Enjoy shopping & crafting with us..

Sunday, July 31, 2011

ARJUNA BROOCH & CROWN BROOCH

Assalamualaikum kwn2 sume....
Spt yg ktorg jnj'n sblm ni, ktorg akn update & upload koleksi2 terbaru ktorg. Alhamdulillah, setakat ni sambutan cukup menggalakkan. Okeylh, skrg ni korg tutup mata... Mesti korg bdebar2 kn? Conform korg teruja & suke sgt2... Ktorg persembahkan koleksi ktorg... Korang bolehlah JAMU mata korg... (erm...bkk r mata 2...hehehe..)

ARJUNA BROOCH
Koleksi ini agak MEWAH dengan design yg SIMPLE. Hiasan batu berwarna (merah, hijau & hitam) di tengah2 manakala ianya di kelilingi oleh diamond yg bkilauan serta menambahkan lagi KEANGGUNAN si pemakai.
Code : QM0010 (red)
Harga : RM 8.00 / unit
Status : FULLY BOOKED
Code : QM0010 (green)
Harga : RM 8.00 / unit
Status : FULLY BOOKED
Code : QM0010 (black)
Harga : RM 8.00 / unit
Status : FULLY BOOKED
Code : QM0010
Colour : Red, Green & Black
Price : RM 8.00 / unit

CROWN BROOCH
Brooch ini menampilkan ciri2 yg UNIK dimana ianya turut DILENGKAPI dengan batu berwarna. Design kali ini seakan-akan menggambarkan mahkota yg KLASIK. Ianya ssuai di gayakan dgn pelbagai cara mengikut CITARASA pemakai itu sndiri. Brooch ini bukan sekadar CANTIK DIPANDANG malah BERGAYA & MENAWAN apabila di padankan.
Code : QM0011 (black)
Harga : RM 8.00 / unit
Status : FULLY BOOKED
Code : QM0011 (soft pink)
Harga : RM 8.00 / unit
Status : FULLY BOOKED
Code : QM0011 (purple)
Harga : RM 8.00 / unit
Status : FULLY BOOKED
Code : QM0011 (white pearl)
Harga : RM 8.00 / unit
Status : FULLY BOOKED
Code : QM0011
Colour : Soft Pink, Black, White Pearl & Purple
Price : RM 8.00 / unit
Apa yg korg tunggu lagi. Dapatkan ia sementara stok masih ada. Ktorg yakin korang akan BERPUAS HATI dengan koleksi ktorg ini. DAPATKAN SEKARANG!!!!



Thursday, July 28, 2011

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN....

Assalamualaikum...
Maaf  agak lama tak update blog. Ktorg busy skit sbb perlu agih2'n sume order & nk kemas'n koleksi br ktorg. Insya Allah, dlm masa tdekat ni ktorg akn upload koleksi tbaru ktorg. Lebih GEMPAK & BGAYA!!!
Erm..just tggl 3 hari lagi sblm semua umat islam menunaikan ibadah puasa. SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN... Ktorg btl2 excited & bdebar2 menanti bulan yg penuh keberkatan ini. Alhamdulillah, kt sume masih berpeluang menyambut & menemuinya lg.
Okeylh, kat sni ktorg attach skit info bkaitan BULAN RAMADHAN. Semoga sedikit sebanyak dpt beri panduan utk korg sume.

  • NIAT BERPUASA RAMADHAN.
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • DOA KETIKA BERBUKA PUASA.
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
  • KELEBIHAN BERPUASA.
Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:
  • Menuruti sunnah;
  • Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
  • Menambah kekuatan untuk beribadat;
  • Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
  • Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
  • Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.
  • BERSAHUR.
Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.

Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.

Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

  • AMALAM-AMALAN DI BULAN PUASA.
# Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
# Menempah pakaian untuk Ramadhan.
# Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan.
# Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
# Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
# Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
# Solat berjemaah setiap waktu.
# Solat jemaah di masjid/surau.
# Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
# Sahur diwaktu akhir.
# Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
# Mandi Janabat sebelum Imsak.
# Kurangkan tidur.
# Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
# Tunaikan Solat Dhuha.
# Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
# Tunaikan solat Rawatib.
# Jaga pacaindera.
# Elakkan gosok gigi pada waktu petang.
# Hadiri majlis ilmu.
# Buat baik pada ibubapa.
# Isteri hendaklah taat pada suami.
# Banyakkan bersedekah.
# Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
# Berbuka bersama orang tua.
# Jemput tetamu berbuka.
# Kurangkan berat badan.
# Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
# Baiki hubungan suami isteri.
# Baiki hubungan jiran.
# Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan.
# Elakkan berbelanja berlebihan.
# Kuatkan kesabaran.
# Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih.
# Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
# Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
# Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.
# Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
# Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
# Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
# Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang meninggal dunia.
# Melazimkan solat waktu.
# Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar.
# Elakkan banyak berhutang.
# Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
# Tunaikan zakat fitrah. 
 
