Enjoy shopping & crafting with us..

Sunday, April 22, 2018

AQUA FOR RAMADAN by The Telekung Project

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...
Sedar tak sedar, Ramadan yang dirindui bakal menjelma lagi. Semoga kita semua direzekikan untuk bertemu Ramadan ini. Pasti ramai mencari peluang untuk menanam benih kebaikan apatah lagi merebut peluang untuk meraikan bonus di bulan Ramadan ini.
TheTelekung Project (PPM-018-10-15082012) ingin mengajak sahabat semua melalui mini project AQUA FOR RAMADAN. Sasaran 3000 karton air minuman untuk diedarkan kepada 10 buah masjid/surau yang akan menjalankan ibadah terawih dan berbuka puasa. Setiap surau/masjid akan diberikan 300 karton air minuman (300 karton x 24 botol = 7200 botol) untuk kegunaan Jemaah sepanjang bulan Ramadan yang bakal menjelma ini.
Sasaran 3000 karton ini bermakna kami akan membuka peluang kepada sahabat yang ingin mengambil peluang ini untuk menyumbang RM 12 sekarton (termasuk kos lori dan labour untuk edarkan ke 10 buah masjid/surau).
Fasa mini project ini adalah seperti berikut:
💡Fasa pertama: Pengumpulan dana untuk menyediakan 3000 karton air minum dengan label khas “100 % from & for Charity”
💡Fasa kedua: Tempahan air minuman di kilang
💡Fasa ketiga: Penghantaran dari Kilang ke tempat Penyimpanan TP
💡Fasa keempat: Edaran ke Masjid/Surau menggunakan 10 buah lori
💡Fasa Tamat.
Kepada yang berminat untuk merebut peluang ini boleh melalui:
CIMB Telekung Project (8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek
MBB Admin Telekung Project (5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz
(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan AQUA FOR RAMADAN
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733/ +60197357151
‼️‼️‼️Sgt penting: Mohon isikan borang di bawah utk tujuan DATA AUDITING KAMI:


Fasa pengumpulan dana untuk 3000 karton air minuman ini akan dibuka selama dua minggu bermula daripada 13 April 2018 – 27 April 2018, walaubagaimanapun akan ditutup segera jika telah mencukupi kerana kapasiti project hanya memerlukan 3000 karton air minuman sahaja.
33 hari lagi menuju Ramadan, dan semoga mini project ini menjadi ruang untuk kita #sharewithrandom dan merebut pahala di bulan Ramadan dan sebagai persediaan untuk kita melatih diri melakukan kebaikan yang simple menuju Ramadan yang dirindui.
Salam Ukhwah,
Azila Aziz
13 April 2018
26 Rejab 1439H








Boleh terus refer ke FACEBOOK : TheTelekung Project

2 comments :

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)