Enjoy shopping & crafting with us..

Saturday, December 31, 2011

Selamat Datang 2012

Salam Tahun Baru 2012 untuk semua pengunjung & customer kami... Semoga lebaran tahun baru ini memberi kita lebih kenikmatan & kejayaan. 
Kami di qasehmuslimah-munirah ingin mengucapkan banyak2 terima kasih atas sumbangan & sokongan korang semua. Kami berjanji & akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk korang... Korang pun teruslah sokong kami... 


SELAMAT DATANG 2012...
TERIMA KASIH 2011....!!!!

Wednesday, December 28, 2011

YEAR END SALE : 28.12.2011 - 31.01.2012

Salam semua...
Excited tak bila baca title kat atas? Ingat shopping complex je yang leh wat Y.E.S??? Kami pun boleh tau...hehehehe...
Sempena menghargai customer2 kami yang sentiasa support kami selama ni. Kami dengan penuh teruja & lapang dada bagi korang shopping habis-habisan.
Promosi kami ini bermula dengan hari ini 28 Disember 2011 dan akan berakhir hingga 31 Januari 2012..!!! Korang ada masa 1 bulan lebih untuk merebut peluang keemasan ini... So, jom berebut sekarang!!!!!!!!!!!!!!!


1) HEADBAND
Harga Normal : RM 15.00 ~ RM 25.00
Harga Abnormal : RM 10.00 sahaja...!!!!
contoh headband :-





2) KEYCHAIN
Pattern A :- Bilangan huruf kurang dari 5 huruf.
Harga Normal : RM 4.00
Harga Abnormal : RM 3.50 sahaja...!!!

Pattern B :-Bilangan huruf lebih dari 5 huruf.
Harga Normal : RM 4.50
Harga Abnormal : RM 4.00 sahaja...!!!!
contoh keychain :-





3) SARUNG HANDPHONE
Harga Normal : RM 15.00 ~ RM 25.00
Harga Abnormal : RM 10.00 sahaja...!!!
antara contoh sarung handphone

4) BROOCH MAWAR

Harga Normal : RM 4.00
Harga Abnormal : RM 3.50 sahaja...!!!!
contoh brooch bunga mawar
5) BROOCH MELUR
Harga Normal : RM 3.50
Harga Abnormal : RM 3.00 sahaja...!!!
contoh bunga melur
6) KEYCHAIN HANDPHONE

Harga Normal : RM 3.50
Harga Abnormal : RM 3.00 sahaja...!!!
Antara contohnya :-



Kami cuba memberikan harga se minimum mungkin kepada korang semua. Walaupun bagi sesetengah orang harga normal kami pun sudah cukup murah namun bagi kami apa salahnya rezeki ni kita share pula. Just untuk korang yang sentiasa support kami. Rugi di dunia takpelah sebab di akhirat nnt menjanjikan keuntungan yang berlipat kali ganda...ye tak???
Anyway, kami get ready nak terima order dari korang... Siapa cepat, dia dapat... Semua ini adalah terhad...!!! Isi ORDER FORM & terus submit kepada kami...

***pssstttt : semua harga di atas TIDAK termasuk bayaran pos. Sila rujuk bayaran pos di ruang RUJUKAN... tq...


Enjoy shopping with us...

Sunday, December 18, 2011

Handmake Craft : Tempahan Headband

Assalamualaikum...
Topik entry kita hari ni tentang tempahan headband yang telah kami siapkan. Alhamdulillah, DIA memberi kami rezeki yang kami tidak sangka2. ('',)
Kali ni kami masukkan 2 tempahan yang kami terima dari orang yang berbeza! Headband yang mereka berdua inginkan adalah yang simple tp semestinya sweet bila di sarungkan ke kepala baby. Checkitout.....

Tempahan Dari Kak Ikin.

Headband tempahan Kak Ikin
Headband ni kami gunakan getah yang sangat cantik ni. Getah ini harganya mahal sikit dari getah yang biasa kami gunakan sebelum ini. Tapi cukup sesuai untuk baby yang kecil lagi, mayb dalam lingkungan 2 tahun ke bawah. Kak Ikin hanya mahukan sekuntum bunga di jadikan sebagai perhiasan kepada headband beliau.
Gabungan warna merah dan putih serta butang bulan bercorak bunga menyerikan lagi kuntuman melur ini. Bunga melur ini kami serikan dengan 3 layer kelopak yang super cantik!

Tempahan dari Kak Ira.

Headband tempahan Kak Ira
Headband tempahan dari Kak Ira pula lebih kurang sama dengan Kak Ikin. Penggunaan getah yang sama cuma warna yang berbeza. Kak Ira juga memilih bunga mawar sebagai penghias headband tetapi hanya 2 layer sahaja. Kami menggunakan mutiara sebagai penaik seri bunga tersebut. Nama 'QASEH' sebagai empunya headband di abadikan bersama headband ini. Memang super cantik & pinky!

Okeylah, semoga koleksi headband kami ini memberi korang inspirasi untuk membuat tempahan kepada kami...hehehehe... Kalau ada sebarang komen, sila tinggalkan di ruang komen di bawah. Kalau nak order, isikan ORDER FORM... Nak tanya pe2 pun boleh join facebook & email kami...

Enjoy shopping with us...