 
 
Ktorg harap info ni boleh jadi salah satu sumber rujukkan korg sume. Dan ktorg di qasehmuslimah-munirah jg ingin ucap'n SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA buat semua muslimin & muslimat... Semoga PELUANG yg diberikan kepada kt ini kt penuhi dengan kebaikan semaksimum nya...

Monday, July 25, 2011

BOLA.... BOLA....BOLA....

Salam sume... Pekaba?
Sekarang ni mmg HEBOH tentang BOLA...paling latest & hangat skrg ni psl perlawanan HARIMAU MALAYA vs SINGAPORE... Aku ader tgk juga semasa perlawanan di Singapore tempoh hari. Pada separuh masa pertama kita agak ketinggalan dengan 1 - 4...!!! Aku agak frust tp ttp juga bersemangat utk menyaksikan sehingga akhir perlawanan. Masuk je separuh masa ke 2, alhamdulillah ader jugak PENGUBAT... Terpukul jgk lah team lawan dengan semangat & kesungguhan pasukan kita! Walaupun kita ketinggalan dengan 3 berbalas 5 tp aku tetap TABIK SPRING dengan team HARIMAU MALAYA... Korg mmg TERBAIK r!!! (lain mcm je aku 'angkat' dieorg ni...tp ini ikhlas dr hati...hehehehe)
1st time aku jejak kaki ke stadium ketika aku masih lg menuntut di UiTM Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan. Itupun aku pergi bertemankan suami aku, adik ipar & kwn2 dieorg. Seronok smpi xingat dunia!!! Lps 2 aku jd gian lak ngan BOLA SEPAK... Sblm 2 aku just rilex2 je bab bola tp bl dh di galakkan oleh suami aku, trs on je... Pantang dengar psl bola...hehehehe... Lebih2 lg suami aku mmg GILA BOLA juga. Dia ader team FUTSAL sndiri. Mn2 ader games, kat sna r ader team die. Sll gak aku join dieorg ke futsal (tp just jd pom2 girl je... yg pntg aku enjoy ngn games 2...kdg2 jd tukang kutuk & batu api gk...hehehehe) 

bergaya kn HERO-HERO rakyat Malaysia ni... i like!!!
 Suami aku ader beli 1 sweater kuning ni. Mlnya kami nk kongsi, bergilir2 pakai r tp nmpk gayanya xdapat r (saiz aku terlalu comey utk pakai bj 2...huhuhu).
Sll aku dgr org tanye, apa yg seronoknye bola ni. Buat apa kjr bola yg 1 tu, buat penat bdn je..! yg penyokong lak dok terjerit2 ntah pe2, wat sakit tekak je... Tp sbnrnya dieorg xtau, ader kepuasan kat situ. Aku rs tension & tekanan aku 'lepas'! Lain org, lain citarasanya kn...

ni aku ngn adik2 aku (dr kiri AQIM, ADIK, AKU & IWAN) hensem x?




aku ttp nk tnjk PEACE... tabiat kot!


ni konon2 ala2 candid r...



sejuk ati aku bl tgk gmbr ni... sweet!!!


hensem2 sume ek...



aku naik 1 tangga br sama level ngan suami aku...
Ni sume gmbr2 yg kami ambil time kami tgk Malaysia vs Myanmar kat Stadium di Kelantan pada 18 June 2011. Happening giler...!!! Walaupun dlm keadaan hujan lebat tp itu sume tak patahkan smgt kami... SEMANGAT!!!
Tp dlm smgt2 tu, aku hilang smgt skit bl tgk dua org bdk yg dok dpn aku makan ayam grg. Terliur aku di buatnye. Dh r hujan, perut lak tiba2 'menyanyi' mnta di isi. nasib baik mak bdk 2 ader kat situ gk klu tidak mmg 'selamat' r ayam grg bdk2 tu...dugaan...itu r kata suami aku...hehehehe...
28.07.2011, hari Khamis ni penentu kelayakan Malaysia ke peringkat seterusnya sblm layak sepenuhnya ke Piala Dunia 2014... aku berdebar2... tp ttp bersemangat & berkeyakinan dgn pasukan HARIMAU MALAYA...chayok3x...
Yg pntg, kt bdoa yg tbaik utk pasukan kt. Menang kalah adat permainan... Jgn time menang je kt sokong, time kalah kita dok kutuk2. Ingat xpenat ke bkejar2 dlm padang tu selama 90 minit! penat ooo.... bl tjatuh, trs bangun...pas2 bkejar2 lg! Klu aku r, bguling2 kat dlm padang, xpn trs je wat pengsan. Tak mampu aku nk btahan camtu...
Matlamat dieorg pn nk menang & cb berikan yg TERBAIK. So, kt haruslah hargai sumbangan dieorg. Kita biarkan singa mndengar dgn gerun HARIMAU MALAYA MENGAUM...
Buat yg terbaik Harimau Malaya. Kami rkyt Malaysia sntiasa MENYOKONG sepenuh hati!!! Doa & smgt kami sntiasa bsama kalian...