Enjoy shopping & crafting with us..

Friday, July 13, 2012

Handmake Craft : Tempahan dari Kak Midah (Part 1)

Assalamualaikum...
Agak lama tidak update blog, bila ada masa camni tibe2 rasa teruja lak. Ini adalah post yang di tunggu2 oleh kami & insyaAllah korang semua juga. Saya post entry ni semasa menunggu husband habis training. Lagipun sekarang ni saya tengah free sangat2...
Baiklah, entry kali ni tetap mengenai produk keychain kami. Kak Midah (best customer & dealer kami!!!) membuat pesanan yang agak banyak kuantitinya. So sebab itulah entry kali ni ada part 1 & part 2. Kalau post sekali gus, nanti nampak macam serabut lak kan.
Keychain adalah produk kami yang paling laris setakat ini. Alhamdulillah, walaupun business kami ni x la besar mn (malu lah....) tp rezeki tu tak putus... amin...
Untuk reference korang, ini adalah koleksi keychain yang kami telah siapkan tempahan dari Best Dealer & Customer kami, Kak Midah...!!!

(a) Keychain  LEMAN - ROHANA
 (b) Keychain AUFA.
 (c) Keychain MAK - AIMAN.
(d) Keychain ZUL - AIN.


(e) Keychain SYAZA - AQILAH.
Ini adalah sebahagian daripada tempahan Kak Midah. Yang lain akan kami post di entry akan datang. Semua tempahan ini mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk di siapkan. Kami siapkan mengikut peringkat lah. Memang tidak menang tangan kami nak siapkan semua ni.
Kalau korang ada sebarang pertanyaan, bolehlah contact kami melalui ruangan komen, email & FB kami... Kalau berminat untuk membuat tempahan pula, sila penuhkan segala info di ORDER FORM kami ni... Kami akan cuba respond tempahan & komen korang dalam masa 24 jam.

Enjoy shopping with us....

Monday, July 2, 2012

Mohon Maaf dari KAMI....

Assalamualaikum....
Kami di qasehmuslimah ingin mohon maaf sebanyak2nyer kerana sudah lama tidak update BLOG & FB kami... Kami sesuntukan masa kerana ingin manage perkara yang perlu di dahulukan (family first...)... InsyaAllah dalam masa terdekat ini kami akan update produk2 kami (banyak sgt produk yg xupdate lagi... nk kena susun gak ni...) & insyaAllah juga kami sedang usahakan untuk adakan PROMOTION untuk customer2 kami tersayang....

thanks.... wsslm  (^^,)

Monday, April 16, 2012

Handmake Craft : Keychain Cutey Bird.

Assalamualaikum...
Rindu rasanye hendak update blog. Jari jemari & ingatan ni memang sentiasa kepada blog. Tapi banyak betul dugaan kami. Dengan masalah internet lagi, dengan masalah masa lagi. Almaklumlah, order yang kami terima memang di luar jangkaan kami. Alhamdulillah, rezeki dari-Nya. Terima kasih kepada semua customer kami kerana sokong & percaya pada bakat kami (chewaaahhhh....)!!!!
Bila sudah lama tidak update blog, maknanya beratur lah koleksi kami menunggu turn untuk di perkenalkan & di popularkan dalam blog ni. Kami kenalah bahagikan masa kerana sambil update, tangan pun kena bekerja menyiapkan order-order yang lain.
Kali ni koleksi yang cukup berharga di mana ianya di jahit 100% menggunakan 'air tangan' seorang lelaki idaman Malaysia iaitu suami ku... hehehehe... Dia menjahit keychain burung ni dari start lakaran di kertas hinggalah gambar siap di ambil... He made me proud! Kami namakan koleksi kali ni sebagai Cutey Bird Keychain...

Yang ni Cutey Bird Jantan...
Yang ni lak Cutey Bird Betina
Camne? First time tengok memang dah suka sangat-sangat. Hingga saat ini, kami menerima beberapa lagi tempahan keychain burung ini. Ada yang nak gabungan bermacam-macam warna. Memang meriah & heboh r....
Kami juga kahwin kan 2 ekor burung ni... Gambar majlis perkahwinan yang sempat kami rakamkan khas untuk korang...hehehehe...


Sweetnye kan? Kalau korang berminat untuk menambah & menjadikannya sebagai koleksi keychain korang, so jangan tunggu lagi. Kami sentiasa bersedia memberikan yang terbaik untuk korang... Tempahlah sekarang!!!!
Jika korang ada sebarang kesulitan, bolehlah contact kami melalui ruangan Facebook kami, email qasehmuslimah.munirah@gmail.com & ruangan komen di blog kami ini... Kami akan cuba bagi respond dalam masa 24 jam...
Oklah, kita jumpa lagi di masa akan datang bersama koleksi-koleksi terhebat kami yang lain pula.


Enjoy shopping with us.....