Enjoy shopping & crafting with us..

Thursday, January 31, 2013

Handmake Craft : Tempahan Dari Kak Ros (TM Teluk Intan)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kami masih lagi dalam emosi bercuti. Lama tidak balik rumah keluarga di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. Rindu rasanya... Kesempatan cuti  yang panjang ni, husband bawa balik Kelantan. Alhamdulillah, tenang terasa... (^^)

Baiklah, cuti pun cuti jugak. Tapi blog tetap update... Nama pun business sendiri. Kalau kita kerja lebih maknanya lebih lah income masuk! Iye tak?

Entry kita pada kali ini masih lagi berkaitan dengan Telekom Malaysia Berhad. Kali ini tempahan yang kami terima daripada Kak Ros. Keychain Telekom Malaysia kali ini agak kecil sikit saiznya. Kami lakukan sedikit perubahan atas tempahan yang kami terima. Kak Ros mahukan keychain Telekom Malaysia yang saiz kecil sikit je dari yang biasa kami buat. Yang lain semuanya sama. Cuma tulisan 'Teluk Intan' tu kami ubah sikit coraknya.

Ini 2 contoh keychain Telekom Malaysia. Yang sudah bergantung besi keychain adalah yang biasa kami siapkan sebelum ini. Yang sebelahnya pula adalah tempahan dari Kak Ros. Semua sama cuma saiznya di kecilkan & tulisannya kami lentukkan macam tu. Anyway, keychain ini tetap cantik & cute!!!

Kami di QasehMuslimah-Munirah berharap Kak Ros happy dengan hasil kerja kami. Nanti bolehlah order lagi.. (^^)

Kalau ada apa-apa kesulitan, korang boleh contact kami di email, FB & ruangan komen di blog kami ni. Kalau hendak order, just fill our ORDER FORM...

Enjoy crafting & enjoy with us...

Friday, January 18, 2013

Handmake Craft : Tempahan dari Chor (TM Teluk Intan)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Dah dekat seminggu rasanya tak update blog kan? Maaflah... Kami agak busy! My husband sibuk dok outstation, saya lak sibuk dok ngadap order-order yang perlu di siapkan & akaun yang tak siap2 lagi... En.CEO dh tunggu2... ~sabar ek en.CEO, xsempat nak siapkan!~

Tambahan pula, dah 3 minggu badan ni rasa macam tidak sihat, lenguh2! Agaknya sebab dok ngadap order2 smpai xberkelip. Maklumlah, nak kejar due...

Sambil2 nak update blog ni, kami jenguk2 juga geng2 blogger yang lain.. Macam si cantik manis Fatin Liana update tentang abangnya yang dah kawen! Si Fatin Suhana yang pandai bergaya dengan entry terbaru yang agak menyentuh hati... Blog2 memasak pun jenguk gak untuk cr idea masak nanti... Macam2 lagilah... Siapa cakap bila ber blog xboleh bersosial secara positive?

Erm, dah jauh melencong dah tu! Pada kali ini kami update lagi tentang Keychain Lambang Telekom Malaysia... Memang agak panas keychain ini, menjadi trend lak! Kali ini kami terima tempahan dari Chor pula. Dia test order sebanyak 5 unit dahulu! Kami begitu hargai kepercayaan En.Chor kita... Terima kasih banyak2... En.Chor adalah salah seorang staf Telekom Malaysia Berhad di Teluk Intan.

Keychain Telekom Malaysia Berhad ~ Teluk Intan
Kami cuba hasilkan yang terbaik bagi memastikan customer kami berpuas hati 200%! Alhamdulillah, setakat ini kami terima feedback yang positive dari customer kami... (^^)

Siap 100% khas utk En.Chor
Kami juga ada terima tempahan dari jabatan lain untuk mendapatkan keychain seperti keychain TM ni. InsyaAllah nanti kami akan update kat korang. 
Design & warna tidak semestinya 100% sama macam keychain ni. Korang boleh buat pilihan korang. Lepas tu kita bincang apa yang ok ngan tak ok... Ok?

Kalau korang berminat, buat tempahan sekarang melalui ORDER FORM kami. Hendak tanya apa-apa, boleh contact kami melalui email, FB & ruangan comment di blog ini. Kami akan cuba yang terbaik untuk kami & korang!

Enjoy crafting & shopping with us.........

Thursday, January 10, 2013

Handmake Craft : Tempahan Mr.Mohan ~ Keychain Telekom Malaysia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua kengkawan ku? Alhamdulillah, hari ini kami berkesempatan untuk update blog & FB kami. Banyak perkara yang hendak kami share dengan korang semua tapi kami tak mahu kelam kabut sangat. So, kita buat step by step...

