Enjoy shopping & crafting with us..

Tuesday, November 25, 2014

Berminat Untuk Menjadi Agen Dropship Kami???

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kami menerima banyak juga pertanyaan berkaitan dengan permohonan menjadi Agen Dropship koleksi kami. Kami memang terbuka dalam hal ini tetapi anda perlulah seorang yang bersemangat tinggi, mampu berdikari serta berfikiran jauh & komited !!! Maklumlah dalam business ni kita bermain dengan 1001 ragam kan... Kalau korang serius berminat, 1st step korang kena baca & faham terma & syaratnya dahulu.. 

Apa Itu Agen Dropship??
~ Kami membuka peluang kepada semua untuk menjadi agen dropship kami dengan tujuan dapat berkongsi keuntungan bersama. Agen kami hanya perlu mempromosikan koleksi kami & mendapatkan tempahan. Komisyen akan di kira berdasarkan setiap unit tempahan. Sesungguhnya ia amat menguntungkan anda bagi menambah duit poket anda

Bagaimana Untuk Mendaftar Sebagai Agen Dropship Kami??
~ Daftarkan :-
  • NAMA PENUH :
  • ALAMAT PENUH :
  • NO. TELEFON :
  • EMAIL :
  • FB/BLOG : (bagi urusan pemantauan pihak QasehMuslimah-Munirah terhadap koleksi kami yang telah di publish).
~ Agen hendaklag follow Page FB kami di QasehMuslimah.Munirah & Blog kami di http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com.
~ Kami menyediakan 2 cara bagi menjadi agen kami. Agen hanya di benarkan memilih salah satu dari cara tersebut :-
  • 1st :- Agen terus membeli BORONG koleksi kami dengan harga Agen & terus membuat jualan. Harga jualan adalah tertakluk kepada budi bicara agen kami sendiri. Keuntungan adalah 100% dari usaha agen kami. Oleh itu, agen kami mempunya stok fizikal untuk di pamerkan & di jual kepada customer mereka. Dengan kata lain, customer mereka tidak perlu menunggu untuk mendapatkan koleksi tersebut.
  • 2nd :- Agen tidak perlu menyimpan stok fizikal kerana hanya merujuk gambar-gambar koleksi kami di Page FB & Blog kami untuk membuat promosi di kepada customer. Sebarang tempahan boleh terus PM & WhatsApp kami. Customer perlulah menunggu min 1 minggu untuk proses penerimaan tempahan (merujuk kepada kuantiti tempahan). Agen di nasihatkan mengumpul tempahan dalam masa 1 minggu bagi menjimatkan kos postage fee. Tempahan runcit tidak di galakkan.
Terma & Syarat-Syaratnya??
~ Untuk Agen Dropship, yuran keahlian tidak akan di kenakan. Tetapi Agen perlukan maintain tahap jualan di mana minimum jualan bulanan adalah RM 20.00 bagi setiap agen (tidak termasuk postage fee). Agen hendaklah komited, bukan semata-mata menjadi agen kerana ingin membeli untuk diri sendiri dengan menggunakan harga agen!
~ Pengeposakan hanya di lakukan pada hari ISNIN & KHAMIS pada setiap minggu sahaja. Pengeposan selain hari tersebut adalah berdasarkan pada keadaan, giliran tempahan & keadaan semasa sahaja setelah perbincangan di lakukan.
~ Tempoh minimum tempahan siap & akan di poskan selepas 1 minggu selepas penerimaan pembayaran. Tetapi tempoh semasa akan berubah bergantung kepada keadaan semasa & mengikut giliran menunggu.
~ Untuk confirm tempahan, Agen perlukan sertakan NAMA PENUH, ALAMAT PENGHANTARAN, NO. PHONE & Email/FB (untuk urusan penyediaan WorkOrder/Invoice). Di tegaskan di sini, Agen & customer perlukan pastikan Alamat Tempahan adalah betul & tepat bagi permudahkan urusan penghantaran.
~ Sila rujuk setiap unit harga tempahan dari QasehMuslimah-Munirah melalui PM kami di Page atau WhatsApp kami. Ini kerana jika terdapat penambahan hiasan atau design serta kuantiti melebihi 100 unit, harga turut berubah bergantung kepada penambahan tersebut.
~ Sila maklumkan kepada kami sekiranya tempahan siap hendak terus di pos kepada pelanggan atau pos kepada alamat agen terlebih dahulu.
~ Untuk harga postage fee, berat tempahan bagi 500grm ke bawah kami akan menggunakan POSLAJU MALAYSIA (Semenanjung RM 7.00/ Sabah & Sarawak RM 10.00). Bagi berat tempahan 500grm & keatas, kami akan menggunakan khidmat courier lain yang mengenakan charge postage fee paling rendah seperti Skynet, Citylink & etc.
~ Harga koleksi kami tidak termasuk postage fee. 

