Enjoy shopping & crafting with us..

Sunday, February 10, 2013

Selamat Hari Jadi Hafiz...!!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa plan untuk cuti ni? Ada yg just nk lepak umah & ada yang ambil masa untuk bersantai bersama keluarga kan... Sekali sekala meluangkan masa bersama keluarga, dapat pahala juga.
Pada kali ini, kami hendak share dengan korang 1 lagi koleksi kami. Memang cukup istimewa koleksi kami pada kali ini sebab ia adalah hadiah dari kami kepada MOHD IZWAN HAFIZ iaitu anak buah kami yang bulat & nakal!
25 Jan 2013 lepas, genab usianya 3 tahun. So, kami suami isteri berpakat untuk hadiahkan dia barangan yang kami hasilkan sendiri. Walaupun tidak mahal & besar macam hadiah-hadiah Hafiz yang lain tapi kami harap Hafiz happy dengan hadiah Pakngah & Makngah bagi ni. Dengan harapan Hafiz always happy & terdidik sebagai seorang yang soleh!

No. 3 tu tandanya Hafiz dah 3 Tahun!
Burung Hantu ni kami siapkan dalam masa 2 hari sebelum balik Kota Bharu. Di sebabkan Hafiz suka sangat pada keychain burung (~ala, keychain tempahan untuk POLISAS tu~) so kami siapkan Burung Hantu ni. Cuma kami sisipkan reben sebagai penggantung. Manalah tau kot2 nk gantung di tepi katil ke, di dalam kereta ke, nk bawak jalan2 ke, ke mana-manalah...

Bahagian belakang kami jahit nama 'HAFIZ'
Kami masukkan fibre dalam Burung Hantu tu supaya terasa lebih lembut. Kain Felt pun kami just pilih yang lembut sahaja. So, tidak akan memudaratkan anak korang kalau mereka nak main! Tambahan lagi, saiz burung hantu ini sebesar tapak tangan je. Tidak menyusahkan untuk di bawa & di simpan di mana-mana.
Kalau korang pun berminat, bolehlah buat tempahan sekarang! Bukan hanya terhad untuk Burung Hantu je, korang boleh request bentuk lain juga. Just isi ORDER FORM di blog kami ni.
Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah contact kami melalui email kami qasehmuslimah.munirah@gmail.com, FB kami & ruangan komen di blog ini juga.

Enjoy crafting & shopping with us....

Thursday, February 7, 2013

Keychain Untuk Warga POLISAS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera untuk semua...

Maaflah, kami kurang update FB & blog sejak kebelakangan ni. Biasalah, masalah teknikal yang tidak boleh di elakkan. Masalah memang sampai mati pun tidak akan habis! Sama jugalah kalau kerja. Tapi apa2 pun, just ingat 1 fakta ni, DIA beri kita masalah kerana DIA sayangkan kita, betul tak??? (^^)

Baiklah, kita tinggalkan tentang itu. Kalau di ikutkan sekarang ni kami agak busy siapkan barangan doorgift kahwin! Maklumlah, sekarang kami telah di beri kepercayaan untuk menyiapkan doorgift pula. Ini bermakna, hasil tangan & idea kami di terima baik oleh segenap lapisan. Perniagaan & hasil kreativiti kami berkembang lebih baik... InsyaAllah...

Namun, pada kali ni kami nk share dengan korang keychain yang kami hasilkan untuk penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan. Pada mulanya kami hendak hasilkan keychain logo POLISAS tapi permintaan dari penuntutnya sendiri mahukan keychain yang cute & comey!

Keychain bentuk rama-rama ini kami datangkan dengan corak yang simple tetapi tetap tampak cute! Agak remeh untuk menjahit keychain ini. 1 keychain ni mempunyai 3 layer..!

Yang ini pula keychain Burung Hantu & Ikan Paus! Kami gabungkan dengan warna-warna yang ceria agar menghasilkan keychain yang ceria & colourfull!

Ini antara koleksi keychain yang kami hasilkan khas buat warga POLISAS. Bukan just 6 unit ni je. Ini adalah sebagai contoh untuk share kat korang! Keychain HP pula kami tidak sempat ambil gambar kerana masa yang tidak mengizinkan ~ betul tak Fifi???~
 
Kalau korang turut berminat, just PM kami. Boleh juga contact kami di email qasehmuslimah.munirah@gmail.com, melalui FB kami & ruangan komen di blog. Yang paling senang, fill our ORDER FORM!

Enjoy crafting & shopping with us....  

Sunday, February 3, 2013

Handmake Craft : Keychain LHDN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Bulan Feb 2013 sudah menjelma. Bulan Jan 2013 sudah pergi meninggalkan kita. Alhamdulillah, kita masih di beri peluang untuk berpijak di bumiNya & beribadat kepadaNya.. Amin...

Bulan Jan 2013 banyak memberi impak kepada kami di mana jualan handmake craft kami agak memberangsangkan! Tuan CEO pun tersenyum lebar!!! hehehehe... Harap2 boleh maintain sampai bila2... ~lagi bagus rating sales sentiasa naik kan!!! (^^)

Buah tangan kami & sebagai pembuka bulan Feb 2013 ni, kami nak share dengan korang koleksi kami yang terbaru. Kalau bulan lepas merupakan bulan keychain Telekom Malaysia Berhad (~thanks a lot staf TM Teluk Intan!), insyaAllah kami berharap pada bulan ni membawa tuah yang sama! Keychain Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang cute & terbaik dari kami! 

Keychain kali ini adalah tempahan dari staf LHDN Cyberjaya. Dia suka sangat dengan keychain TM so dia minta kami siapkan keychain LHDN kerana dia bekerja di situ. Alhamdulillah, dia berpuas hati... So, korang bila lagi???


Untuk keychain LHDN ni kami siapkan di hadapan dengan lambang LHDN manakala di bahagian belakang kami kosongkan. So, kalau korang hendak kami jahitkan nama ke, apa2 perkataan ke (yg indah2 lah kan...), insyaAllah kami boleh siapkan untuk korang... Keychain ni adalah 100% jahitan tangan tau...!

Untuk harga, korang boleh PM kami... Kalau ada apa2 kesulitan, just contact kami melalui email, FB & ruangan komen di blog ini...


ATTENTION :-
~ Special price untuk kuantiti tempahan 10 unit & keatas (so,kumpul member2 korang & tempahlah skrg!)
~ Kalau tiada masalah, korang email kan logo jabatan korang sekali.
~ Kalau tempahan korang melebihi 100 unit (contohnya utk family day ke, dinner ke, pe2 lah), tolong buat tempahan 2 bulan awal dari tarikh majlis...please....!!!! ~also Special Price for this order!!!~
~ Warna background tu boleh tukar kpd wrna yg korang suka...

Enjoy crafting & shopping with us....