Pada minggu lepas, kami ada update post tentang keychain Telekom Malaysia (TM) yang telah di hadiahkan kepada student practical di TM Teluk Intan (Klik di sini). ~ klu korang nak gak hadiah keychain TM ni, meh lah wat praktikal di TM Teluk Intan (^^) ~
Dan selepas itu, kami telah menerima tempahan dari staf TM sendiri. Pada kali ini kami menerima tempahan sebanyak 10 unit keychain TM! Alhamdulillah, syukur padanya. Terima kasih kepada Mr.Mohan kerana percaya kepada khidmat kami. Nanti bolehlah order lagi ek...

Ini antara gambar2 KEYCHAIN TELEKOM MALAYSIA yang sempat kami ambil.

time ni dah 70% proses siap!
Alhamdulillah, dah 100% siap! Cantik tak?
Terbaik dari kami...
Kami mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk menyiapkan keychain ni. Maklumlah, pada minggu tersebut kami agak busy dengan persiapan perkahwinan adik ipar. So, kerja kena selang seli lah...

Sampai kini kami masih lagi mendapat tempahan dari staf Telekom Malaysia untuk mendapatkan keychain ini. Terima kasih kepada warga staf TELEKOM MALAYSIA TELUK INTAN kerana support kami.

Bagi korang yang mengidam keychain seperti ini (tapi lambang tu kami akan jahit mengikut jabatan korang lah), boleh tempah sekarang dari kami. ORDER FORM kami sentiasa menunggu tempahan korang!

Keychain Telekom Malaysia

Untuk sebarang tempahan, korang guna kod ini :-

Kod : KYCH Lambang
Harga : RM 3.50/unit
# klu pembelian melebihi 20 unit, harga jualan adalah RM 3.45/unit
# klu pembelian melebihi 50 unit, harga jualan adalah RM 3.30/unit
 Sebarang komen @ pertanyaan, korang boleh contact kami di email, FB dan ruangan komen di blog ini. Hingga kita berjumpa lagi...

Enjoy crafting & shopping with us....

Monday, January 7, 2013

Handmake Craft : Tempahan Dari Dina.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Pembuka tahun baru yang agak kurang memberi masa yang panjang untuk lepak2... Alhamdulillah, pembukaan rezeki yang semakin melimpah hendaknya... Kami cuba dapatkan beberapa projek besar untuk menambahkan lagi pengalaman & kreativiti kami. Sebab itulah kami agak terhad sikit untuk update blog & FB kami...
Tapi korang jangan risau, kami tetap cuba sentiasa update apa2 yg terbaru dari kami.

Kali ini kami nak update tempahan keychain yang kami terima dari Dina (practical student di TM Teluk Intan). Dia happy go lucky, sangat suka bercakap... Asyik tergelak je... Dina tempah pada kami Keychain HP berbentuk daun. Setelah pikir2 kami decide untuk jahit daun buah strawberi...

ok tak? Ini keychain HP untuk pasangan couple! Sebab itulah depan belakangnya ada huruf 'D' dan 'Z'... Hadiahkan buat yang tersayang... 


Ini side depan & belakang. Atas permintaan Dina sendiri untuk jahit huruf 'D' & 'Z' tu. Kami tidak galakkan untuk jahit nama penuh sebab nanti tak cantik. Keychain HP kan bukannya besar sangat. Kalau besar plak nnt kita pun susah nak manage. ~from my personal opinion lah~

Okeylah, kami harap Dina berpuas hati dengan hasil kerja kami. Di harap dia sentiasa happy & cepat2 kahwin...hehehehe...

Kalau ada sebarang kesulitan, korang boleh contact kami di FB, email & ruangan komen dalam blog ni. Tapi kalau korang nak order, just fill ktorang punya ORDER FORM kat side bawah blog ni...

Enjoy crafting & shopping with us....

Friday, January 4, 2013

Harga Terkini Tahun 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Hari Jumaat yang agak cerah ni takkan tak happy kan? Kami di QasehMuslimah-Munirah pun happy hari ini. Alhamdulillah, respond yg kami terima agak membanggakan. Agak2 kalau terus-menerus macam ni, dapatlah kumpul duit utk jalan2 ke Korea...! hehehe ~bestnya bila tgk kwn2 jln2 ke Korea...sob...sob...

Untuk entry kali ni, kami just nak update semula HARGA TERKINI untuk TAHUN 2013 koleksi kami. Ini kerana ada yang bertanyakan kami tentang perkara ini. Terima kasih banyak2 kerana alert & ingatkan kami. Buat maklumah korang semua, ini harga koleksi kami bagi tahun 2013!

1) HEADBAND : RM 15.00/unit & ke atas*
2) KEYCHAIN : RM 3.50/unit.
3) KEYCHAIN HANDPHONE : RM 3.00/unit
4) BROOCH : RM 2.50/unit
5) KLIP RAMBUT : RM 1.50/unit ~ RM 2.00/unit
6) SARUNG HARDDISK : RM 15.00/unit

*harga headband adalah tertakluk kepada bilangan bunga & tulisan. RM15.00/unit adalah harga normal untuk sekuntum bunga + tulisan (5 huruf) sahaja.


