Enjoy shopping & crafting with us..

Monday, September 19, 2011

Perjuangan Belum Selesai!

Salam semua...
Alhamdulillah, jumpa lagi kt ek... Ktorg busy skit bulan ni sebab kena siapkan order yang dah ktorg terima. Apa yang dieorang order ek? Korang tunggu je dl, insyaAllah dalam masa terdekat ni ktorg akan update kat dalam blog ni. Ktorg pasti korang semua excited bl tgk PRODUK BARU ktorg nnt.
Okeylah, tggl'n dl bab produk baru tu. Ktorg just nak share 2 kisah yang baru ktorg baca pagi ni. Bagi ktorg kisah tu sedikit sebanyak menyumbang semangat dalam diri ktorg. Memang lah zaman sekarang segala-galanya mudah & senang berbanding zaman dulu tapi sekurang2nya kita kena toleh sekejap ke belakang agar kita boleh menjadi seorang yang lebih menghargai hidup & mensyukuri nikmat & rahmat yang di kurniakan oleh-Nya.

PERWIRA NEGARA BUKIT KEPONG.

Foto kenangan sebahagian anggota polis yang terlibat dalam peristiwa di Bukit Kepong.
“JANGAN bimbang Tuan OCPD (Ketua Polis Daerah), kita akan pertahankan tempat (Bukit Kepong), biar putih tulang jangan putih mata.”
Demikian ayat terakhir Sarjan Jamil ketika melambai kepada Ketua Polis Daerah Pagoh, Datuk Seri J.J Raj yang ketika itu berada di jeti polis marin ke Lenga, Johor selepas melawat Bukit Kepong pada 22 Februari 1950. Tarikh itu ialah sehari sebelum balai polis tersebut diserang dan dibakar komunis.
Dalam sesi lawatan itu, Raj yang tiba pukul 10.30 pagi disambut oleh Jamil, polis Interpol dan Penghulu Ali yang kemudian menikmati hidangan makan tengah hari di kediaman penghulu sebelum berbasikal mengelilingi Bukit Kepong tanpa menyedari sejumlah 180 komunis telah bersedia menyorok di sekitar kawasan itu.
Raj, 90, yang masih sihat dan berbadan tegap berkata, selepas meronda, beliau pulang semula ke jeti kira-kira pukul 7 malam, manakala orang ramai yang ketika itu menghantarnya ke jeti bersama penghulu dan Sarjan Jamil menunggu di tebing jeti.
Menurut Raj, ketika anggota polis marin menghidupkan enjin bot, beliau sempat berpesan kepada Jamil, ‘Eh Jamil, jaga baik-baik’
“Saya masih ingat lagi ayat Sarjan Jamil, sambil memberikan tabik yang rupa-rupanya merupakan tabiknya yang terakhir kepada saya. Itulah kali terakhir saya jumpa Sarjan Jamil,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Yayasan Pengaman Malaysia di Shah Alam baru-baru ini.

RAJ menjadi Ketua Polis Daerah Pagoh ketika peristiwa menyayat hati Bukit kepong berlaku pada tahun 1950.


Sambil mengimbau kembali tragedi Bukit Kepong yang menyayat hati itu, Raj yang menjaga lebih 20 balai polis di Pagoh memberitahu, pertama kali beliau bersama pasukan skuad Tiger sampai di Bukit Kepong pukul 8 pagi pada 23 Februari 1950, fikirannya sendiri kosong dan rasa seperti gila.
“Saya tengok tapak balai, saya jadi macam orang gila. Tidak tahu apa hendak buat, darah ada di mana-mana dan api masih membakar balai polis,” katanya lagi.

Dibakar bersama balai
Raj yang memegang jawatan terakhir sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman sebelum bersara pada 1976 berkata, berdasarkan fakta yang dicatatkan, anggota Parti Komunis Malaya (PKM) bertindak mencampakkan anggota-anggota polis dan ahli keluarga mereka yang tercedera ke dalam api yang sedang marak.
“Anggota polis dan orang awam yang cedera dicampak ke dalam api yang sedang marak membakar balai polis mengakibatkan bilangan mereka yang terkorban adalah seramai 27 orang iaitu 14 anggota polis, lima polis bantuan dan masing-masing empat isteri serta anak polis,” ujar beliau sedih.
Raj yang sangat terkilan, tersinggung dan kecewa dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung kenyataannya yang menyokong perjuangan komunis itu juga memberitahu, pada hari kejadian kekuatan anggotanya yang diterajui oleh Jamil hanya seramai kira-kira 20 orang berbanding komunis sebanyak 180 orang.
Menurut beliau, selalunya orang biasa akan menyerah diri atau mengibarkan bendera putih tanda menyerah kalah apabila diserang dengan jumlah kekuatan sembilan kali ganda. Tetapi Jamil dan anggotanya tetap bersemangat melawan bagi mempertahankan bukan saja balai polis dan kawasan itu tetapi agama dan keselamatan keluarga.
Malah, tambahnya, pertempuran itu berlangsung selama hampir tiga jam.