Nota Tambahan.
  1. Sebelum mendaftar menjadi agen kami, anda di nasihatkan membaca & memahami setiap terma & syarat terlebih dahulu.
  2. Pihak QasehMuslimah-Munirah akan cuba sedaya upaya untuk membalas email & PM anda dalam masa 24 jam. Ini kerana pihak kami juga terikat dengan urusan lain & pelanggan serta agen yang lain.
  3. Kami juga tidak menerima URGENT ORDER! Melainkan kami tidak terikat dengan tempahan yang full order.
  4. Jika pihak agen & pelanggan mempunyai design sendiri, boleh proceed design tersebut kepada pihak QasehMuslimah-Munirah. Pihak kami akan cuba siapkan mengikut design yang di beri setelah perbincangan di lakukan. Kami ingin tekankan di sini, jika design tersebut adalah hasil google dari website lain, kami tidak akan copy paste 100%, sedikit perubahan akan di lakukan sebagai tanda menghormati hasil idea crafter lain.
  5. Sebarang pertanyaan & tempahan boleh hubungi kami di :-
     # ORDER FORM kami di Blog http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com
     # Email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com
     # PM kami di Page FB QasehMuslimah.Munirah
     # WhatsApp kami di no : 011-2427 4941 (online sehingga jam 11.00 malam sahaja).

enjoy shopping & crafting with us...
~Admin : QasehMuslimah-Munirah~

Wednesday, November 19, 2014

Headband Nur Mayessa Luthfiya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua customer, agen & followers kami??? Alhamdulillah atas segala rezeki yang DIA kurniakan kepada kita semua. Walaupun agak banyak perkara yang merunsingkan tapi berkat pertolongan dari-Nya, kita dapat melaluinya dengan baik... Amin..

Kami ada terima beberapa request untuk Year End Sale tapi buat pengetahuan semua, koleksi kami setiap tahun ada buat sale & promotion!!! Buktinya?? Harga koleksi kami tidak pernah kami naikkan & semestinya harga yang kami tetapkan adalah yang MAMPU MILIK & terbaik!!!!!!! Kalau beli banyak, kami siap bagi diskaun lagi... siapa lagi nak bagi semua tu??

Entry kali ni kami nak share tentang koleksi HEADBAND kami. Si kecil molek ni pakai memang nampak mengancam habis!! Memang pandai bergaya... Kalaulah si tenet ni duduk area rumah kami memang dah lama jadi model kami..hehehehe...

Tu dia... Gaya cute ada, ala-ala comey ada, ala-ala blur pun ada... Siapa yang mampu buat?? Hanya adik Nur Mayessa Luthfiya sahaja yang mampu... Cair akak tengok dik..hehehehe

Koleksi : Headband
Kod : HB011114
Getah Headband : Orange
Hiasan : Bunga Matahari

Koleksi : Headband
Kod : HB021114
Getah Headband : Turquoise
Hiasan : Bunga Gila-Gila

Koleksi : Headband 
Kod : HB031114
Getah Headband : Green.
Hiasan : Bunga Flat Berkelopak.

