Tuesday, November 25, 2014

Berminat Untuk Menjadi Agen Dropship Kami???

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kami menerima banyak juga pertanyaan berkaitan dengan permohonan menjadi Agen Dropship koleksi kami. Kami memang terbuka dalam hal ini tetapi anda perlulah seorang yang bersemangat tinggi, mampu berdikari serta berfikiran jauh & komited !!! Maklumlah dalam business ni kita bermain dengan 1001 ragam kan... Kalau korang serius berminat, 1st step korang kena baca & faham terma & syaratnya dahulu.. 

Apa Itu Agen Dropship??
~ Kami membuka peluang kepada semua untuk menjadi agen dropship kami dengan tujuan dapat berkongsi keuntungan bersama. Agen kami hanya perlu mempromosikan koleksi kami & mendapatkan tempahan. Komisyen akan di kira berdasarkan setiap unit tempahan. Sesungguhnya ia amat menguntungkan anda bagi menambah duit poket anda

Bagaimana Untuk Mendaftar Sebagai Agen Dropship Kami??
~ Daftarkan :-
  • NAMA PENUH :
  • ALAMAT PENUH :
  • NO. TELEFON :
  • EMAIL :
  • FB/BLOG : (bagi urusan pemantauan pihak QasehMuslimah-Munirah terhadap koleksi kami yang telah di publish).
~ Agen hendaklag follow Page FB kami di QasehMuslimah.Munirah & Blog kami di http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com.
~ Kami menyediakan 2 cara bagi menjadi agen kami. Agen hanya di benarkan memilih salah satu dari cara tersebut :-
  • 1st :- Agen terus membeli BORONG koleksi kami dengan harga Agen & terus membuat jualan. Harga jualan adalah tertakluk kepada budi bicara agen kami sendiri. Keuntungan adalah 100% dari usaha agen kami. Oleh itu, agen kami mempunya stok fizikal untuk di pamerkan & di jual kepada customer mereka. Dengan kata lain, customer mereka tidak perlu menunggu untuk mendapatkan koleksi tersebut.
  • 2nd :- Agen tidak perlu menyimpan stok fizikal kerana hanya merujuk gambar-gambar koleksi kami di Page FB & Blog kami untuk membuat promosi di kepada customer. Sebarang tempahan boleh terus PM & WhatsApp kami. Customer perlulah menunggu min 1 minggu untuk proses penerimaan tempahan (merujuk kepada kuantiti tempahan). Agen di nasihatkan mengumpul tempahan dalam masa 1 minggu bagi menjimatkan kos postage fee. Tempahan runcit tidak di galakkan.
Terma & Syarat-Syaratnya??
~ Untuk Agen Dropship, yuran keahlian tidak akan di kenakan. Tetapi Agen perlukan maintain tahap jualan di mana minimum jualan bulanan adalah RM 20.00 bagi setiap agen (tidak termasuk postage fee). Agen hendaklah komited, bukan semata-mata menjadi agen kerana ingin membeli untuk diri sendiri dengan menggunakan harga agen!
~ Pengeposakan hanya di lakukan pada hari ISNIN & KHAMIS pada setiap minggu sahaja. Pengeposan selain hari tersebut adalah berdasarkan pada keadaan, giliran tempahan & keadaan semasa sahaja setelah perbincangan di lakukan.
~ Tempoh minimum tempahan siap & akan di poskan selepas 1 minggu selepas penerimaan pembayaran. Tetapi tempoh semasa akan berubah bergantung kepada keadaan semasa & mengikut giliran menunggu.
~ Untuk confirm tempahan, Agen perlukan sertakan NAMA PENUH, ALAMAT PENGHANTARAN, NO. PHONE & Email/FB (untuk urusan penyediaan WorkOrder/Invoice). Di tegaskan di sini, Agen & customer perlukan pastikan Alamat Tempahan adalah betul & tepat bagi permudahkan urusan penghantaran.
~ Sila rujuk setiap unit harga tempahan dari QasehMuslimah-Munirah melalui PM kami di Page atau WhatsApp kami. Ini kerana jika terdapat penambahan hiasan atau design serta kuantiti melebihi 100 unit, harga turut berubah bergantung kepada penambahan tersebut.
~ Sila maklumkan kepada kami sekiranya tempahan siap hendak terus di pos kepada pelanggan atau pos kepada alamat agen terlebih dahulu.
~ Untuk harga postage fee, berat tempahan bagi 500grm ke bawah kami akan menggunakan POSLAJU MALAYSIA (Semenanjung RM 7.00/ Sabah & Sarawak RM 10.00). Bagi berat tempahan 500grm & keatas, kami akan menggunakan khidmat courier lain yang mengenakan charge postage fee paling rendah seperti Skynet, Citylink & etc.
~ Harga koleksi kami tidak termasuk postage fee. 

Nota Tambahan.
  1. Sebelum mendaftar menjadi agen kami, anda di nasihatkan membaca & memahami setiap terma & syarat terlebih dahulu.
  2. Pihak QasehMuslimah-Munirah akan cuba sedaya upaya untuk membalas email & PM anda dalam masa 24 jam. Ini kerana pihak kami juga terikat dengan urusan lain & pelanggan serta agen yang lain.
  3. Kami juga tidak menerima URGENT ORDER! Melainkan kami tidak terikat dengan tempahan yang full order.
  4. Jika pihak agen & pelanggan mempunyai design sendiri, boleh proceed design tersebut kepada pihak QasehMuslimah-Munirah. Pihak kami akan cuba siapkan mengikut design yang di beri setelah perbincangan di lakukan. Kami ingin tekankan di sini, jika design tersebut adalah hasil google dari website lain, kami tidak akan copy paste 100%, sedikit perubahan akan di lakukan sebagai tanda menghormati hasil idea crafter lain.
  5. Sebarang pertanyaan & tempahan boleh hubungi kami di :-
     # ORDER FORM kami di Blog http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com
     # Email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com
     # PM kami di Page FB QasehMuslimah.Munirah
     # WhatsApp kami di no : 011-2427 4941 (online sehingga jam 11.00 malam sahaja).

enjoy shopping & crafting with us...
~Admin : QasehMuslimah-Munirah~

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)