Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...
Sedar tak sedar, Ramadan yang dirindui bakal menjelma lagi. Semoga kita semua direzekikan untuk bertemu Ramadan ini. Pasti ramai mencari peluang untuk menanam benih kebaikan apatah lagi merebut peluang untuk meraikan bonus di bulan Ramadan ini.
TheTelekung Project (PPM-018-10-15082012) ingin mengajak sahabat semua melalui mini project AQUA FOR RAMADAN. Sasaran 3000 karton air minuman untuk diedarkan kepada 10 buah masjid/surau yang akan menjalankan ibadah terawih dan berbuka puasa. Setiap surau/masjid akan diberikan 300 karton air minuman (300 karton x 24 botol = 7200 botol) untuk kegunaan Jemaah sepanjang bulan Ramadan yang bakal menjelma ini.
Sasaran 3000 karton ini bermakna kami akan membuka peluang kepada sahabat yang ingin mengambil peluang ini untuk menyumbang RM 12 sekarton (termasuk kos lori dan labour untuk edarkan ke 10 buah masjid/surau).
Fasa mini project ini adalah seperti berikut:





Kepada yang berminat untuk merebut peluang ini boleh melalui:
CIMB Telekung Project (8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek
MBB Admin Telekung Project (5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz
(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan AQUA FOR RAMADAN
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733/ +60197357151



Fasa pengumpulan dana untuk 3000 karton air minuman ini akan dibuka selama dua minggu bermula daripada 13 April 2018 ā 27 April 2018, walaubagaimanapun akan ditutup segera jika telah mencukupi kerana kapasiti project hanya memerlukan 3000 karton air minuman sahaja.
33 hari lagi menuju Ramadan, dan semoga mini project ini menjadi ruang untuk kita #sharewithrandom dan merebut pahala di bulan Ramadan dan sebagai persediaan untuk kita melatih diri melakukan kebaikan yang simple menuju Ramadan yang dirindui.
Salam Ukhwah,
Azila Aziz
13 April 2018
26 Rejab 1439H
Boleh terus refer ke FACEBOOK : TheTelekung Project
jom kita pakat bersedekah!
ReplyDeletejom sama2 kita sepakat...
Delete