Enjoy shopping & crafting with us..

Showing posts with label Sharing is Caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is Caring. Show all posts

Friday, April 3, 2020

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Kita sudah berada pada hari ke-3 untuk 2nd PKP! Buat pengetahuan korang semua, setakat ini kes positif COVID19 sudah mencecah 3,333 kes! Tinggi tu... Penambahan 3 kematian guysss... Bukan 1 angka yang boleh dibanggakan! 
Diharap korang semua dapat memberi kerjasama dengan kerajaan dan juga Frontliner kita. Insya Allah...

Sepertimana semua tahu, tempoh hari Perdana Menteri kita sudah umumkan berkaitan dengan BANTUAN PRIHATIN NASIONAL kan? Korang yang mana dah terima BSH sebelum ni, maybe tiada apa-apa masalah. Tapi yang belum pernah terima dan LAYAK untuk menerima BPN 2020 kali ni, boleh start membuat permohonan baru pada 01 April 2020. Kita nak share sikit step untuk rujukan korang...

Langkah 1 :
Kena tahu kelayakkan anda memohon kategori mana. B40 ker? M40 ker? Bujang berusia 21 tahun dan berpendapatan RM2000 kebawah ker? Saya tak tahu status anda...
Contoh yang saya bagi ni adalah M40 yg tak pernah register ke LHDN (sebab pendapatan boleh cukai tak capai tahap perlu bayar cukai pendapatan)

Langkah 2 :
Sila layari laman web www.hasil.gov.my

Langkah 3 :
Pilih "Bantuan Prihatin Nasional" - saya bulatkan warna merah.

Langkah 4 :
Masukkan nombor Kad Pengenalan.
Selepas tu akan muncul kod "CAPTCHA" Masukkan kod captcha tersebut.
*rujuk gambar Langkah 4a

Langkah 5 :
Oleh kerana saya tidak pernah daftar ke LHDN, laman web memaparkan kenyataan "Tiada Rekod. Sila klik butang pemohonan baru"
Kemudian klik butang PERMOHONAN BARU

Langkah 6 :
Isikan data-data permohonan tersebut.
Hantar langkah 6a,6b,6b,6c dan 6d

Sila sediakan :
-Nombor IC pemohon dan ahli keluarga semua
-Nombor Akaun Bank pemohon dan pasangan
-Jumlah pendapatan kasar isi rumah
-Tarikh Kahwin

Langkah 7 :
Selepas siap hantar, Anda boleh buat pilihan untuk CETAK dan sambung seterusnya ke proses "MENDAFTAR AKAUN BAGI TUJUAN LOG MASUK"











Diharap apa yang kami share ni dapat menjadi rujukan buat korang yang kena buat Permohonan Baru.
#ambilpeduli
#STAYATHOME
#COVID19

Saturday, August 24, 2019

FLAT PRICE RM6.20

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera...

Lama kami menyepi kan? Hampir 1 tahun agaknya. Busy sikit sebab sekarang dah kena fokus pada kerja hakiki... Office hour kata kauuuu...

Kami taknak panjang-panjang cerita tapi kami nak share somethings gempak dan menjimatkan poket korang...
Kenapa sekarang???
Sebab... gaji dah on the way nak masukkan???
Sebab ke 2 : MERDEKA SALE

Semua HANDSOCK dan SOCK kami tawarkan dengan FLAT PRICE!!!
Siapa sanggup offer harga ni???
Kami je...

RM 6.20/pasang

bermula dari 19 Ogos 2019 hingga 31 Ogos 2019 sahaja...

Kami bukan sengaja lambat inform melalui Blog comey ni tapi sebab kami langsung tak sempat nak update entry. Hari-hari order masuk! 
Alhamdulillah memang tak menang tangan..

Korang shopping lah dari kami... 
jom tengok koleksi MERDEKA SALE kami...



