Enjoy shopping & crafting with us..

Tuesday, September 20, 2011

KECEWA dengan Filem Hantu Bonceng

Salam semua... 
Skrg ni riuh rendah pasal filem Hantu Bonceng. Korang dh tgk ke belum? Lakonan Zizan Raja Lawak & Juliana Evans tuuu.... Ada yang komen filem ni best, kelakar, sempoi & tak kurang jugak yang agak DUKACITA & KECEWA dengan filem ni... Kenapa DUKACITA  & KECEWA ek??? Korang try tengok video ni ek... Pastu korang fikirlah sendiri.

Dalam babak ni, Zizan menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan". 
Aku setuju dengan http://milosuam.blogspot.com tentang pendapat die pasal babak dalam filem ni iaitu : 

Sama ada terlepas pandang, tidak faham, atau sengaja cetuskan kontroversi untuk melariskan filem tidak dapat dipastikan. Apa yang jelas, kita bimbang jika ia menjadi ikutan anak-anak muda.
Berhati-hati, perbuatan, niat, dan lafaz boleh menyebabkan gugur shahadah dan terkeluar daripada Islam.

Aku juga tertarik dengan komen yang terdapat dalam http://beautifulnara.com :-
citer ni banyak hina agama islam..wat lawak x beringat..main-main ngan azan..g masjid pakai baju death note yg ade lambang salib tu..ada scene mengucap xhabis..agak2 la wat lawak pown..aku terasa ngan citer ni..sal x sensitif ngan agama ISLAM,tambah2 lagi pelakon dan pengarah nya org ISLAM…ada ke bogel depan hantu kalu jumpe..ni tahyul ****w name nya..org baca la ayat kursi ke hape..nt jawab la esok2 kat akhirat…time tu baru tau lawak ke x..
Terhenti sejenak Abang Nara membaca kata-kata di atas. Ada betul jugak katanya. Mungkin lawak yang digunakan keterlaluan dan secara tak langsung mempersendakan hukum Islam. Apa pendapat anda yang sudah menonton filem ini?

Namun, Zizan telah memohon maaf melalui Twitter berhubung dengan isu ini. Korang boleh singgah di http://www.meow.my jika nk view psl permohonan maaf ni... Zizan telah perjelaskan bahawa dia memang tiada niat & tidak ada terdetik langsung hendak menghina Islam & Rasulullah...

 
Kritik bukan sekadar kritik tp sebagai teguran & panduan supaya benda macam ni tidak berlaku lagi & di titik beratkan. Semua pihak mempunyai peranan masing2. Walaupun filem ini telah diluluskan tetapi di tahap mana kelulusan itu di nilai? Seni itu indah kalau lebih teliti & lebih di halusi bukannya sekadar untuk di pertontonkan.
Lebih2 lagi kalau berkaitan dengan agama ni. Isu agama bukannya boleh dipandang remeh, penyampaian tu kena betul kerana bimbang ia menjadi ikutan kepada anak2 muda. Bagi mereka mayb itu lawak tapi sebenarnya tanpa sedar perkara ni membawa kepada penghinaan agama. Alhamdulillah, penonton & pencinta filem Melayu lebih prihatin dalam soal ni...
Apa pun terpulang pada anda untuk menilai....

*** Pssstttt : Teringat kat teguran Abah kat ktorg adik beradik " Kalau nk bergurau tu, biar ada batasnya..."  (^^,)