Wednesday, March 5, 2014

Badge For Wedding Anie & Amir

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Alhamdulillah kami dapat kelapangan untuk sekali lagi update entry kali ini. 1st entry bagi bulan Mac 2014... Kami juga terkena tempiasnya akan perubahan cuaca di Malaysia ni. Cuaca yang agak kering tanpa hujan & di tambahkan lagi dengan jerebu menjadi salah satu punca kami kurang sihat 2,3 hari. Insya Allah semoga semua ini akan berubah menjadi lebih baik & apa yang berlaku kini sedikit sebanyak memberi pengajaran buat kita semua agar lebih bersyukur atas segala nikmat yang di berikan olehNya.

Panjang pula bercerita. Straight to the point!! Alhamdulillah pada tahun lepas kami ada menerima tempahan untuk menyiapkan BADGE Perkahwinan untuk pasangan Anie & Amir... Majlis Perkahwinan mereka adalah pada bulan Disember 2013 yang lepas. Kenapa sekarang baru update??? Panjang ceritanya... Di pendekkan cerita, kami kekurangan masa & terlalu banyak tempahan yang perlu di update & di siapkan..

Design badge ini simple & nice! Warna temanya mengikut warna tema majlis iaitu "Oren & Biru". So, warna tersebut kami jadikan background untuk Badge ni. Kami turut hiaskan dengan ribbon comey di mana tetap menggunakan warna tema majlis. Butang di jahitkan di tengah-tengah ribbon bagi menaikkan seri badge tersebut.

Kod : BADGE010314
 
Ni gambar badge yang berselerak!! Jemput tengok gambar yang kami dah susun cantik-cantik punya. Maaflah kualiti gambar agak kureng sebab kami hanya menggunakan kamera handphone sahaja. Insya Allah kalau di izinkan olehNya, murah rezeki nanti kami sambar kamera HD lak..hehehehe..

1st gambar ni adalah Badge untuk ABAH, EMAK, KAKAK & ADIK pengantin. Tema 'RAIKAN CINTA' turut menjadi pilihan pengantin. So, majlis tu nanti tidaklah terlalu formal kan?? Sebab hari istimewa tu untuk satu family meraikan cinta pasangan pengantin a.k.a ahli baru dalam keluarga...sweet sangat!!!!

Sepupu pun tidak di lupakan. Sebanyak 20pcs badge di tempah oleh pengantin buat sepupu tersayang. Semuanya di beri layanan sama rata. So no isu pilih kasih!!!! Mesti sepupu pengantin proud kan.... (^_^)

Badge special untuk Emak Saudara. Semestinya & wajib kena sediakan. Mereka ini antara tulang belakang yang memeriahkan & memastikan majlis berlangsung dengan jayanya...

Badge untuk Bapa Saudara pun ada. Kalau untuk Emak Saudara ada, takkan lah takde untuk Bapa Saudara kan??? Sebagai hadiah, peringatan & tanda terima kasih untuk insan-insan yang telah bersusah payah sepanjang majlis berlangsung...

Kami juga menerima undangan pengantin untuk ke majlis tersebut tetapi di sebabkan pelbagai halangan maka kami suami isteri tidak dapat turut serta. Hanya ucapan tahniah & terima kasih atas undangan dari Anie & keluarga. Tapi kami tetap menyiapkan 1 special gift untuk pasangan pengantin ni...
Apa pula ni kan??? Gambar ni adalah material yang kami gunakan sebelum proses cantuman di mulakan...chewah, proses tu penting!!!! 

Ini pula 100% siap... Gubangan dari chopstik dari kami untuk pasangan Anie & Amir. Pemilihan Chopstik ini ada ungkapannya tersendiri. Cuba bayangkan jika hanya ada 1 batang chopstik sahaja?? Bagaimana ianya berfungsi...?? Inikan pula manusia kan... Kita telah di ciptakan berpasangan & saling melengkapi... Faham tak maksudnya??

Doa kami semoga Anie & Amir bahagian & kekal hingga ke Jannah. Lalui liku-liku rumah tangga dengan penuh bertolak ansur, saling mempercayai & selalu berdoa kepadaNya agar kasih sayang antara pasangan sentiasa berkekalan & bertambah... AMin...

Kepada korang semua, kalau berminat untuk membuat tempahan dari kami boleh terus PM kami di page QasehMuslimah-Munirah & order melalui Order Form di Blog ini. Semuanya hanya di hujung jari korang je... Tapi kalau boleh, bila melibatkan kuantiti yang banyak ni, tempahan perlulah di lakukan 2,3 bulan sebelum majlis. Kesian kami nanti sampai kelam kabut...huhuhuhu...

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa korang membaca entry kami...
enjoy shopping & crafting with us....

2 comments :

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)