Koleksi : Headband
Kod : HB041114
Getah Headband : Purple
Hiasan : Bunga Pusing.

Okey, ada 1 lagi headband yang kami tiada simpan gambar yang sudah di zoom. Korang boleh rujuk gambar mula-mula tadi. Kod bagi headband tersebut :-

Koleksi : Headband
Kod : HB051114
Getah Headband : Merah
Hiasan : Bunga Mawar Pintal.

Okey, pandai tak adik kita ni bergaya??? Jawapan kami MEMANG SUPER DUPER PANDAI!!! Riak muka dia memang buat orang geram nak gigit-gigit.. comey sangat... Pandai Mama & Papa dia bari mood bergambar pada baby dieorang kan...

Kalau korang berminat menempah koleksi headband kami boleh terus contact kami melalui talian-talian yang berikut :-
  • ORDER FORM di bahagian paling bawah Blog ini.
  • Email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  • PM kami di Page FB QasehMuslimah.Munirah
  • WhatsApp kami di No : 011-2427 4941
Untuk pengetahuan semua, kami menyediakan 2 jenis getah headband. 1 jenis adalah sepertimana gambar di atas & 1 jenis lagi adalah sedikit lebar ukurannya serta hanya berwarna hitam... Ada sebarang pertanyaan, boleh terus contact kami.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama kami...

enjoy shopping & crafting with us...

Friday, November 14, 2014

Tempahan Keychain dari Quistina.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Siapa yang mempunyai anak-anak yang bakal masuk ke sekolah ataupun baru nak daftar tadika??? Apa salah satu caranya untuk membuatkan mereka happy & semangat nak ke sekolah??? Kami ada caranya...hehehehehe (saja bagi effect berdebar-debar...)

Apa kata korang para Ibu Bapa ni suntik semangat kepada anak-anak korang dengan menghadiahkan somethings yang jarang nak dapat di kedai-kedai macam apa yang kami dapat bekalkan kepada korang ni. Macam sorang customer kami a.k.a kawan kami sewaktu di bangku Sekolah Menengah Kebangsaan Kota, Kota Bharu, Kelantan ni...

Quistina Suriati telah hadiahkan keychain comey ni untuk anak tersayang. Tak semestinya korang nak tunggu anak-anak korang masuk sekolah atau tadika dulu baru nak bagi hadiah tapi time-time biasa pun boleh. Nak bagi mereka happy & otak mereka terus berkembang dengan aktif!!!

Ini satu-satunya gambar yang sempat kami ambil semasa dalam proses menyiapkan keychain ni. Kami selalu lupa nak ambil gambar semasa dalam proses sebab agaknya terlalu fokus untuk menyiapkan tempahan-tempahan yang di terima... Awal-awal memang dah plan tapi bila dah start pegang gunting & felt, terus hilang!

Koleksi : Keychain.
Kod : KC021114
Gambar : Upin Ipin
Nama : Qurratu'aini

Koleksi : Keychain.
Kod : KC031114
Gambar : Boboiboy
Nama : Muhammad Qa'id Uwais

Koleksi : Keychain.
Kod : KC041114
Nama : Muhammad Qa'id Uwais.

Koleksi : Keychain.
Kod : KC051114
Nama : Qurratu'aini.

Amacam, terbaik tak?? Ist kita bagi mereka dengan keychain dari cerita kartun kegemaran mereka then 2nd keychain kita bagi yang ada bentuk pensil supaya sebagai peringatan & salah satu bantuan untuk menyuntik semangat untuk terus belajar & suka belajar! Betul tak???

Pada korang yang berminat untuk membuat tempahan, boleh terus contact kami melalui :-
  1. ORDER FORM yang berada di paling bawah Blog ini.
  2. Email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  3. PM kami di Page FB QasehMuslimah.Munirah 
  4. WhatsApp kami di no. 011-2427 4941
Terima kasih sudi meluangkan masa korang membaca entry kami kali ini.
enjoy shopping & crafting with us...

