Enjoy shopping & crafting with us..

Friday, April 18, 2014

Tempahan Headband Untuk Si Comey!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, dari awal tahun 2014 hingga sekarang ni kami tidak putus-putus terima tempahan sampaikan nak update Blog pun mengambil masa yang agak lama. Mulanya plan nak update Blog 2 kali seminggu tapi terpaksa rombak kepada 1 kali seminggu.. Then sekarang dah tak boleh nak plan.. Alhamdulillah, rezeki dariNya.

Untuk tahun ni kami terima banyak tempahan daripada IPTA & syarikat-syarikat tempatan untuk menyediakan doorgift samada Pillow ataupun Keychain. Tapi hari ini kami hold dulu tentang Pillow & Keychain sebab kami hendak share dengan korang semua koleksi Headband kami...

Tempahan kali ini datangnya daripada Husnina Aisyatul (FB : Husnina VS Aisyatul ). Dia membuat tempahan untuk 2 unit Headband ini. Maybe untuk rujukan korang semua bagi membuat tempahan dari kami. Jom kita tengok...

Kod : HB010414
Warna Bunga : Soft Purple + Light Purple
Warna Tulisan : Green Apple + Light Purple
Warna Background Tulisan : Light Orange + Light Brown
Hiasan : Button Hello Kitty

Kami menggunakan getah headband yang lebar & berwarna hitam. Getah headband ini sesuai untuk baby & juga kanak-kanak kerana sifatnya yang lembut & mudah di renggangkan mengikut saiz kepala pemakai.

Kod : HB020414
Warna Bunga : Smokey Pink + Red Rose.
Warna Tulisan : Turqoise + Light Pink
Hiasan : Button Apple

Untuk getah headband kali ini pula kami menggunakan baby headband. Sesuai di gunakan untuk bayi baru lahir hingga ke umur 4 tahun. Ianya juga bersifat lembut & mudah di renggang tetapi terhad. Untuk baby selalunya kami syorkan menggunakan getah headband baby ini.

Sesetengah customer kami kurang informasi tentang getah headband tersebut. Kedua-duanya sesuai untuk fresh baby. Cuma bagi kami getah headband berwarna hitam itu boleh di gunakan sehingga anak-anak menjangkau ke usia 7 tahun.
Manakala baby headband pula mungkin sehingga 4 - 5 tahun. Kerana kain getah baby headband agak terhad untuk di renggangkan. Tetapi ianya juga bergantung kepada saiz kepala baby. 
Apa yang paling penting, kedua-duanya selamat di pakai & tidak akan mencederakan baby kita... Ini kerana, kami memilih getah headband yang high value di mana kain yang di gunakan cukup terjaga kualitinya... Insya Allah...

Jika berminat, boleh terus PM kami di page QasehMuslimah.Munirah atau email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com ... Insya Allah kami akan cuba reply mesej korang dalam masa 24 jam. Selalunya pada hari Sabtu & Ahad kami akan sedikit sibuk dengan tugasan luar so kadang-kadang mengambil masa untuk online. Harap maklum semua...

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry kami kali ini...
enjoy shopping & crafting with us...

Monday, April 7, 2014

Keychain Hadiah Tanda Ingatan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Rindunya nak update Blog ni. Sehari ke sehari kami terpaksa menangguh niat untuk update Blog sebab komitmen bagi menyiapkan tempahan customer kami perlu di utamakan. Semua kerja ada due date kan??? Alhamdulillah, pagi-pagi ni kami cuba curi masa untuk update Blog. Lagipun still banyak lagi koleksi kami yang masih belum di masukkan dalam entry kami... Erm...jangan marah ek...

Kami mulakan entry pada Bulan April 2014 ini dengan koleksi Keychain kami. Design keychain kami ini memang popular sangat-sangat!!! (chewah...bangga nampak!) Bukannya kami nak banggakan diri tapi Alhamdulillah, rating untuk tempahan keychain design ini memang terbaik! Rezeki dari-Nya... Siapalah kita untuk mempersoalkannya kan???
 
Still in progress!! Just tinggal nak jahit & masukkan fiber serta keychain ring. Cantikkan kalau dah susun banyak-banyak macam ni...

Inilah koleksi keychain LoVe kami (^_^) Semuanya adalah tempahan dari Ayuni (FB : Ayuni Yusoff ). Dia tidak meletakkan banyak syarat, cuma mahukan keychain LoVe ini & di jahitkan dengan tulisan LPNS. Keychain ini hendak di hadiahkan kepada rakan-rakan ofisnya...

Kod : KC010414
Keychain LoVe
Warna : Cream + Pink
Tulisan : LPNS (Brown)

 Kod : KC020414
Keychain LoVe
Warna : Cream + Maroon
Tulisan : LPNS (Brown)

 Kod : KC030414
Keychain LoVe
Warna : Pink + Gold
Tulisan : LPNS (Yellow)

 Kod : KC040414
Keychain LoVe
Warna : Yellow +Blue
Tulisan : LPNS (Turqoise)

Kod : KC050414
Keychain LoVe
Warna : Soft Brown + Green
Tulisan : LPNS (Baby Blue)

 Kod : KC060414
Keychain LoVe
Warna : Purple + Red
Tulisan : LPNS (Yellow Orange)

 Kod : KC070414
Keychain LoVe
Warna : Purple + Green
Tulisan : LPNS (Yellow Orange)

Kod : KC080414
Keychain LoVe
Warna : Yellow + Black
Tulisan : LPNS (Turqoise)

 Kod : KC090414
Keychain LoVe
Warna : Red + White
Tulisan : LPNS (Green Apple)

 Kod : KC100414
Keychain LoVe
Warna : Red + Grey
Tulisan : LPNS (Green Apple)

 Kod : KC110414
Keychain LoVe
Warna : Red + Baby Blue
Tulisan : LPNS (Soft Orange)

 Kod : KC120414
Keychain LoVe
Warna : Soft Brown + Brown
Tulisan : LPNS (Turqoise)

Kod : KC130414
Keychain LoVe
Warna : Pink + Purple
 Tulisan : LPNS (Black)
 
Kod : KC140414
Keychain LoVe
Warna : Pink + Brown 
Tulisan : LPNS (Black)

Kod : KC150414
Keychain LoVe
Warna : Yellow + Turqoise
Tulisan : LPNS (Dark Purple)

Walaupun semuanya sama iaitu Keychain Love tapi kami cuba pelbagaikan dengan mainan warna supaya keunikan & menyerlahnya keychain ini terutamanya di bahagian Love kecil serta tulisan LPNS. Hiasan bunga kristal sebagai pelengkap kepada keychain ini.

Jika korang berminat untuk membuat tempahan koleksi Felt Craft dari kami, just PM kami di page QasehMuslimah-Munirah atau isi Order Form kami di blog ini. Boleh juga terus email kami. Insya Allah kami akan cuba reply dalam masa 24jam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kami...
enjoy shopping & crafting with us....