Enjoy shopping & crafting with us..

Friday, February 10, 2012

Handmake Craft : Tempahan dari Hazana.

Assalamualaikum...
Agak lama kami menyepi... Bukannya menyepi kosong tapi kami busy sikit untuk menyiapkan tempahan customer kami yang lain... Alhamdulillah, customer sentiasa support koleksi kami... Terima kasih kepada semua...
Kali ini kami update tempahan headband yang telah kami siapkan. Tempahan ini kami terima dari Hazana. Ini adalah antara gambar yang sempat kami rakam. Selebihnya kami masih menunggu Hazana emailkan kepada kami. Tidak sabar untuk melihat puteri2 Hazana memakai headband tersebut. Mesti cantik!!!! Kami akan update setelah menerima gambar tersebut. Korang just tunggu berita baik ini dari kami...

Headband untuk Damia.

Untuk tempahan ini, Hazana memilih headband yang berwarna ceria & menyerlah. Memang sesuai untuk kanak2 supaya mereka lebih menyerlah & aktif. Satu pemilihan warna yang tepat! Bagi korang yang ingin menjadikan rujukan pemilihan warna dari Hazana ini, kod-kod warna adalah seperti berikut :-
Getah headband                 : Hitam
Pemilihan Bunga                : Bunga Melur.
Pemilihan Warna Bunga   : P03 + R06
Pemilihan Warna Tulisan : P03 + R06
Background Tulisan          : G03

Headband untuk Fathia.

Headband ini 1st time kami menggunakan warna berunsurkan biru & ungu... Anyway, memang menyerlah & kami mendapat beberapa lagi tempahan headband serta keychain yang ingin menggunakan gabungan warna yang sama. Hazana juga cukup berpuas hati dengan hasil kerja kami ini...
Ini kod warna headband Fathia :-
Getah headband                 : Biru lembut.
Pemilihan Bunga                : Bunga Melur.
Pemilihan Warna Bunga   : B02 + P05
Pemilihan Warna Tulisan : B02 + P05
Background Tulisan          : B05

Tujuan kami sertakan kod warna bagi setiap headband ini adalah untuk permudahkan korang bayangkan & membuat pemilihan warna korang. Sebabnya kebanyakan customer yang kami terima, mereka agak ragu2 warna yang sesuai untuk di pilih. Tips dari kami, korang just pilih warna kegemaran korang, namun jika kami gabungkan & dapati warna kurang sesuai, kami akan inform pada korang... Kita boleh discuss...
Baiklah, korang bolehlah ringankan jemari korang untuk memenuhi ORDER FORM kami... Kami akan cuba memenuhi permintaan korang. Jika korang ada sebarang kesulitan berkaitan koleksi kami, bolehlah hubungi kami di email, FB & ruangan komen di blog ini...

Enjoy shopping with us....

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)