Thursday, January 10, 2013

Handmake Craft : Tempahan Mr.Mohan ~ Keychain Telekom Malaysia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua kengkawan ku? Alhamdulillah, hari ini kami berkesempatan untuk update blog & FB kami. Banyak perkara yang hendak kami share dengan korang semua tapi kami tak mahu kelam kabut sangat. So, kita buat step by step...

Pada minggu lepas, kami ada update post tentang keychain Telekom Malaysia (TM) yang telah di hadiahkan kepada student practical di TM Teluk Intan (Klik di sini). ~ klu korang nak gak hadiah keychain TM ni, meh lah wat praktikal di TM Teluk Intan (^^) ~
Dan selepas itu, kami telah menerima tempahan dari staf TM sendiri. Pada kali ini kami menerima tempahan sebanyak 10 unit keychain TM! Alhamdulillah, syukur padanya. Terima kasih kepada Mr.Mohan kerana percaya kepada khidmat kami. Nanti bolehlah order lagi ek...

Ini antara gambar2 KEYCHAIN TELEKOM MALAYSIA yang sempat kami ambil.

time ni dah 70% proses siap!
Alhamdulillah, dah 100% siap! Cantik tak?
Terbaik dari kami...
Kami mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk menyiapkan keychain ni. Maklumlah, pada minggu tersebut kami agak busy dengan persiapan perkahwinan adik ipar. So, kerja kena selang seli lah...

Sampai kini kami masih lagi mendapat tempahan dari staf Telekom Malaysia untuk mendapatkan keychain ini. Terima kasih kepada warga staf TELEKOM MALAYSIA TELUK INTAN kerana support kami.

Bagi korang yang mengidam keychain seperti ini (tapi lambang tu kami akan jahit mengikut jabatan korang lah), boleh tempah sekarang dari kami. ORDER FORM kami sentiasa menunggu tempahan korang!

Keychain Telekom Malaysia

Untuk sebarang tempahan, korang guna kod ini :-

Kod : KYCH Lambang
Harga : RM 3.50/unit
# klu pembelian melebihi 20 unit, harga jualan adalah RM 3.45/unit
# klu pembelian melebihi 50 unit, harga jualan adalah RM 3.30/unit
 Sebarang komen @ pertanyaan, korang boleh contact kami di email, FB dan ruangan komen di blog ini. Hingga kita berjumpa lagi...

Enjoy crafting & shopping with us....

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)