Enjoy shopping & crafting with us..

Friday, September 9, 2011

BUANG BAPA, KEBAS WANG!!!!

Selamat Hari Jumaat sume... Hari ni aku just nk share satu berita yang aku baca dlm HARIAN METRO bertarikh 09 September 2011 iaitu berita hari ni... Berita macam ni dh byk kali keluar, tapi kali ni aku terasa sgt2. Terutama apabila melihat wajah seorang BAPA YANG DI BUANG OLEH ANAK SENDIRI ni...
Kalau pada yang tak dapat nk beli surat khabar ni, aku attach'n berita & gambar skali...

7 ANAK ENGGAN PELIHARA LELAKI UZUR : BUANG BAPA TEPI MASJID
Malang... WAHID (tengah) di temani Alias (kiri) & Jamil sblm dihantar ke pusat perlindungan sementara, semalam
LABUAN: Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam. 
Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini. 
Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit.
Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya. 
Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu.

Lepas aku baca berita ni,aku terasa sebak & sedih sgt2. Macam ni lah kalau orang yang tak tahu bersyukur & berterima kasih. Sepatutnya selagi mereka ada insan yang dipanggil IBU & BAPA, sewajibnya mereka menjaga & melindungi insan ini sbb itu tanggungjawab seorang ANAK!!!
Aku pun dari keluarga besar. 8 orang adik beradik. Aku sll berdoa semoga aku sndiri, adik2 beradik aku, suami serta abang & adik ipar & orang sekeliling aku bukan tergolong dari golongan PENDERHAKA ini. Takkan lah seorang Ibu & Bapa boleh menjaga ramai anak tetapi seorang anak tidak dapat menjaga Ibu & Bapa sndiri?? 
Ini adalah satu ingatan & panduan utk aku & family besar aku. Kt kena ingat, APA SAHAJA KITA BUAT DI DUNIA NI, AKAN ADA BALASANNYA... "KALAU KITA BUAT BEGINI PADA IBU BAPA KITA, SATU MASA NANTI ANAK KITA AKAN LAKUKAN PERKARA YANG SAMA JUGA PADA KITA"
Macam omputih cakap "WHAT U GIVE, U GET BACK!!!"
Betul tak? So, tepuk dada, tanya iman....

*** Semoga si anak kepada pakcik Wahid ni terbaca blog ni & segera insaf... amin....

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)