Enjoy shopping & crafting with us..

Monday, December 8, 2014

Pillow Minnie Mouse Tempahan Fatin Anisah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah kami di beri semangat & tenaga untuk update Blog pada hari ini walaupun agak lewat sikit. Kami kurang sihat, agaknya memang sekarang musim demam+batuk+selesema... Syukur ke atasNya.. Semoga kesakitan ini dapat membuang jauh dosa-dosa kami & mendekatkan lagi kami kepadaNya...

Entry kali ini kami nak share sepertimana tajuk entry iaitu Pillow Minnie Mouse. Di mana kami menerima tempahan dari sahabat semasa sama-sama belajar di UiTM Seri Iskandar, Perak dulu.. Rindu rasanya kenangan-kenangan di UiTM dulu.

Ini adalah antara gambar-gambar di atas pillow ni. Tapi mohon abaikan gambar katak hijau tu ek... Katak itu adalah untuk tempahan customer lain, so sebab nampak macam comey je letak sekali terus kami ambil gambar...

Chewah...saja nak ambik gambar BEFORE & AFTER ni... suka sangat tengok pillow Minnie Mouse ni. Geram!!! Tunggulah kami di kurniakan zuriat nanti, memang banyak lah kami siapkan pillow macam ni!!! Memang gebu yang amat... Meriah you oilllssss...

Koleksi : Pillow Minnie Mouse.
Kod : PL011214
Hiasan : Minnie Mouse & Butterfly
Tulisan : Qaireen Afina

Koleksi : Klip Rambut
Kod : KLP011214
Hiasan : Butterfly

Kami siapkan sekali dengan Klip Rambut Butterfly ni. Nak nampak matching dengan pillow! Mesti korang tertanya-tanya kan, kenapa tak buat klip minnie mouse je? Sebabnya... Kalau buat Klip Rambut Minnie Mouse macam tidak berapa cute kalau kecil...Tapi kalau butterfly ni memang comey & super cute!! Sesuai dengan usia baby kan. Kalau besar sangat nanti baby tidak selesa pakai pula.. Betul tak???

Kalau korang berminat untuk membuat tempahan, boleh terus contact kami. Bagaimana untuk membuat tempahan?? Senang sangat. Semuanya di hujung jari kita. Setiap kali kami tulis entry kebanyakkannya kami selitkan cara untuk membuat tempahan & persoalan...
  1. Menggunakan ORDER FORM kami yang berada di bahagian paling bawah Blog ini.
  2. Email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  3. PM kami di Page FB QasehMuslimah.Munirah
  4. WhatsApp kami di no : 011-2427 4941
Insya Allah kami akan online sehingga jam 11.00 malam. Jika ada sebarang urusan luar kami akan inform melalui Page FB kami. Kami juga akan cuba reply semua email & mesej anda dalam masa 24 jam.. Insya Allah..

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry kami kali ini..
enjoy shopping & crafting with us...

2 comments :

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)