Enjoy shopping & crafting with us..

Showing posts with label Handmake Craft : Penyeri Mahkota. Show all posts
Showing posts with label Handmake Craft : Penyeri Mahkota. Show all posts

Monday, December 8, 2014

Pillow Minnie Mouse Tempahan Fatin Anisah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah kami di beri semangat & tenaga untuk update Blog pada hari ini walaupun agak lewat sikit. Kami kurang sihat, agaknya memang sekarang musim demam+batuk+selesema... Syukur ke atasNya.. Semoga kesakitan ini dapat membuang jauh dosa-dosa kami & mendekatkan lagi kami kepadaNya...

Entry kali ini kami nak share sepertimana tajuk entry iaitu Pillow Minnie Mouse. Di mana kami menerima tempahan dari sahabat semasa sama-sama belajar di UiTM Seri Iskandar, Perak dulu.. Rindu rasanya kenangan-kenangan di UiTM dulu.

Ini adalah antara gambar-gambar di atas pillow ni. Tapi mohon abaikan gambar katak hijau tu ek... Katak itu adalah untuk tempahan customer lain, so sebab nampak macam comey je letak sekali terus kami ambil gambar...

Chewah...saja nak ambik gambar BEFORE & AFTER ni... suka sangat tengok pillow Minnie Mouse ni. Geram!!! Tunggulah kami di kurniakan zuriat nanti, memang banyak lah kami siapkan pillow macam ni!!! Memang gebu yang amat... Meriah you oilllssss...

Koleksi : Pillow Minnie Mouse.
Kod : PL011214
Hiasan : Minnie Mouse & Butterfly
Tulisan : Qaireen Afina

Koleksi : Klip Rambut
Kod : KLP011214
Hiasan : Butterfly

Kami siapkan sekali dengan Klip Rambut Butterfly ni. Nak nampak matching dengan pillow! Mesti korang tertanya-tanya kan, kenapa tak buat klip minnie mouse je? Sebabnya... Kalau buat Klip Rambut Minnie Mouse macam tidak berapa cute kalau kecil...Tapi kalau butterfly ni memang comey & super cute!! Sesuai dengan usia baby kan. Kalau besar sangat nanti baby tidak selesa pakai pula.. Betul tak???

Kalau korang berminat untuk membuat tempahan, boleh terus contact kami. Bagaimana untuk membuat tempahan?? Senang sangat. Semuanya di hujung jari kita. Setiap kali kami tulis entry kebanyakkannya kami selitkan cara untuk membuat tempahan & persoalan...
  1. Menggunakan ORDER FORM kami yang berada di bahagian paling bawah Blog ini.
  2. Email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  3. PM kami di Page FB QasehMuslimah.Munirah
  4. WhatsApp kami di no : 011-2427 4941
Insya Allah kami akan online sehingga jam 11.00 malam. Jika ada sebarang urusan luar kami akan inform melalui Page FB kami. Kami juga akan cuba reply semua email & mesej anda dalam masa 24 jam.. Insya Allah..

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry kami kali ini..
enjoy shopping & crafting with us...

Tuesday, March 18, 2014

Hadiah Untuk Si Comel..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Rindunya hendak update blog!!!! Niat kami tu terbantut di sebabkan external harddisk kami tak boleh connect pada PC & Netbook kami. Entah kenapa... Agaknya sebab kabel wire harddisk ni dah tua kot... Alhamdulillah harddisk kami ni still ok. Susah juga kami kalau harddisk rosak sebab banyak dokument & gambar-gambar koleksi kami yang masih belum di update dalam blog, kami simpan dalam external harddisk ni...

Tanpa banyak menaip, kami nak share koleksi kami yang amat-amat superb ni... Tempahan yang kami terima dari customer kami Siti Hajar (FB : Siti Hajar Afiqah Shamsuddin ). Seronok menyiapkan tempahan ini sebab kami juga suka design yang kami buat ni. Seronok kalau ada anak perempuan, memang rajin lah nak menghias... Insya Allah, ada rezeki untuk kami nanti,,,amin...

