Enjoy shopping & crafting with us..

Sunday, May 27, 2018

Hadiah DIY Hari Guru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera... 

Apa khabar semua? Apa khabar juga amalan puasa korang? Mood kami tengah rajin untuk update tentang FELT CRAFT ni. Dah lama sangat di tinggalkan. Bukan bermakna kami sudah tutup business FELT CRAFT kami tapi kami terhadkan pengambilan order! Almaklumlah kami sudah terikat dengan pekerjaan hakiki yang baru. So, tanggungjawab itu perlu diutamakan sebabkan ianya punca rezeki utama kami.. 





Ini adalah project tempahan MINI PILLOW kami. Maaflah, tak berapa ingat siapa yang order. Banyak sangat time ni sebab untuk dihadiahkan sempena HARI GURU... Seronok bila tengok budak-budak sekolah excited untuk hadiahkan kepada cikgu kegemaran masing-masing. 

Time kami dulu ada juga hadiahkan cikgu sempena Hari Guru. Tapi just bagi music box, tempat letak pen... Semua yang dah readymade... Hadiah DiY ni susah sikit nak dapat. So amat bertuahlah budak-budak zaman sekarang. 


Final result!!! Cantik tak? 
Insya Allah, kalau korang juga berminat untuk membuat tempahan, boleh terus WhatsApp kami di 011-24274941 tau. Nak email pun boleh. Nak DM kat Instagram pun boleh. Nak PM di FB / Page FB pun boleh... Banyak caranya... 

Baiklah, lastly terima kasih sebab korang sudi singgah, baca & komen di Blog kami. Semoga kita dapat bertemu di entry akan datang... 

Saturday, May 19, 2018

GiveAway Ramadhan by QasehMuslimah-Munirah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Di harap demam PRU14 sudah habis & selesai. Sebenarnya kami runsing juga hari-hari bercakap tentang PRU14... Masing-masing ada pendapat dan kepentingan sendiri. Memang tak akan dapat memuaskan hati semua pihak kan? 

Tapi kali ni kita nak borak tentang Pilihanraya Ramadhan pula... Rasanya lebih baik kan? Lagipun bulan Ramadhan ni kita harus sambut dengan penuh semangat & meriah! Betul tak? 

So, apa kata sempena menyambut Bulan RAMADHAN ni, kita buat GiveAway sikit. Kami nak tawarkan 2 hadiah GiveAway kepada sahabat yang sudi join GiveAway kami. Tiada sponsor!!! Siap original handmake dari kami tau. 



Syarat-syarat nya? 
SENANG SANGATTTTTTT...!!!!! 

1) FOLLOW BLOG :- 
QasehMuslimah-Munirah
MyNewBlogger

2) FOLLOW IG :-
eira_eppy
byqmm

3) LIKE & FOLLOW PAGE FB :-
Munirah Mustafar
QMMWardrobe
QasehMuslimah-Munirah

4) Buat 1 entry tentang GIVEAWAY kami ni dimana tajuk nya 
"GiveAway Ramadhan by QasehMuslimah-Munirah"

5) Jangan lupe TAQ BLOG KAMI di BLOG, FACEBOOK & INSTAGRAM. 
(pemilihan pemenang bergantung kepada bilangan LIKE & SHARE friend korang juga)

6) Lastly, masukkan LINK korang di ruangan komen kami.  

TARIKH TUTUP : 31 MAY 2018

Hadiah nya : 2 unit MINI PILLOW FELT CRAFT dari QMM WARDROBE

Sambil-sambil kita join GIVEAWAY ni sambil-sambil kita tambah kenalan.

Tuesday, May 15, 2018

Salam Ramadhan 1439H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera... 

Dalam kita sibuk-sibuk berbincang tentang PRU14 & Politik Malaysia ni, apa kata kita ubah topik perbincangan kita pula. Kearah yang lebih baik & positif! 

Kami kali ni bukan nak borak & komen tentang PRU14 & politik Malaysia tapi nak ajak korang semua COUNTING FOR RAMADHAN.. 

Dah dekat sangat. Semoga kita diberi peluang lagi untuk sama-sama mengharungi & berebut nikmat serta pahala Bulan Ramadhan. Amiiinnn... 


