Tuesday, September 13, 2011

BERITA BAIK...CUKAI KHIDMAT TELEFON PRABAYAR DI TANGGUH..

Salam....
Straight to the point ajelah ek... Korang ada baca tak paper hari ni? Pasal Cukai Khidmat telefon Prabayar tu... Buat masa sekarang, isu tu di tangguhkan... Aku taknak buang masa, korang baca je petikan dari Berita Harian Metro ni...

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual dikuatkuasakan Khamis ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian di Angkasapuri di sini, semalam.
“Selepas mengadakan perundingan dengan syarikat telekomunikasi utama yang terbabit dengan isu cukai perkhidmatan, semuanya bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti yang diumumkan sebelum ini.
“Perbincangan membabitkan pengurusan utama Celcom, Maxis, DiGi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak),” katanya kepada pemberita selepas perbincangan kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu.
Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom Datuk Shazalli Ramly, CEO Kumpulan DiGi Henrik Clausen, CEO Kumpulan Maxis Sandip Das dan CEO U Mobile Dr Kaizad Heerjee. Rais berkata, penangguhan itu bagi membolehkan kajian semula dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat telekomunikasi berkenaan bagi menentukan bila perkhidmatan itu wajar dikenakan cukai serta kadar yang boleh dikenakan.
“Saya rasa lega mereka bersetuju menangguhkannya dan kementerian akan membuat beberapa kajian tentang isu yang dibangkitkan.
“Seperti bila waktu terbaik bagi pengenaan cukai perkhidmatan dilaksanakan dan di paras mana pengguna perlu membayar sama ada pada ketika membeli kad prabayar pertama atau pada setiap kali membaharuinya,” katanya.
Menurutnya, semua perkara yang dibangkitkan itu akan dibawa kepada mesyuarat Kabinet akan datang.
Sehubungan itu, beliau berharap isu cukai perkhidmatan itu tidak dibangkitkan lagi kerana syarikat telekomunikasi berkenaan sudah menangguhkan pelaksanaan caj itu.
Rais berkata, bagi menghargai syarikat telekomunikasi yang membayar RM6 bilion melalui hasil cukai perkhidmatan kepada kerajaan sejak 1998 serta peranannya dalam memberikan perkhidmatan telekomunikasi kepada hampir 26 juta pengguna telefon prabayar di negara ini, beliau akan menyarankan kerajaan memberikan penghargaan. - Bernama

Kalau jadi, insyaAllah ni la harga yang kita kena labur.... tengok harga je aku dah rasa MEMBEBANKAN belum membeli lagi...
 Aku mewakili diri aku & rakyat Malaysia. Tak perlulah nak service tax ni... MEMBEBANKAN kami semua, pengguna setia perkhidmatan ada. Sepatutnya korang ringankan BEBAN kami kerana kami tidak putus2 menyokong korang... Ini adalah KEPERLUAN kami & zaman masa kini. Tapi agak2 r skit... Sedangkan korang dapat untung berlipat kali ganda tanpa kenakan service tax ni pada kami sebelum ni... Ini lah orang dulu2 cakap, YANG KAYA MAKIN BERTAMBAH KAYA, YANG MISKIN SEMAKIN MEREMPAT...


pssttt : xtau r nk cakap camne... Negara Bertambah Maju, Rakyat...?????

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)