Ainisha 3.0 Handsock
MERDEKA SALE PRICE : RM6.20/pasang


Kanik Original Tapak Hitam
Kanik Tapak Hitam Alien 
MERDEKA SALE PRICE : RM6.20/pasang


Soka Alien Plain
MERDEKA SALE PRICE : RM6.20/pasang


Ayna Dwitone Handsock
MERDEKA SALE PRICE : RM 6.20/pasang



Ummy Dwitone Handsock
MERDEKA SALE PRICE : RM 6.20/pasang

Amacam? Banyak pilihan kan... 
Berminat je terus contact kami sebab offer ni sampai 31 OGOS 2019 je... 
Boleh terus klik whatsApp kami ni... 
www.wasap.my/601124274941/merdekasale

Sunday, September 30, 2018

Projek Jualan di SHOPEE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Cakap je pasal SHOPEE pastinya semua dah terbayang pelbagai pilihan produk & koleksi yang di jual di situ.
Demi mengembangkan business, kami juga turut serta dalam projek Jualan Shopee ni. Alhamdulilah, sudah semakin bertambah koleksi kami muat naik dalam wall shopee kami.





Korang semua boleh cari wall kami 'QMM WARDROBE' tau. Ada banyak koleksi stokin kaki, stokin tangan, barangan felt craft dan juga koleksi handbag!
FOLLOW akaun Shopee kami tau...!
Sebarkan pada sahabat & keluarga sekali...

Saturday, May 19, 2018

GiveAway Ramadhan by QasehMuslimah-Munirah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Di harap demam PRU14 sudah habis & selesai. Sebenarnya kami runsing juga hari-hari bercakap tentang PRU14... Masing-masing ada pendapat dan kepentingan sendiri. Memang tak akan dapat memuaskan hati semua pihak kan? 

Tapi kali ni kita nak borak tentang Pilihanraya Ramadhan pula... Rasanya lebih baik kan? Lagipun bulan Ramadhan ni kita harus sambut dengan penuh semangat & meriah! Betul tak? 

So, apa kata sempena menyambut Bulan RAMADHAN ni, kita buat GiveAway sikit. Kami nak tawarkan 2 hadiah GiveAway kepada sahabat yang sudi join GiveAway kami. Tiada sponsor!!! Siap original handmake dari kami tau. 



Syarat-syarat nya? 
SENANG SANGATTTTTTT...!!!!! 

1) FOLLOW BLOG :- 
QasehMuslimah-Munirah
MyNewBlogger

2) FOLLOW IG :-
eira_eppy
byqmm

3) LIKE & FOLLOW PAGE FB :-
Munirah Mustafar
QMMWardrobe
QasehMuslimah-Munirah

4) Buat 1 entry tentang GIVEAWAY kami ni dimana tajuk nya 
"GiveAway Ramadhan by QasehMuslimah-Munirah"

5) Jangan lupe TAQ BLOG KAMI di BLOG, FACEBOOK & INSTAGRAM. 
(pemilihan pemenang bergantung kepada bilangan LIKE & SHARE friend korang juga)

6) Lastly, masukkan LINK korang di ruangan komen kami.  

TARIKH TUTUP : 31 MAY 2018

Hadiah nya : 2 unit MINI PILLOW FELT CRAFT dari QMM WARDROBE

Sambil-sambil kita join GIVEAWAY ni sambil-sambil kita tambah kenalan.

Tuesday, May 15, 2018

Salam Ramadhan 1439H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera... 

Dalam kita sibuk-sibuk berbincang tentang PRU14 & Politik Malaysia ni, apa kata kita ubah topik perbincangan kita pula. Kearah yang lebih baik & positif! 

Kami kali ni bukan nak borak & komen tentang PRU14 & politik Malaysia tapi nak ajak korang semua COUNTING FOR RAMADHAN.. 

Dah dekat sangat. Semoga kita diberi peluang lagi untuk sama-sama mengharungi & berebut nikmat serta pahala Bulan Ramadhan. Amiiinnn... 


Kami juga ingin memohon maaf jika sepanjang & sebelum ini kami ada sakit kan hati korang semua melalui penulisan ataupun percakapan serta perbuatan kami. Sama-samalah kita hargai & manfaatkan Bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan ini. 