2 unit Headband & 1 klip rambut... Headband tersebut kami hiaskan dengan design bunga yang berlainan & semestinya cukup menarik!!!

Kod : HB010314
Headband ini menggunakan getah headband berwarna hitam. Kemudian kami menggabungkan 3 jenis bunga yang berlainan warna bagi menaikkan seri headband & baby. 3 helai daun juga di selit sama. Nama Baby 'AFRINA' pula menggunakan warna biru & unggu. Memang cukup menarik & tertarik!!!
 
Kod : KLP010314
Klip rambut ini still menggunakan warna tema sama iaitu biru & unggu. Butang di tengah-tengah headband juga kami menggunakan warna biru. Untuk warna tanah kami pilih warna hitam.

Kod : HB020314
Headband kali ini pula menggunakan 1 design bunga sahaja tetapi kami siapkan 2 kuntum supaya ianya tidak nampak terlalu kosong. Butang keemasan menambahkan lagi seri bunga pada headband tersebut. Getah headband berwarna putih menjadi pilihan. Untuk tulisan nama baby 'ZARAA' pula kami menggunakan warna biru  & tanahnya pula warna baby blue... Cute kan???

Bila di padankan pada model kami ni, nampak cantik sangat-sangat. Suka pula bila tengok... Lepas ni insya Allah rasanya still berminat menggunakan model yang sama (^_^)
Jika korang semua berminat dengan koleksi kami, boleh terus PM kami di page QasehMuslimah-Munirah ataupun email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com . Kalau tempahan dalam kuantiti yang besar, kalau boleh inform kami awal-awal. Senang kami nak manage masa kami...tolong ek...

Terima kasih juga kerana korang sudi meluangkan masa korang membaca entry kami pada kali ini.
enjoy shopping & crafting with us...

Thursday, March 28, 2013

Handmake Craft : Tempahan dari Miz Atin.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Pagi yang agak cerah di Ipoh. So, kami mengambil kesempatan yang ada untuk update entry kami. Hendak edit gambar pun kadang-kadang tak habis, inikan pula nak selalu update entry! Memang kami agak busy sangat2 kebelakangan ni. Itu tandanya blog & koleksi kami semakin di terima & di kenali... Alhamdulillah (^_^)

Entry kali ni berkaitan dengan tempahan yang kami terima dari Miz Atin a.k.a Fatin . Korang boleh terus link kat FB beliau. Kalau-kalau nak tanya apa pendapat die berurusan dengan kami, kualiti koleksi kami... Yang pastinya, kami cuba lakukan yang terbaik untuk setiap tempahan yang kami terima.
Keychain & Klip Rambut Untuk Fatin
Semuanya berunsurkan huruf F... Memang terbaik! Fatin adalah antara customer kami yang paling senang untuk berurusan. Memang tidak merumitkan kami. Maklumlah, kadang-kadang bukan senang untuk puaskan hati semua orang kan... Baiklah, jom kita zoom satu persatu tempahan dari Fatin ni.
KC 110313 - Keychain Farisha
KC 120313 - Keychain Fatin
Keychain Fatin kali ni kami gabungkan bentuk segi empat & Love! Ini adalah design yang di pinta oleh Fatin sendiri. Design ni dah makin popular sekarang kerana majoriti customer kami mahukan keychain begini... Kami pun suka =)
KLP 010313 - Klip Rambut
Klip rambut ni Fatin mahukan huruf 'F' so kami jahitlah seperti yang di minta. Alhamdulillah, Fatin berpuas hati dengan hasil kerja kami. Lega kami rasa (^_^)
Semakin bersemangat kami untuk terus ber crafting!

Baiklah, kalau korang berminat dengan koleksi kami, jangan malu segan, just isi ORDER FORM kami. Kalau korang ada sebarang pertanyaan, boleh terus contact kami melalui FB, page, email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com & juga ruangan komen di dalam blog ni. InsyaAllah kami akan cuba reply dalam masa 24jam.

