Enjoy shopping & crafting with us..

Tuesday, August 12, 2014

Car Charm untuk Si Fanatik Kereta...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua customer & followers kami??? Walaupun kami agak busy minggu ni bagi menyiapkan tempahan POPIA MINI SERUNDING IKAN & POPIA MINI NESTUM tapi kami cuba untuk manage masa kami bagi update Blog kesayangan ramai ni... (Alhamdulillah...) Minggu lepas kami siapkan tempahan felt craft & minggu ni tempahan popia mini. Kami perlu selang seli bagi memastikan semua tempahan siap pada masa yang di tetapkan...

Straight to the point, entry untuk kali ini kami nak perkenalkan Car Charm yang di tempah oleh sepupu kami iaitu Zazz Ed . Sepupu kami ni memang fanatik kereta ni. Tapi sebenarnya kami pun agak fanatik bab-bab kereta juga...hehehehe... Tak payah cerita panjang lebar, jom kita tengok gambar semasa proses menyiapkan Car Charm ni...

Mesti tau kan ni lambang pe??? Ini still tak siap lagi. Logo tu kami dah siap jahitkan & huruf TRD tu cuma still tak jahitkan kedua-dua belah side. Gambar sebelum jahit logo & tulisan tu kami lupa nak ambil... Sorry...hehehhee

Koleksi : Car Charm.
Kod : CC010814
Tulisan : TRD (White) (Background : Red)
Logo : Yellow, Green, Grey & Black

Alhamdulillah, siap sepenuhnya. Sebenarnya sudah selamat sampai pada tuannya pun. Saiz Car Charm ni adalah lebih kurang 1/2 saiz A4. Sepupu kami hendak gantungkan di bahagian pemegang signal katanya. Untuk saiz & design, korang boleh request. So jangan risau kalau-kalau dalam hati tu teringin design lain. Lepas beberapa orang customer kami tengor Car Charm ni, terus dieorang pun booking untuk tempahan. Korang bila lagi???

Kalau korang berminat, boleh terus PM kami di page/FB kami. Boleh juga melalui ORDER FORM kami di bahagian paling bawah Blog ini. Melalui email qasehmuslimah.munirah@gmail.com juga di alu-alukan. WhatsApp pun di terima... Semuanya hanya di hujung jari kita...

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry kami pada kali ini...
enjoy shopping & crafting with us...

Tuesday, August 5, 2014

Super Junior Felt Collection!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Alhamdulillah, di beri kesempatan dariNya kepada kami untuk update entry Blog kami pada minggu ini. Pada bulan lepas, kami langsung kurang kesempatan untuk update Blog. Kami memang busy sepanjang Bulan Ramadhan yang lepas.
Sebelum kami terlupa, sepertimana korang semua sedia maklum bahawa pada tahun ni kami menambah koleksi jualan kami iaitu POPIA MINI SERUNDING IKAN & POPIA MINI NESTUM... Buat pengetahuan korang semua, kami still meneruskan penjualan POPIA MINI kami ini di sebabkan permintaan yang baik dari customer kami. Maknanya jualan Popia Mini kami ini bukannya bermusim tapi sepanjang hari... (^_^)

Berbalik kepada tujuan asal kami untuk entry kali ini. Kami telah menerima tempahan dari sahabat baik kami iaitu Aare Kyu JaZz . Dia adalah peminat tegar group dari Korea iaitu Super Junior. So, tempahan pada kali ini 100% bertemakan Super Junior... Jom kita jenguk sikit kesemua Super Junior Felt Collection ni!
Ini dia Super Junior Felt Collection yang kami hebat-hebahkan tadi. Kami sengaja memilih untuk dijadikan sebagai 1st entry bulan ni. Sebabnya kali ini memang gempakkkkk habissss!!!! Tanpa buang masa, kita zoom satu persatu koleksi kami pada kali ini.

Super Junior Felt Collection.
Koleksi : Casing Kotak Tisu (Royal Blue).
Kod : CT010814
Tulisan : SUPER JUNIOR
Hiasan : Bunga Mawar, Pillow Love Mini & Cupid SJ

Super Junior Felt Collection.
Koleksi : Keychain Love (Royal Blue, Grey, White)
Kod : KC010814
Tulisan : SUPER JUNIOR.
Hiasan : Button.

Super Junior Felt Collection.
Koleksi : Pillow Couple (Royal Blue)
Kod : PL010814
Tulisan : SUPER
Hiasan : Bunga Melur, Butterfly & Button.

Super Junior Felt Collection.
Koleksi : Pillow Couple (Royal Blue)
Kod : PL020814
Tulisan : JUNIOR
Hiasan : Bunga Melur, Butterfly & Button.

Super Junior Felt Collection.
Koleksi : Brooch (Royal Blue).
Kod : BR010814
Tulisan : SJ
Hiasan : Bunga Mawar.

Semua nampak Royal Blue.... Warna tema Super Junior!!! Sahabat kami ini hendak letakkan semua koleksi ini di dalam keretanya. Manakala Brooch tu semestinya di pakai semasa bekerja & jalan-jalan... Memang happening!!! Korang berminat tak???

Kalau berminat, macam biasalah korang boleh PM kami di page FB kami, email juga boleh di qasehmuslimah.munirah@gmail.com , menggunakan ORDER FORM kami di Blog ini & juga WhatsApp kami. Insya Allah kami akan cuba reply dalam masa 24 jam...

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa korang membaca entry kami kali ini...
enjoy shopping & crafting with us...

Monday, August 4, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Salam Aidilfitri buat semua Muslimin & Muslimat... Masih belum terlambat untuk kami bersama-sama berkongsi kegembiraan & meraikan hari kemenangan ini setelah 1 bulan kita semua melalui Bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.

Kami di QasehMuslimah-Munirah juga ingin memohon maaf atas segala macam kesilapan kami samada di sengajakan ataupun tidak di sengajakan. Semoga kita akan menjadi insan & hambanNya yang lebih baik... Amin...

** p/s : Maaf kepada semua customer & follower kami kerana lambat reply WhatsApp, Mesej kalian. Kami bercuti raya selama 1 minggu so kami off saluran internet kami. Insya Allah kami akan start reply WhatsApp & Mesej kalian bermula hari ini... (^_^)

enjoy shopping & crafting with us...