SALAM RAMADHAN 
Ikhlas dari kami
Team QasehMuslimah-Munirah

Thursday, May 10, 2018

PRU14

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Semua sudah sedia maklum dengan keputusan PRU14 kan? Banyak kejutan yang berlaku... Kami pun selesai tunaikan tanggungjawab kami... Alhamdulillah...

Kami gerak balik ke Kelantan (tanah tumpah darahku) pada jam 9pagi 08/05/2018. Lebih kurang jam 6.30petang kami selamat tiba di rumah.
09.05.2018 lebih kurang jam 9pagi, kami adik beradik berjemaah menunaikan tanggungjawab kami mengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan Kota. Mak Abah kami pula mengundi di Sekolah Kebangsaan Kota.
09/05/2018 jam 10malam pula kami sudah bergerak balik ke Perak! Memang penat sangat tapi sangat berpuas hati kerana di permudahkan segala urusan kami...

Kami kurang dapat info terbaru berkaitan dengan keputusan PRU14. Almaklumlah, duduk dalam bas! Terima kasih sangat-sangat kepada family & kawan-kawan yang update keputusan semasa PRU14 kali ini. Memang banyakkkk sangat kejutan! Kelantan & Terengganu telah di amanahkan kepada PAS untuk mentadbir negeri... Negeri-negeri lain memang penuh dengan kejutan!

Kami doakan semoga apa yang berlaku pada PRU14 kali ini memberi pengajaran kepada setiap wakil rakyat & parti supaya sentiasa memainkan peranan anda sebagai 'wakil rakyat'! Suara kami memang KECIL tapi apabila kami bergabung, aura nya memang BESAR!!! Dan doa kami juga agar hak serta maruah MELAYU + AGAMA ISLAM itu sentiasa menjadi keutamaan... Hak MELAYU+ISLAM dalam TANAH MELAYU & BUMI MALAYSIA ini...

Semoga dalam tempoh 5 tahun akan datang ini membawa 1001 kebaikan serta keberkatan kepada kita semua. Wahai wakil rakyat & Perdana Mentari ke 7 kami, tunaikanlah segala janji-janji kalian... Sebabnya 5 tahun dari sekarang,kita akan berjumpa di PRU lagi...

Sama-samalah kita muhasabah diri kita. Jangan sesekali kita lalai kerana jika tidak, pihak lain akan ambik kesempatan atas kelalaian kita. Almaklumlah, masing-masing ada kepentingan masing-masing yang perlu di jaga!

Thursday, May 3, 2018

Selamat Mengundi!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Korang semua busy ke? Almaklumlah sekarang kan tengah musim perang untuk mengundi! Yang balik untuk mengundi di laman kampung sudah beli tiket ke belum?

Kami dah siap-siap beli tiket balik Kelantan dah... Alhamdulillah, dapat tiket. Suami kami mengundi di Ipoh, Perak. Manakala kami di Kelantan. Biarpun kami budget nak naik bas malam tapi boleh pulak tak sampai 24jam tiket bas ke Kelantan SOLD OUT!!! Nak naik flight memang tak lahhh.... Kami tak berapa gemar sangat naik flight. Lagipun dari Ipoh nak ke KLIA memang makan masa lama gak, berpetak punggung ni!!!!


Anyway, kami di sini dengan besar hatinya mengucapkan SELAMAT MENGUNDI & MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA!!!

Ingat... Undian kita ini adalah penentu masa depan untuk kita, keluarga, generasi, agama serta negara kita!!! Jangan kerana kita terikut-ikut dengan orang lain, terlalu kejar benda yang belum pasti, membuatkan kita memilih menggunakan emosi!

Jagalah tingkah laku kita, etika kita... 

Selamat Mengundi semua...
Semoga kita semua di lindungi, diberkati serta dipermudahkan segalanya...
Pertahankan hak kita... Jangan sampai terlepas di tangan orang lain... Ini bumi kita, tanah kita...