Terima kasih kerana singgah di blog kami...

enjoy crafting & shopping with us....

Monday, December 3, 2012

Y.E.A.R ~ E.N.D ~ S.A.L.E 2012

Batch 2

Salam 1 Malaysia untuk semua. Seperti yang telah kami janjikan, kami kembali dgn  promosi Y.E.S kami untuk Batch 2. Alhamdulillah, sambutan yang kami terima setakat ini semakin baik! Dan kami harap sambutan seperti ini akan berterusan!
Pada promosi kali ini, kami menggunakan konsep '1st COME, 1st SERVED'... So siapa yg cepat mknanya die dapat dululah... So, korang jadilah antara org yg bertuah itu...

Pay Attention Please..!!!
~ Produk promosi akan kami update sepanjang minggu 1 bln Disember ini mengikut batch. So, mgg 1 ni korang leh survey dl.. ~nk beli trs pn ok...hehehhee~
~ barang yg abis di jual@booked, akn trs di kira Out Of Stock sbb kami tidak akan buat yg baru. (dh nama pn promotion kn, so ianya terhad la...)
~ list barang promotion Y.E.S adalah readymade... so tiada special order exp: headband promotion adalah tnpa nama, so kami xdpt proceed order korang klu korang nak headband nama... ~sorry banyak2...sob...sob...~
~ step untuk membuat pesanan adalah :- survey brg2 yg korg suka --> msk'n detail korang di ORDER FORM --> List of items tu korang msk'n no kod brg je & QUANTITI --> submit
~ spt biasa, slps pembayaran dterima, kami dgn scepat kilat trs pos brg'n korang...
~ Postage fee? NOT included in the price listed...

3...2...1... Y.E.S Promotion Start!!!

1) Klip Rambut

(available) 
Kod : KLP01
Kuantiti : 4 unit 2 unit
Harga : RM 1.50/unit


 (available)
Kod : KLP02
Kuantiti : 4 unit 2 unit
Harga : RM 1.50/unit

(available)
Kod : KLP03
Kuantiti : 4 unit 2 unit
Harga : RM 1.50/unit

(available)
Kod : KLP04
Kuantiti : 4 unit 2 unit
Harga : RM 1.50/unit 

(available)
Kod : KLP05
Kuantiti : 4 unit 2 unit
Harga : RM 1.50/unit 

(available)
Kod : KLP06
Kuantiti : 4 unit 2 unit
Harga : RM 1.50 unit

Amacam, mengancam tak? Untuk Batch 2 ini kami hanya sediakan 4 unit bagi setiap design klip rambut. Ianya amat berbaloi dan cantik di pakai. Klip di sebelah butterfly itu adalah contoh klip yang kami gunakan.
Jika korang berminat, isi ORDER FORM kami. Jika korang hendak menunggu Batch 3 dl br hendak buat pesanan, it's ok...
Jika tiada aral, Batch 3 nanti kami akan post'n HEADBAND & PIN TUDUNG. Ia adalah produk kami yang paling laris!!! So, kepada peminat & pengumpul felt craft jgn ketinggalan.
Jika korang ada sebarang komen @ pertanyaan, sila hubungi kami di FB, email @ ruangan komen di blog ini... (^^)

Enjoy shopping with us...!

Wednesday, February 1, 2012

JUALAN RUNTUH!!!!!

Assalamualaikum...
Pada hari ini, tamat sudah PROMOSI YEAR END SALE (Y.E.S) dari kami. Terima kasih kepada semua yang support kami sehingga kini. Kami bersyukur dengan penghargaan dari korang semua. So, start hari ini juga semua koleksi kami kembali ke harga lama. InsyaAllah lain kali kami akan cuba lancarkan promosi lagi. Korang kena selalu keep in touch dengan kami untuk mengetahui perkembangan terbaru...
Di sini kami sertakan harga bagi koleksi kami untuk rujukan korang semua. Di harap ia dapat membantu korang membuat pilihan.

