Enjoy shopping & crafting with us..

Tuesday, May 15, 2018

Salam Ramadhan 1439H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera... 

Dalam kita sibuk-sibuk berbincang tentang PRU14 & Politik Malaysia ni, apa kata kita ubah topik perbincangan kita pula. Kearah yang lebih baik & positif! 

Kami kali ni bukan nak borak & komen tentang PRU14 & politik Malaysia tapi nak ajak korang semua COUNTING FOR RAMADHAN.. 

Dah dekat sangat. Semoga kita diberi peluang lagi untuk sama-sama mengharungi & berebut nikmat serta pahala Bulan Ramadhan. Amiiinnn... 


Kami juga ingin memohon maaf jika sepanjang & sebelum ini kami ada sakit kan hati korang semua melalui penulisan ataupun percakapan serta perbuatan kami. Sama-samalah kita hargai & manfaatkan Bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan ini. 

SALAM RAMADHAN 
Ikhlas dari kami
Team QasehMuslimah-Munirah

Thursday, May 10, 2018

PRU14

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Semua sudah sedia maklum dengan keputusan PRU14 kan? Banyak kejutan yang berlaku... Kami pun selesai tunaikan tanggungjawab kami... Alhamdulillah...

Kami gerak balik ke Kelantan (tanah tumpah darahku) pada jam 9pagi 08/05/2018. Lebih kurang jam 6.30petang kami selamat tiba di rumah.
09.05.2018 lebih kurang jam 9pagi, kami adik beradik berjemaah menunaikan tanggungjawab kami mengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan Kota. Mak Abah kami pula mengundi di Sekolah Kebangsaan Kota.
09/05/2018 jam 10malam pula kami sudah bergerak balik ke Perak! Memang penat sangat tapi sangat berpuas hati kerana di permudahkan segala urusan kami...

Kami kurang dapat info terbaru berkaitan dengan keputusan PRU14. Almaklumlah, duduk dalam bas! Terima kasih sangat-sangat kepada family & kawan-kawan yang update keputusan semasa PRU14 kali ini. Memang banyakkkk sangat kejutan! Kelantan & Terengganu telah di amanahkan kepada PAS untuk mentadbir negeri... Negeri-negeri lain memang penuh dengan kejutan!

Kami doakan semoga apa yang berlaku pada PRU14 kali ini memberi pengajaran kepada setiap wakil rakyat & parti supaya sentiasa memainkan peranan anda sebagai 'wakil rakyat'! Suara kami memang KECIL tapi apabila kami bergabung, aura nya memang BESAR!!! Dan doa kami juga agar hak serta maruah MELAYU + AGAMA ISLAM itu sentiasa menjadi keutamaan... Hak MELAYU+ISLAM dalam TANAH MELAYU & BUMI MALAYSIA ini...

Semoga dalam tempoh 5 tahun akan datang ini membawa 1001 kebaikan serta keberkatan kepada kita semua. Wahai wakil rakyat & Perdana Mentari ke 7 kami, tunaikanlah segala janji-janji kalian... Sebabnya 5 tahun dari sekarang,kita akan berjumpa di PRU lagi...

Sama-samalah kita muhasabah diri kita. Jangan sesekali kita lalai kerana jika tidak, pihak lain akan ambik kesempatan atas kelalaian kita. Almaklumlah, masing-masing ada kepentingan masing-masing yang perlu di jaga!

Thursday, May 3, 2018

Selamat Mengundi!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Korang semua busy ke? Almaklumlah sekarang kan tengah musim perang untuk mengundi! Yang balik untuk mengundi di laman kampung sudah beli tiket ke belum?

Kami dah siap-siap beli tiket balik Kelantan dah... Alhamdulillah, dapat tiket. Suami kami mengundi di Ipoh, Perak. Manakala kami di Kelantan. Biarpun kami budget nak naik bas malam tapi boleh pulak tak sampai 24jam tiket bas ke Kelantan SOLD OUT!!! Nak naik flight memang tak lahhh.... Kami tak berapa gemar sangat naik flight. Lagipun dari Ipoh nak ke KLIA memang makan masa lama gak, berpetak punggung ni!!!!


Anyway, kami di sini dengan besar hatinya mengucapkan SELAMAT MENGUNDI & MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA!!!

Ingat... Undian kita ini adalah penentu masa depan untuk kita, keluarga, generasi, agama serta negara kita!!! Jangan kerana kita terikut-ikut dengan orang lain, terlalu kejar benda yang belum pasti, membuatkan kita memilih menggunakan emosi!

Jagalah tingkah laku kita, etika kita... 

Selamat Mengundi semua...
Semoga kita semua di lindungi, diberkati serta dipermudahkan segalanya...
Pertahankan hak kita... Jangan sampai terlepas di tangan orang lain... Ini bumi kita, tanah kita...