SEKUMPULAN bekas anggota tentera yang pernah bertempur dengan penganas komunis sehingga tercedera dan hilang anggota kaki meluangkan masa meninjau persekitaran Balai Polis Bukit Kepong baru-baru ini.


“Pada masa itu, kedudukan balai polis dikelilingi bukit dan belukar di mana 180 komunis menyorok di situ. Ketika diserang, Sarjan Jamil dan anggotanya melawan balik dan berlarutan selama tiga jam dan pada pukul 6.30 pagi, komunis semakin berani sehingga meniup begol kali kedua dan terus menembak lagi,” ujarnya.
Ketika itu juga, Raj menambah, Ahmad Indera atau Mat Indera juga dikatakan turut menggunakan alat pembesar suara meminta supaya polis menyerah diri jika tidak mahu diapa-apakan.
“Bila Mat Indera bagi amaran, Sarjan Jamil tinggal seorang, rakan di sebelahnya cedera dan sebelah lagi terkorban, manakala di belakangnya kedengaran suara anak-anak dan isteri yang menangis.
“Mungkin orang lain akan menyerah tetapi Sarjan Jamil tetap berjuang melawan dan dia ditembak ketika sedang berlari keluar pergi ke kubu apabila balai polis itu terbakar selepas dilemparkan botol berisi minyak tanah,” katanya. 
 (***Berita dari Kosmo , 19-September-2011)



SIMPAN 30 SEN SEBULAN TUNAI HAJI.
pix_gal0

Warga emas mula menabung hasil pendapatan sebagai kelasi sejak 1950

KUCHING: Dengan berpegang kepada pepatah Melayu ‘sedikit sedikit, lama-lama jadi bukit’, seorang warga emas, Mail Brahim, 77, yang menyimpan 30 sen sebulan bermula 1950, akhirnya mempunyai simpanan mencukupi untuk menunaikan fardu haji, tahun ini.
Ketika memulakan tabungan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada awal 1950-an, Mail, yang ketika itu bekerja sebagai kelasi kapal dengan gaji kurang RM40 sebulan, memasukkan 30 sen ke dalam tabung botolnya.
Kesempitan hidup menyebabkan beliau yang perlu membantu keluarga, cuma dapat menabung 30 sen sebulan dengan keazaman suatu hari nanti wang itu dapat digunakan untuk menunaikan fardu haji.
“Alhamdulillah berkat niat baik, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Apabila gaji bertambah, jumlah wang yang saya simpan juga saya tambah.
“Akhirnya saya dapat menggunakan wang itu untuk ke Tanah Suci tahun ini,” katanya ketika ditemui Berita Harian sewaktu menghadiri Kursus Perdana Haji 1432H di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini, semalam.
Mail adalah antara 421 bakal jemaah haji dari Bahagian Kuching dan Samarahan yang menghadiri kursus dua hari itu, yang berakhir semalam.
Bapa kepada empat anak itu berkata, beliau mendaftar untuk menunaikan fardu haji pada 2005 selepas jumlah dikumpul mencukupi dan bersyukur kerana disenaraikan ke Tanah Suci pada tahun ini.
Sementara itu, seorang tukang perahu, pembuat batu nisan dan napur, Zulkipli Madon, 64, dari Kampung Tanjung Bundong, Samarahan, berkata beliau mula menyimpan dengan Tabung Haji pada 2004 selepas mendapat hidayah untuk menunaikan fardu haji.
Setiap bulan beliau menyimpan antara RM400 hingga RM500 hasil daripada kerja membuat perahu, batu nisan dan napur penduduk kampung.
“Pada 2005 saya mendaftar untuk menunaikan haji bersama isteri, Rosiah Bujang, 57. Namun isteri saya yang turut menjual sayur dan telur masin di kampung, bertekad untuk mengumpul wang sendiri,” katanya.
Rosiah yang turut menyimpan RM400 hingga RM500 sebulan akhirnya berjaya mencukupkan wang haji, dengan pasangan suami isteri itu akan ke Makkah, dengan hasil pendapatan masing-masing.
Pasangan yang mempunyai 12 anak itu bersyukur kerana walaupun mereka hanya bekerja sendiri di kampung, namun hasilnya berkat dan boleh digunakan untuk menunaikan ibadah haji.
(***Berita dari Harian Metro, 19-September-2011)

Kedua2 cerita ni sedikit sebanyak membuatkan ktorg berfikir, walaupun peritnya kehidupan di zaman dulu ttapi fizikal & mental mereka kuat untk mengharungi segalanya demi mencapai KEMERDEKAAN utk diri sndiri, keluarga, agama & negara.
Tetapi sekarang kita kdg kala alpa & tidak cuba mencungkil apa yang di maksudkan dengan MERDEKA itu sendiri. Just laungan MERDEKA pada tiap2 tanggal 31 Ogos...
InsyaAllah, kt sm2 cuba memahami & memperjuangkannya.... (^^,)
 
(psssttt : ktorg pn ngah berjuang utk memenuhi semua order yg ktorg terima. InsyaAllah semua akan korang terima tepat pada masa yg di janjikan. Sabar ek...)

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)