020413 - Keychain Aziah
KC 030413 - Keychain Dak
KC 040413 - Keychain Sempoi
KC 050413 - Keychain Aby
KC 060413 - Keychain Faezah
KC 070413 - Keychain Alif
KC 080413 - Keychain Aby
KC 090413 - Keychain Faezah
KC 100413 - Keychain Wani
KC 110413 - Keychain Syahira
KC 120413 - Keychain Afiqah
KC 130413 - Keychain Niall
KC 140413 - Keychain Horan
KC 150413 - Keychain Izzi
KC 160413 - Keychain Azzizul
Panjang lebar entry kali ni dengan gambar-gambar keychain ni. Semoga entry kami setakat ini memberi inspirasi buat korang untuk terus support kami & shopping bersama-sama kami. Sambil-sambil tu korang promote juga blog & page kami ni kepada family serta kawan-kawan korang!

Baiklah, jangan lupe untuk terus memberi komen & follow kami. InsyaAllah dalam waktu terdekat ni kami akan keluarkan koleksi & produk terbaru kami. Banyak perancangan telah kami aturkan untuk korang supaya korang MENANG MEMBELI & MENANG MEMAKAI.. (^_^)

Any commen & question, boleh terus contact kami di FB, Page, ruangan komen dalam blog ni serta email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com... Kalau nak terus order, korang isi ORDER FORM kami...

enjoy shopping & crafting with us... 

6 comments :

  1. comel la...dia dealer utk Munirah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...a'ah, die salah seorang dealer kami =) alhamdulillah, rezeki yg kami dpt kami share bersama2 dealer2 kami =)

      Delete
  2. salam pagi.dya follower sini iyer..tq.jemput singgah my blog ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..thanks...insyaAllah sy akan ke blog dya...salam perkenalan =)

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih nadia (^+^)
      nk order, just let me know =)

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)