Enjoy shopping & crafting with us..

Sunday, February 25, 2018

CUPID LOVE untuk TETAMU COMEL

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Kami banyak menyepi kan setakat awal bulan 2018 ni. Sebenarnya kami membuat persiapan untuk Majlis Kesyukuran sempena Perkahwinan adik lelaki kami.

Muhammad Mustaqim Bin Mustafar
&
Azlina Sukery

Alhamdulillah majlis selamat dengan jayanya berlangsung pada 17 Feb 2018 yang lepas. So Insya Allah kami ada kelapangan sedikit untuk update Blog ni. Sambil-sambil share dengan korang apa yang menarik sepanjang majlis berlangsung! 
Kami juga nak share dengan korang antara sponsor dan klik-klik terbaik yang menjayakan majlis keluarga kami ni.

Untuk 1st entry berkaitan dengan majlis adik kami ni ialah koleksi DOORGIFT KANAK-KANAK yang telah kami siapkan khas untuk tetamu comel kami. 
Asyik jahit & siapkan untuk customer kami je, so kali ni kami luangkan masa & usaha kami untuk siapkan 100 ekor keychain CUPID LOVE ni...
Comel kan????



Ini adalah proses sebelum kami masukkan fiber dalam perut keychain ni. Kami siapkan poketnya & sayap di belakang. Hiaskan dengan butang jelly. Semestinya trending warna kontra di gunakan bagi menaikkan warna keychain kami untuk menarik perhatian tetamu comel kami nanti.



Proses final di julang dengan jayanya!!!!
Settle 100 unit keychain CUPID LOVE sempena majlis kesyukuran keluarga kami.


Bagi menambahkan seri & kemudahan kepada tetamu comel kami, setiap orang dari mereka akan menerima 1 kotak doorgift pink ni di mana dalamnya kami ceriakan dengan :-

1 KEYCHAIN CUPID LOVE
1 pakej JAJAN MIX PEANUT
1 BAR LOLIPOP SWEET

Actually tak la nampak macam biasa sangat sebab kami dah serikan dengan keychain kami tu. Lebih kurang macam beli gula-gula, then ada 1 hadiah misteri!!!
Gituwwww...!!!!

Okeylah, itu sahaja kami nak share dengan korang buat masa ni. 
Insya Allah di entry akan datang kami akan share lagi dengan korang antara penaja & pihak-pihak yang telah bekerjasama dengan kami bagi menjayakan majlis keluarga kami pada tahun ni.
Manalah tahu kalau korang juga berminat untuk menggunakan khidmat mereka nanti...

Terima kasih sudi baca entry kami pada kali ini...

Saturday, February 24, 2018

Self-Defense tips for EVERY WOMAN!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Lama bercuti dalam berblogging ni, so hari ni sementara join suami bekerja kita pun bekerja juga. Kalau nak tunggu hari lain memang susah sikit nak online. 
Kita nak share dengan korang semua salah satu step mempertahankan diri basic untuk semua wanita. Benda basic je tapi sekurang-kurangnya boleh membantu kaum wanita jika perkara sebegini terjadi kepada kita.







Semoga info yang kita share kali ni sedikit sebanyak dapat memberi ilmu kepada kita semua. Ini sebagai satu langkah berjaga-jaga.

Korang boleh je kalau nak share post kita pada kali ni..
No hal punye...

sumber : facebook