Enjoy shopping & crafting with us..

Saturday, December 16, 2017

Nak Wajah Cantik?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ni ada mood sikit nak share tips kecantikan secara manual & menggunakan bahan-bahan segar dari ladang! Asyik guna produk je kan... So, kita nak share sambil simpan dalam Blog ni tips yang kita dapat dari http://www.viwanita.com

Kita malas nak fikir panjang, malas nak taip panjang lebar.... Jom praktik kan..

(A) NAIK KAN SERI MUKA

(1) Guna Air Basuhan Beras.
Sambil-sambil kita basuh beras untuk masak tu, kita gunakan air basuhan beras yang KE-3 untuk naikkan seri muka kita. Basuh muka dengan air basuhan beras tapi sambil berselawat 3x.. Buat secara consistent tau!

(2) Basuh Muka Dengan Air Kelapa.
Seminggu sekali, basuhkan muka dengan air kelapa & biarkan kering dahulu then baru bilas. Amalan ni bagus untuk naikkan seri muka & tegangkan kulit!

(3) Bancuhan Serbuk Kunyit & Madu.
Campurkan 1 sudu KECIL serbuk kunyit + 1 sudu BESAR madu. Ini adalah bancuhan untuk buat masker muka! Amalkan seminggu sekali.. Insya Allah parut jerawat hilang & muka tu bersih je...

(4) Sapu Yogurt Asli.
Sapu yogurt pada wajah & biarkan dalam 15 minit lalu bilas. Wajah akan nampak gebu, mulus & halus!

(B) HAPUSKAN BLACKHEAD & WHITEHEAD.

(1) Bancuh Baking Soda + Jus Lemon
Bancuh 2 sudu KECIL baking soda + 2 sudu BESAR jus lemon. Kemudian sapukan pada bahagian muka yang bermasalah terutamanya kawasan T-Area (hidung + dahi) & biarkan dalam masa 3 minit.
Balut kedua-dua jari telunjuk dengan tisu & picit keluar whitehead + blackhead. Bilas bersih.

(C) HILANGKAN TANDA PENUAAN PADA WAJAH.

(1) Guna Air Mawar Sebagai Toner
Semburkan air mawar pada wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya pori-pori muka semakin kecil & wajah semakin berseri-seri.

Diharap tips ni mampu membantu korang semua menjaga penampilan diri korang juga. Produk moden pun kita cuba, produk asli pun kita tak tinggalkan...
Kita pun memang confirm akan cuba!!!

Terima kasih sudi luangkan masa baca entry kita kali ni..

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)