1) HEADBAND
Kami mempunyai pelbagai patern headband. Yang pasti headband yang kami keluarkan adalah yang terbaik dari yang terbaik. Fabric yang kami gunakan juga tahan lasak & tahan lama... So korang tak perlu risau kalau anak korang lasak. Harga yang kami tawarkan untuk headband ini bermula RM 15.00 ~ RM 25.00/unit. Harga bergantung kepada bilangan kuntum bunga & huruf...
*** Jika bilangan huruf 6 & lebih, RM 0.50 akan di charge.
*** Jika bilangan bunga di tambah, maka RM1.00 akan di charge.
 
2) KEYCHAIN
Keychain pula kami ada banyak pilihan juga. Macam2 bentuk korang boleh request. Untuk harga keychain kami tawarkan hrga bermula dengan RM 3.50/unit sahaja. Ini antara keychain yang telah kami siapkan. Jamu2lah mata ek...
***Jika bilangan huruf 6 & lebih, RM 0.50 akan di charge.

3) BROOCH
Brooch ni kami jahit 100% menggunakan tangan kami yang berbakat ni... hehehehe.. Buat masa ni kami menawarkan 2 jenis brooch :-
a) BROOCH BUNGA MAWAR : RM 4.00/unit
b) BROOCH BUNGA MELUR  : RM 3.50/unit

4) SARUNG HANDPHONE
Untuk sarung handphone yang comel ni, kami tawarkan kepada korang dengan harga serendah RM 15.00/unit sahaja. Ia bergantung kepada design & saiz sarung handphone korang. Contoh yang kami ada ini adalah yang paling simple tapi sweet! Korang boleh passing design korang sendiri & kami cuba jahit mengikut design korang.

5) KEYCHAIN HANDPHONE
Untuk keychain handphone ini saiznya kecil skit dari keychain biasa. Sesuailah jika hendak dipadankan pada handphone korang yang bergaya tu. Kami tawarkan dengan harga serendah RM 3.50/unit. Memang murah & menang di miliki...

Okey, semoga ini memberikan 1001 kemudahan kepada korang untuk membuat pilihan. Apa korang tunggu lagi, buatlah tempahan korang sekarang! Jika korang ada sebarang kesulitan berkaitan dengan koleksi kami, just hubungi kami melalui FB, email & ruangan komen di blog ini.
Untuk tempahan melibatkan kuantiti yang banyak, sila buat tempahan awal. InsyaAllah harga masih boleh di runding. Takkanlah kami tak bagi discount kan... Kami akan pastikan korang untung membeli & kami puas hati menjualnya...
Kami sentiasa bersedia menanti tempahan anda...

Enjoy shopping with us....

Tuesday, November 22, 2011

Handmake Craft : Tempahan dari Ika

Assalamualaikum...
Lama kami tak update blog kan? Ingatkan semalam nak update tapi memandangkan keadaan yang kurang mengizinkan, so kami try curi masa update blog malam ni. 
Sebelum kami terus ke point utama kami, firstly kami ucapkan TERIMA KASIH & TAHNIAH KEPADA TEAM HARIMAU MALAYA KITA... Terima kasih yang tak terhingga... Sekali lagi kita buktikan bahawa team Malaysia bukan calang2 orangnye... Sesungguhnya Malaysia tidak memerlukan pemain luar untuk bergelar juara!!! HARIMAU MALAYA memang terunggul di Asia!!! Garuda pula terus patah sayapnye...

Oklah, kali ni kami just nak update antara tempahan yang telah kami siapkan. Kalau korang berminat, macam biasa bolehlah PM kami & isi ORDER FORM yang terletak di bahagian bawah blog kami...