Sunday, April 22, 2018

AQUA FOR RAMADAN by The Telekung Project

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...
Sedar tak sedar, Ramadan yang dirindui bakal menjelma lagi. Semoga kita semua direzekikan untuk bertemu Ramadan ini. Pasti ramai mencari peluang untuk menanam benih kebaikan apatah lagi merebut peluang untuk meraikan bonus di bulan Ramadan ini.
TheTelekung Project (PPM-018-10-15082012) ingin mengajak sahabat semua melalui mini project AQUA FOR RAMADAN. Sasaran 3000 karton air minuman untuk diedarkan kepada 10 buah masjid/surau yang akan menjalankan ibadah terawih dan berbuka puasa. Setiap surau/masjid akan diberikan 300 karton air minuman (300 karton x 24 botol = 7200 botol) untuk kegunaan Jemaah sepanjang bulan Ramadan yang bakal menjelma ini.
Sasaran 3000 karton ini bermakna kami akan membuka peluang kepada sahabat yang ingin mengambil peluang ini untuk menyumbang RM 12 sekarton (termasuk kos lori dan labour untuk edarkan ke 10 buah masjid/surau).
Fasa mini project ini adalah seperti berikut:
💡Fasa pertama: Pengumpulan dana untuk menyediakan 3000 karton air minum dengan label khas “100 % from & for Charity”
💡Fasa kedua: Tempahan air minuman di kilang
💡Fasa ketiga: Penghantaran dari Kilang ke tempat Penyimpanan TP
💡Fasa keempat: Edaran ke Masjid/Surau menggunakan 10 buah lori
💡Fasa Tamat.
Kepada yang berminat untuk merebut peluang ini boleh melalui:
CIMB Telekung Project (8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek
MBB Admin Telekung Project (5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz
(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan AQUA FOR RAMADAN
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733/ +60197357151
‼️‼️‼️Sgt penting: Mohon isikan borang di bawah utk tujuan DATA AUDITING KAMI:


Fasa pengumpulan dana untuk 3000 karton air minuman ini akan dibuka selama dua minggu bermula daripada 13 April 2018 – 27 April 2018, walaubagaimanapun akan ditutup segera jika telah mencukupi kerana kapasiti project hanya memerlukan 3000 karton air minuman sahaja.
33 hari lagi menuju Ramadan, dan semoga mini project ini menjadi ruang untuk kita #sharewithrandom dan merebut pahala di bulan Ramadan dan sebagai persediaan untuk kita melatih diri melakukan kebaikan yang simple menuju Ramadan yang dirindui.
Salam Ukhwah,
Azila Aziz
13 April 2018
26 Rejab 1439H








Boleh terus refer ke FACEBOOK : TheTelekung Project

Monday, April 9, 2018

Jubah byFatinSuhana..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Korang dah baca ke entry tentang Majlis Kesyukuran sempena Perkahwinan adik lelaki kami? Kalau belum, boleh klik link di bawah ni.

1st Entry : Cupid Love Untuk Tetamu Comel


Muhammad Mustaqim Bin Mustafar
&
Azlina Sukery

Alhamdulillah majlis selamat dengan jayanya berlangsung pada 17 Feb 2018 yang lepas. So Insya Allah kami ada kelapangan sedikit untuk update Blog ni. Sambil-sambil share dengan korang apa yang menarik sepanjang majlis berlangsung! 

Kami juga nak share dengan korang antara sponsor dan klik-klik terbaik yang menjayakan majlis keluarga kami ni.

Untuk kali ni, kami nak share dengan korang pihak yang bertanggungjawab untuk baju pengantin adik ipar kami. Di sebabkan adik ipar kami bunting pelamin (Alhamdulillah...murah rezeki mereka...), so agak sukar untuk kami carikan baju pengantin. Mujurlah masa tu kami tergerak hati untuk survey online! Maka, dengan jayanya kami berkenan & adik ipar kami pun berkenan dengan baju dari salah satu butik hebat ni...



