Enjoy shopping & crafting with us..

Saturday, September 10, 2011

BUANG BAPA, KEBAS WANG.... Part 2...

Salam semua... Hari ni opis aku ader wat jamuan Hari Raya skit...happening tol!!!! Bos pn join dgn happening nyer... insyaAllah, nnt aku upload gmbr2 sepanjang jamuan tu ek... (sbb nk bg korang jeles...).
Korang ada baca paper tak hari ni? Pasal Pakcik Wahid yang dibuang oleh 7 anaknya tu... Hari ni anak2 dia lak kuar statement. Masalah keluarga camni, kt sbg orang luar xleh nk masuk campur, just jadikan iktibar & panduan hidup je...
Korang try baca paper HARIAN METRO bertarikh 10 September 2011 iaitu paper hari ni. Tapi kali ni xde r gambar anak2nya.

LABUAN: “Bukan niat kami adik-beradik tidak mempedulikan ayah, tetapi ada sejarah hitam dilakukannya menyebabkan kami sukar memaafkannya.
“Akibat perbuatannya itu dia dimasukkan ke penjara, tapi selepas keluar penjara dia mengulangi semula perbuatannya itu,” kata seorang perempuan mendakwa anak kepada Wahid Hussin, 71. 
Kisah Wahid disiarkan Harian Metro semalam selepas dia mendakwa diabai dan dibuang tujuh anaknya di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, Rabu lalu.
Wanita enggan dirinya dikenali mendakwa mewakili adik-beradik lain iaitu empat perempuan dan tiga lelaki turut kecewa sikap adik Wahid, Alias Hussin, 60-an.
Katanya, Alias tidak menjelaskan perkara sebenar dan membuat fitnah serta sengaja memburuk imej mereka. 


 Korang leh buat kesimpulan sendiri. Tapi bagi aku, SEJAHAT2 mana pun seorang Ibu & Bapa kita, sampai ke akhir nafas kita, mereka tetap Ibu Bapa kita. Darah daging kita... 
Memang lah bukan senang nk lalui semua tu. Lebih-lebih lagi kalau kita sendiri yang berada di tempat tu. Tatapi, macam yang aku cakap tadi, MEREKA TETAP IBU & BAPA KITA SELAMANYA. Ibu & Bapa xpernah ada dosa pada anak2nya walaupun mereka ada buat salah pada kita. Dan TANGGUNGJAWAB kita sebagai anak adalah menjaga, melindungi & mendoakan mereka. Kita tidak ada hak untuk membalas segala kesalahan yang mereka lakukan kerana bukan kita yang menentukan, tugas kita hanya perlu memaafkan mereka. Siapakah kita untuk menentukan semua tu???
 Maaflah kalau apa yang aku coretkan ni mengguris pihak2 tertentu & sesiapa sahaja yang membaca blog aku ini. Ini adalah pendapat aku. Terpulang lah kepada korang semua yang menilai. Sekurang-kurangnya kita masih ada insan yang bergelar Ibu & Bapa yang boleh di panggil, dipeluk, dihulurkan tangan untuk bermaafan daripada mereka yang tidak punyai apa2...
Tepuk dada, tanyalah iman...

*** Kat bawah ni aku hendak berkongsi dengan korang semua 1 cerita yang punyai 1001 maksud tersurat & tersirat. Cerita ni aku tag dr website kegemaran aku, http://www.iluvislam.com/ Korang bacalah & fahami sedalam2nya... Untuk pedoman kt bersama...

http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3602-siapa-ibumu-siapa-ayahmu-pentingkah-itu.html 

2 comments :

  1. wahai munirah rafiuddin? saya ada pertanyaan ya.

    kalau si ayah merogol anaknya ketika anak nya berusia 13 tahun, ada kah masih wejib anak untuk memperdulikan ayahnya?

    adakah perbuatan si ayah tidak berdosa?

    sedangkan kamu mengatakan si ayah tidak pernah ada dosa terhadap anak.

    "Ibu & Bapa xpernah ada dosa pada anak2nya walaupun mereka ada buat salah pada kita."

    cuba berikan sebanyak penjelesan yang ada. :)

    dan bayangkan kalau ayah awak merogol awak....adakah awak akan memaafkan ayah awak? sila berikan panduan ....terima kasih..

    ReplyDelete
  2. thanks...
    cb awk bc balik petikan ni.pe yg sy catit'n.
    "Memang lah bukan senang nk lalui semua tu. Lebih-lebih lagi kalau kita sendiri yang berada di tempat tu. Tatapi, macam yang aku cakap tadi, MEREKA TETAP IBU & BAPA KITA SELAMANYA. Ibu & Bapa xpernah ada dosa pada anak2nya walaupun mereka ada buat salah pada kita. Dan TANGGUNGJAWAB kita sebagai anak adalah menjaga, melindungi & mendoakan mereka. Kita tidak ada hak untuk membalas segala kesalahan yang mereka lakukan kerana bukan kita yang menentukan, tugas kita hanya perlu memaafkan mereka. Siapakah kita untuk menentukan semua tu???" ...
    Itu pendapat sy & sy luah'n. Sbb tu sy kata msg2 ada pndpt & kesimpulan sndiri. Memaafkan tu lebih MULIA. Sdg'n sebesar mana sekalipun kesalahan hambaNYa, Allah s.w.t ttp mmberi kemaafan(yg penting sntiasa memohon keampunan & taubat), ini kn pula kita hamba yg kecil kat muka bumi ni. Klu awk nk penjelasan lebih jitu, refer pd pihak yg lebih bpengalaman ttg ilmu & agama. InsyaAllah, awk akn dpt jwpn & ssuatu utk awk sndiri bfikir dgn lbh jelas. Setiap ssuatu tu kt kena DENGAR, LIHAT, FIKIR & FAHAM. Sy hrp awk jelas dgn penjelasan sy ni. Time ksh krn btanye...

    ReplyDelete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)