Monday, November 10, 2014

Tempahan Card Holder dari Haryana.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Semoga semua customer & followers kami sihat walafiat. Alhamdulillah kami suami isteri pun sihat & sentiasa happy dengan kehidupan kami seharian. 

Banyak perkara yang perlu di selesaikan oleh kami tapi hari ni kami curi masa sedikit untuk update Blog selepas selesai update tracking number semua postage kami. Di harap semua tempahan yang di pos selamat di terima oleh customer kami... Insya Allah...

Hari ini kami nak share dengan korang tentang Card Holder dari kami. Semestinya menggunakan 100% jahitan manual. Kekemasan yang terjamin!!
Koleksi : Card Holder.
Kod : CH011114
Background : Royal Blue
Hiasan : Keroppi

Ini dia...!!!! Tempahan yang kami terima dari Haryana. Terima kasih Haryana kerana sudi membuat tempahan dari kami. Insya Allah nanti kita berurusan lagi & semestinya kami akan berikan harga yang terbaik & mampu milik!!

Kalau korang berminat untuk membuat tempahan seperti Haryana, boleh terus contact kami di :-
  1. ORDER FORM di bahagian paling bawah Blog ini.
  2. PM kami di Page FB QasehMuslimah.Munirah
  3. Email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  4. WhatsApp kami di no : 011-2427 4941
Memang cukup senang & permudahkan kerja korang. Buat pengetahuan korang semua, jika kuantiti melebihi 30pcs, kalau boleh inform kami awal-awal 3 minggu sebelum tarikh korang perlukan barangan tersebut siap!!

Ada tempahan URGENT yang kami boleh terima tetapi merujuk kepada masa & barangan jugalah. Maksudnya kalau tempahan dah banyak siap & kami tidak rushing, insya Allah tempahan URGENT kami boleh terima tetapi kalau sebaliknya. kami MINTA MAAF sangat-sangat...

Jangan lupe terus follow kami...
enjoy shopping & crafting with us....

Monday, November 3, 2014

Keychain Konvo Jafizah.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Alhamdulillah, dah masuk bulan 11/2014. Dah tak lama nak masuk tahun baru. Cepatnya masa berlalu. Terasa macam semalam baru masuk tahun 2014!!! Semoga hari-hari akan mendatang ini membawa 1001 kerahmatan & rezeki yang berpanjangan.. Amin...

Untuk 1st entry bulan November 2014 ni, kami nak update & share dengan korang koleksi keychain Konvo kami. Ada beberapa tempahan keychain konvo telah kami terima & kami masih berusaha untuk update satu persatu kepada korang. Insya Allah moga dapat menjadi rujukan & ilham terbaik untuk korang membuat tempahan nanti.

Amacam, cute tak??? Patung twin chikky kami pun dah konvo. Lepas ni boleh sambung degree or master lak ek Twin Chikky...
Ini gambar yang sempat kami ambil semasa proses menyiapkan keychain konvo ni. Memang memenatkan badan tapi bila items dah 100% siap & get ready untuk pos, terasa puas hati sangat-sangat. Dan benda yang paling happy bila customer puji & berpuas hati dengan hasil kerja tangan kami (^_^)
Koleksi : Keychain Konvo.
Kod : KC011114

Ini diaaaaaaa......dah siap!!! Sebelum packing kami ambil gambar sikit sambil di sayakan oleh Twin Chikky kami. Memang bergaya sakanlah!!! Korang tak berminat ke?? Kalau berminat boleh PM kami terus & berikan NO.KOD yang telah kami sediakan. Mudah sangat-sangat.
Ready for fly....

Kepada korang yang berminat untuk membuat tempahan atau ada sebarang pertanyaan, boleh terus contact kami melalui :-
  • PM kami di Page QasehMuslimah.Munirah
  • Email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  • Menggunakan ORDER FORM kami di bahagian paling bawah Blog ini.
  • WhatsApp kami di No : 011-2427 4941
Semuanya hanya di hujung jari anda. 
enjoy shopping & crafting with us....