Oppss... ada additional information skit..!
## harga yang di paparkan adalah seperti harga tahun sebelumnya. Kami cuba untuk mengekalkan harga yang sedia ada.
## jika pembelian 10 items & ke atas, potongan harga sebanyak 10% akan di berikan.
## jika pembelian melebihi 15 items, postage fee akan di tanggung oleh kami.
## sebarang perubahan tertakluk kepada keadaan. Pihak kami akan cuba update dari semasa ke semasa.

Enjoy crafting & shopping with us...

Thursday, January 3, 2013

Handmake Craft : Sarung Harddisk

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Pada bulan Disember 2012 yang lalu, kami memilih untuk menjadikan SARUNG HARDDISK sebagai salah satu Free Gift@Special Gift kepada pelanggan kami yang terpilih. Kami tidak menjual kepada pelanggan kami luar dari kawasan Perak kerana kami cuba test market di area kami dahulu. 
Di sebabkan respond yang kami terima agak luar biasa, so kami decide untuk memperluaskan kepada pelanggan-pelanggan kami di Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak serta luar Malaysia (InsyaAllah, jika DIA izinkan...).

Oleh itu, kami memperkenalkan HANDMAKE CRAFT : SARUNG HARDDISK dari kami kepada korang semua. Koleksi kami ini seperti yang lain-lain juga, 100% jahitan tangan & menggunakan ketelitian yang terperinci... Korang pasti berpuas hati!

HANDMAKE CRAFT : SARUNG HARDDISK.

Harga : RM 15.00/unit
Lebar : 9 cm
Panjang : 15 cm
~ exclude postage fee~

Kami menggunakan felt yang  bermutu tinggi di mana felt ini tidak mudah berbulu & tahan lasak. Jahitan kami juga kemas & tersusun. ORDER FORM kami sentiasa sabar menunggu korang. Jika ada sebarang pertanyaan, korang boleh contact kami di email, FB dan ruangan komen di blog ini.

~ Untuk Makluman korang ~
# jika saiz harddisk korang berbeza, just inform kami berapa ukurannya (dlm 'cm' tau).
# kalau korang beli sarung harddisk ni lebih dari 10 unit, insyaAllah kami akan bagi discount. So, korang kumpul kwn2 utk borong sarung harddisk ni. Special price hanya utk korang!
# tiada sebarang expired date untuk jualan kali ini melainkan kami ada inform di kemudian hari...

Enjoy crafting & shopping with us....

Hadiah Untuk Student Praktikal Telekom Malaysia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013!!!!

Sempena tahun baru ni, so kita pun mula dengan perkara baru. Tapi sebelum kita borak2 panjang lebar, kami di sini ingin mengucapkan RIBUAN TERIMA KASIH kepada pelanggan & followers kami yg sentiasa tidak jemu support kami. 
Promosi Y.E.S 2012 kami pun beroperasi dengan jayanya! Thanks a lots...

Pada kali ni, kami hendak mulakan dengan buah tangan yang di tempah oleh staf Telekom Malaysia (TM) Teluk Intan, untuk di berikan kepada student praktikal mereka. Walaupun hanya keychain tapi membawa 1001 makna kepada student berkenaan & kami juga...

Dua orang yang bertuah tu di beri nama (chewah...!!!) :-
1) Dina (search FB dieorang : Dna Meyer)
2) Selva (search FB dieorang : Selva Kumari)


View Bahagian Depan
View Bahagian Belakang
Keychain ini kami jahit 100% menggunakan jahitan secara manual! Dari gunting patern hingga tugasan terakhir. (fuyo...betapa kuatnya semangat kami!hehehe). Pada mulanya kami plan utk upload gambar mereka berdua semasa terima keychain ni tapi kami tidak terima lagi gambar tu. So, kalau dh terima nnt, kami upload kan semula...okey?
Kami mengambil masa selama 2 hari untuk siapkan kerana kami terpaksa selang seli dengan tugasan lain... Biasalah yeop...!
Anyway, terima kasih kepada warga Telekom Malaysia (Teluk Intan) kerana percaya dengan kreativiti kami & menggunakan khidmat kami...

Ucapan kami kepada Dina & Selva, semoga korang berdua sentiasa success dan bahagia selalu... ~ jgn lupe passing kad jemputan kat kami lak nnt...hehehee~

Kalau korang pun rasa suka hati & senang hati nak keychain macam ni (tapi lambang tmpt keje korang la...), boleh contact kami & buat tempahan. Kami akan cuba usahakan dan menjadikan impian korang itu satu realiti...hehehe...

Korang boleh contact kami di FB, email & ruangan komen di blog kami ni...

Enjoy crafting & shopping with us....