Sebenarnya kami memang suka sangat dengan koleksi dari ByFatinSuhana ni. Memang cantik giler... Mulanya kami berkenan nak beli untuk diri sendiri tapi bila fikir balik, baik settle kan bab majlis adik ni dulu. Kebetulan pula ByFatinSuhana tengan buat SALE!!! Sudah tertulis rezeki pasangan pengantin kita ni, saiz baju ada, harga baju dalam budget, memang tak tunggu lagi lah...Terus beli!



Instagram : byfatinsuhana

Disini kami share dengan korang semua link FB, Website & Instagram ByFatinSuhana ni. Manalah tahu sedikit sebanyak dapat membantu korang yang tengah cari koleksi baju muslimah yang cantik-cantik dan bergaya! Untuk pakai biasa-biasa boleh, ke majlis-majlis boleh, semuanya ada di sini. 
Confirm korang rambang mata!!!

Okeylah, ini sahaja yang mampu kami share untuk entry kali ni. Sudilah komen & share Blog comel kami ni nanti ek... Insya Allah kita jupe di entry akan datang...

Sunday, March 25, 2018

Cara MUDAH menggunungkan SAVING & INVESTMENT!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Entry kali ni agak mendalam sikit. Perkara baik seeloknya kita share bersama-sama kan?

Apa planning untuk saving & investment masa depan korang? Itu soalan cepu emas kami... Dulu kami buntu juga, sebabnya bila nak buat saving je confirm duit tu hanyut!! Lastly tiap hujung tahun, saving kami setakat adooo jer...

Alhamdulillah, sekarang kami dah jumpa jawapan dan penyelesaian kepada masalah kami tu. Ini bukannya kami saja-saja nak hebahkan tau. Ini semua mungkin salah satu jawapan untuk simpanan masa depan korang juga. Rezeki kami bila jumpa dengan orang yang betul dan pada masa yang betul dan awal!




Orangnya nampak biasa je kan? Tapi sebenarnya memang luar biasa! 1st time kami dengar penjelasan & pencerahkan berkaitan saving dan investment ni, kami dah rasa hebat! Kebetulan kami memang mencari-cari peluang untuk tingkatkan saving dan investment kami yang sebolehnya tidak membebankan duit gaji bulanan kami...

So, bila dah ada peluang depan mata kami terus GRAB!!!!!

Untuk pengetahuan korang, En. Marwan Fikri Bin Mustafar menyediakan peluang saving dan investment melalui :-

  • UNIT TRUST/PRS
  • ISLAMIC ESTATE PLANNING
  • ASB FINANCING
  • TRUST NOMINATION
  • TAKAFUL

Nak tau apa semua benda kat atas tu, boleh terus direct contact En. Marwan Fikri Bin Mustafar di 013-270 4243

Semua detail person in charge kami ni ada di gambar atas ni... Boleh terus set appoitment dengan beliau. Nak setting talk di company korang pun boleh. En. Marwan Fikri Bin Mustafar ni memang pusing SEMENANJUNG, SABAH & SARAWAK tau!!! 

Untuk makluman korang, suami kami invest dan saving melalui KWSP (Akaun 1). Memang langsung tidak membebankan dan usik duit bulanan kami... Just tunggu jelah duit tu beranak! En. Marwan Fikri Bin Mustafar akan maklumlah pada kami setiap kali progress. Pihak CWA juga akan pos statement ke rumah kita.

Manakala kami pula invest dan saving melalui CASH! Tak banyak pun, kami decide untuk simpan RM 100.00 setiap bulan. Kami juga invest melalui ASB juga. Alhamdulillah, setakat ni Allah s.w.t permudahkan urusan kami. Setiap hujung tahun kami check je berapa pulangan saving dan investment kami tu... Alhamdulillah, mampu tersenyum...

Masa muda & mampu bekerja inilah adalah waktu yang paling sesuai untuk kami usahakan asset, investment dan simpanan kami. Insya Allah, bila dah tua nanti takkan susahkan sesiapa! Walaupun anak sendiri... Korang,bila lagi? Kami yakin dengan En. Marwan Fikri Bin Mustafar! Korang pasti menyesal jika tidak bermula dari sekarang...

En. Marwan Fikri Bin Mustafar
013-270 4243