Tempahan dari Ika.
1. Keychain khas utk mak...
yg ni hadiah utk birthday mak Ika...

nama Ika di side blkg keychain
2. Keychain khas utk diri sendiri...

nama Ika di jahit dgn kemas...

rama2 sebagai hiasan yg simple tp sweet!
3. Brooch Bunga Mawar...

pandangan side depan
pandangan side belakang

Alhamdulillah, kami berjaya siapkan tempahan Ika pada masa yang dijanjikan. Terima kasih kepada Ika kerana sudi menggunakan khidmat kami. Kepada korng lak, kalau berminat jangan tunggu2 lagi... Tempahlah sekarang... Korang boleh menggunakan ORDER FORM yang terletak di bahagian bawah blog kami ni...
Jika ada sebarang pertanyaan, korang boleh PM kami di facebook kami @ email je terus kepada kami...

Enjoy shopping with us....

Saturday, October 29, 2011

Handmake Craft : Pin Bunga Mawar

Assalamualaikum...
Hai korang semua. Amacam ngan PIN BUNGA MELUR yang kami update semalam? Cantik kan... Pasti korang semua tergoda kan. Okeylah, hari ni kami ada masa free sikit. Sambil-sambil tengok perlawanan bola Piala Malaysia, Terengganu vs Negeri Sembilan.
Hari ni kami perkenalkan satu lagi design pin handmake craft kami. PIN BUNGA MAWAR... Memang cute gilerrr.... Cantik sangat!!! Pasti korang teruja.
PIN BUNGA MAWAR ni memang tengah HOT di Ipoh. Saya memang tidak menang tangan menyiapkan pesanan yang kami terima untuk item ini.

PIN BUNGA MAWAR
PIN BUNGA MAWAR... menarik & tertarik!!!
Cantik kan? Yang ni antara pesanan yang telah disiapkan dengan jayanya. Warna bunga adalah pilihan customer kami sendiri. Kombinasi warna dan jahitan bunga yang KEMAS serta TELITI menambahkan lagi seri PIN BUNGA MAWAR ni.
ni pandangan dari belakang & depan
Apa lagi yang korang tunggu? Kami di sini menanti pesanan korang dengan penuh teruja & bersemangat. Hope korang pun teruja & berpuas hati.
Jangan tunggu lama-lama. Dapatkan PIN BUNGA MAWAR dengan segera. Korang pasti kelihatan penuh bergaya & up-to-date. 

Enjoy shopping with us...

Friday, October 28, 2011

Handmake Craft : Pin Bunga Melur

Salam semua...
Maaflah lambat update blog. Saya baru dapat edit gambar2dr kamera. Nasib baiklah kamera saya ni tak banyak songeh. Susah senangku memang bersama kamera ni....hehehehe...
Oklah, saya nk perkenalkan kat korang produk dari kami. Gerenti korang terbeliak mata punye. Sebab produk kami ni cantikkkkkk sgt...
Pin ni memang cute & sesuai untuk di gayakan di mana2 majlis even korang just nak berjalan2 sekalipun.

PIN BUNGA MELUR.

Pin Bunga Melur... Dari Pandangan Depan...
Amacam, cantik tak? PIN BUNGA MELUR ni kami suami isteri jahit sendiri tau. 200% handmake tau... Tapi korang gerenti akan berpuas hati sebab kami akan pastikan kualitinya 300% perfect!!!!
Tak puas lagi tengok gambar kat atas ni? Takpe, kita zoooommmmm skit....

PIN BUNGA MELUR...cantik & memikat!
ni plak kita zoom bahagian belakang PIN BUNGA MELUR
PIN BUNGA MELUR ni kami jahit mengikut warna pilihan customer kami. Tetapi kami ada juga jahit banyak2 untuk di jual kepada customer yang baru nak kenal produk kami. So, korang boleh pilih warna kegemaran korang.
Harga plak? Don't worry, kalau korang dengar pun conform korang tak percaya SEMURAH itu korang perlu bayar untuk PIN BUNGA MELUR YANG SE GAH INI...!
Hantarkan pesanan ada sekarang... Kami sentiasa menunggu dengan senyuman...

Enjoy shopping with us!