Kami juga ingin memohon maaf jika sepanjang & sebelum ini kami ada sakit kan hati korang semua melalui penulisan ataupun percakapan serta perbuatan kami. Sama-samalah kita hargai & manfaatkan Bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan ini. 

SALAM RAMADHAN 
Ikhlas dari kami
Team QasehMuslimah-Munirah

Thursday, May 10, 2018

PRU14

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Semua sudah sedia maklum dengan keputusan PRU14 kan? Banyak kejutan yang berlaku... Kami pun selesai tunaikan tanggungjawab kami... Alhamdulillah...

Kami gerak balik ke Kelantan (tanah tumpah darahku) pada jam 9pagi 08/05/2018. Lebih kurang jam 6.30petang kami selamat tiba di rumah.
09.05.2018 lebih kurang jam 9pagi, kami adik beradik berjemaah menunaikan tanggungjawab kami mengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan Kota. Mak Abah kami pula mengundi di Sekolah Kebangsaan Kota.
09/05/2018 jam 10malam pula kami sudah bergerak balik ke Perak! Memang penat sangat tapi sangat berpuas hati kerana di permudahkan segala urusan kami...

Kami kurang dapat info terbaru berkaitan dengan keputusan PRU14. Almaklumlah, duduk dalam bas! Terima kasih sangat-sangat kepada family & kawan-kawan yang update keputusan semasa PRU14 kali ini. Memang banyakkkk sangat kejutan! Kelantan & Terengganu telah di amanahkan kepada PAS untuk mentadbir negeri... Negeri-negeri lain memang penuh dengan kejutan!

Kami doakan semoga apa yang berlaku pada PRU14 kali ini memberi pengajaran kepada setiap wakil rakyat & parti supaya sentiasa memainkan peranan anda sebagai 'wakil rakyat'! Suara kami memang KECIL tapi apabila kami bergabung, aura nya memang BESAR!!! Dan doa kami juga agar hak serta maruah MELAYU + AGAMA ISLAM itu sentiasa menjadi keutamaan... Hak MELAYU+ISLAM dalam TANAH MELAYU & BUMI MALAYSIA ini...

Semoga dalam tempoh 5 tahun akan datang ini membawa 1001 kebaikan serta keberkatan kepada kita semua. Wahai wakil rakyat & Perdana Mentari ke 7 kami, tunaikanlah segala janji-janji kalian... Sebabnya 5 tahun dari sekarang,kita akan berjumpa di PRU lagi...

Sama-samalah kita muhasabah diri kita. Jangan sesekali kita lalai kerana jika tidak, pihak lain akan ambik kesempatan atas kelalaian kita. Almaklumlah, masing-masing ada kepentingan masing-masing yang perlu di jaga!

Thursday, May 3, 2018

Selamat Mengundi!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Korang semua busy ke? Almaklumlah sekarang kan tengah musim perang untuk mengundi! Yang balik untuk mengundi di laman kampung sudah beli tiket ke belum?

Kami dah siap-siap beli tiket balik Kelantan dah... Alhamdulillah, dapat tiket. Suami kami mengundi di Ipoh, Perak. Manakala kami di Kelantan. Biarpun kami budget nak naik bas malam tapi boleh pulak tak sampai 24jam tiket bas ke Kelantan SOLD OUT!!! Nak naik flight memang tak lahhh.... Kami tak berapa gemar sangat naik flight. Lagipun dari Ipoh nak ke KLIA memang makan masa lama gak, berpetak punggung ni!!!!


Anyway, kami di sini dengan besar hatinya mengucapkan SELAMAT MENGUNDI & MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA!!!

Ingat... Undian kita ini adalah penentu masa depan untuk kita, keluarga, generasi, agama serta negara kita!!! Jangan kerana kita terikut-ikut dengan orang lain, terlalu kejar benda yang belum pasti, membuatkan kita memilih menggunakan emosi!

Jagalah tingkah laku kita, etika kita... 

Selamat Mengundi semua...
Semoga kita semua di lindungi, diberkati serta dipermudahkan segalanya...
Pertahankan hak kita... Jangan sampai terlepas di tangan orang lain... Ini bumi kita, tanah kita...