Enjoy shopping & crafting with us..

Thursday, July 28, 2011

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN....

Assalamualaikum...
Maaf  agak lama tak update blog. Ktorg busy skit sbb perlu agih2'n sume order & nk kemas'n koleksi br ktorg. Insya Allah, dlm masa tdekat ni ktorg akn upload koleksi tbaru ktorg. Lebih GEMPAK & BGAYA!!!
Erm..just tggl 3 hari lagi sblm semua umat islam menunaikan ibadah puasa. SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN... Ktorg btl2 excited & bdebar2 menanti bulan yg penuh keberkatan ini. Alhamdulillah, kt sume masih berpeluang menyambut & menemuinya lg.
Okeylh, kat sni ktorg attach skit info bkaitan BULAN RAMADHAN. Semoga sedikit sebanyak dpt beri panduan utk korg sume.

  • NIAT BERPUASA RAMADHAN.
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • DOA KETIKA BERBUKA PUASA.
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
  • KELEBIHAN BERPUASA.
Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:
  • Menuruti sunnah;
  • Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
  • Menambah kekuatan untuk beribadat;
  • Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
  • Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
  • Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.
  • BERSAHUR.
Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.

Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.

Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

  • AMALAM-AMALAN DI BULAN PUASA.
# Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
# Menempah pakaian untuk Ramadhan.
# Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan.
# Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
# Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
# Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
# Solat berjemaah setiap waktu.
# Solat jemaah di masjid/surau.
# Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
# Sahur diwaktu akhir.
# Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
# Mandi Janabat sebelum Imsak.
# Kurangkan tidur.
# Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
# Tunaikan Solat Dhuha.
# Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
# Tunaikan solat Rawatib.
# Jaga pacaindera.
# Elakkan gosok gigi pada waktu petang.
# Hadiri majlis ilmu.
# Buat baik pada ibubapa.
# Isteri hendaklah taat pada suami.
# Banyakkan bersedekah.
# Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
# Berbuka bersama orang tua.
# Jemput tetamu berbuka.
# Kurangkan berat badan.
# Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
# Baiki hubungan suami isteri.
# Baiki hubungan jiran.
# Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan.
# Elakkan berbelanja berlebihan.
# Kuatkan kesabaran.
# Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih.
# Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
# Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
# Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.
# Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
# Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
# Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
# Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang meninggal dunia.
# Melazimkan solat waktu.
# Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar.
# Elakkan banyak berhutang.
# Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
# Tunaikan zakat fitrah. 
 
 
 
Ktorg harap info ni boleh jadi salah satu sumber rujukkan korg sume. Dan ktorg di qasehmuslimah-munirah jg ingin ucap'n SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA buat semua muslimin & muslimat... Semoga PELUANG yg diberikan kepada kt ini kt penuhi dengan kebaikan semaksimum nya...

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)