Thursday, December 18, 2014

Casing Handphone + Powerbank

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua??? Maklumlah musim-musim hujan & banjir ni kita kena tingkatkan lagi tahap kesedaran menjaga kesihatan kita. Lebih baik mencegah dari merawat.. Betul tak?? Alhamdulillah, akhir tahun ni kami busy dengan order customer yang masuk samada order direct dari customer kami ataupun order dari agen kami. Rezeki bersama...

Untuk entry pada kali ini memang special!! Customer kami, Nurasyidah, memang kreatif.. Permintaan dia untuk kami siapkan casing handphone & powerbank dia. Bukan jahit asing-asing tapi sekalikan. Korang faham tak?? Jom kita tengok...

Koleksi : Casing Handphone + Powerbank
Kod : CSG011214
Hiasan : Owl & Butterfly
Tulisan : NURA JEJAI

Amacam? Bergaya tak?? Kalau di perhatikan ada 2 poket iaitu satu untuk handphone manakala satu lagi untuk powerbank. Maknanya tidak perlulah nak pegang banyak-banyak benda. Letak je sebelah menyebelah then charge! Barang pun tak simpan merata tempat (^_^)

Pada mulanya kami banyak fikir juga tapi bila fikir dalam-dalam, apa salahnya mencuba! Benda baru macam ni insya Allah menjadi satu fenomena... chewah, kau ada!!!! hehehehe... Bila dalam proses menjahit memang agak banyak kerja remeh nak di siapkan tapi bila dah siap, Alhamdulillah cantik!!!!

Ini adalah gambar yang sempat kami ambil untuk pandangan design bahagian dan belakang. Tak banyak sangat kami ambil gambar sebab dalam kepala time tu ingat nak siapkan order customer je... Makan minum pun dah tunggang langgang time tu...

Okeylah, kalau korang semua berminat untuk membuat tempahan seperti ini ataupun membuat tempahan koleksi felt craft kami yang lain, boleh terus contact kami. Macam biasalah, kami sediakan korang 4 cara untuk tempahan & pertanyaan :-
  • Menggunakan ORDER FORM kami di bahagian paling bawah Blog ini.
  • Melalui email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  • PM kami di Page FB QasehMuslimah.Munirah
  • WhatsApp kami di no : 011-2427 4941 (online sehingga jam 10.30 malam sahaja)
Terima kasih sudi luangkan masa membaca entry kami kali ini...
enjoy shopping & crafting with us...

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)