Enjoy shopping & crafting with us..

Tuesday, March 18, 2014

Hadiah Untuk Si Comel..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Rindunya hendak update blog!!!! Niat kami tu terbantut di sebabkan external harddisk kami tak boleh connect pada PC & Netbook kami. Entah kenapa... Agaknya sebab kabel wire harddisk ni dah tua kot... Alhamdulillah harddisk kami ni still ok. Susah juga kami kalau harddisk rosak sebab banyak dokument & gambar-gambar koleksi kami yang masih belum di update dalam blog, kami simpan dalam external harddisk ni...

Tanpa banyak menaip, kami nak share koleksi kami yang amat-amat superb ni... Tempahan yang kami terima dari customer kami Siti Hajar (FB : Siti Hajar Afiqah Shamsuddin ). Seronok menyiapkan tempahan ini sebab kami juga suka design yang kami buat ni. Seronok kalau ada anak perempuan, memang rajin lah nak menghias... Insya Allah, ada rezeki untuk kami nanti,,,amin...

2 unit Headband & 1 klip rambut... Headband tersebut kami hiaskan dengan design bunga yang berlainan & semestinya cukup menarik!!!

Kod : HB010314
Headband ini menggunakan getah headband berwarna hitam. Kemudian kami menggabungkan 3 jenis bunga yang berlainan warna bagi menaikkan seri headband & baby. 3 helai daun juga di selit sama. Nama Baby 'AFRINA' pula menggunakan warna biru & unggu. Memang cukup menarik & tertarik!!!
 
Kod : KLP010314
Klip rambut ini still menggunakan warna tema sama iaitu biru & unggu. Butang di tengah-tengah headband juga kami menggunakan warna biru. Untuk warna tanah kami pilih warna hitam.

Kod : HB020314
Headband kali ini pula menggunakan 1 design bunga sahaja tetapi kami siapkan 2 kuntum supaya ianya tidak nampak terlalu kosong. Butang keemasan menambahkan lagi seri bunga pada headband tersebut. Getah headband berwarna putih menjadi pilihan. Untuk tulisan nama baby 'ZARAA' pula kami menggunakan warna biru  & tanahnya pula warna baby blue... Cute kan???

Bila di padankan pada model kami ni, nampak cantik sangat-sangat. Suka pula bila tengok... Lepas ni insya Allah rasanya still berminat menggunakan model yang sama (^_^)
Jika korang semua berminat dengan koleksi kami, boleh terus PM kami di page QasehMuslimah-Munirah ataupun email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com . Kalau tempahan dalam kuantiti yang besar, kalau boleh inform kami awal-awal. Senang kami nak manage masa kami...tolong ek...

Terima kasih juga kerana korang sudi meluangkan masa korang membaca entry kami pada kali ini.
enjoy shopping & crafting with us...

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)