Enjoy shopping & crafting with us..

Thursday, March 28, 2013

Handmake Craft : Tempahan dari Miz Atin.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Pagi yang agak cerah di Ipoh. So, kami mengambil kesempatan yang ada untuk update entry kami. Hendak edit gambar pun kadang-kadang tak habis, inikan pula nak selalu update entry! Memang kami agak busy sangat2 kebelakangan ni. Itu tandanya blog & koleksi kami semakin di terima & di kenali... Alhamdulillah (^_^)

Entry kali ni berkaitan dengan tempahan yang kami terima dari Miz Atin a.k.a Fatin . Korang boleh terus link kat FB beliau. Kalau-kalau nak tanya apa pendapat die berurusan dengan kami, kualiti koleksi kami... Yang pastinya, kami cuba lakukan yang terbaik untuk setiap tempahan yang kami terima.
Keychain & Klip Rambut Untuk Fatin
Semuanya berunsurkan huruf F... Memang terbaik! Fatin adalah antara customer kami yang paling senang untuk berurusan. Memang tidak merumitkan kami. Maklumlah, kadang-kadang bukan senang untuk puaskan hati semua orang kan... Baiklah, jom kita zoom satu persatu tempahan dari Fatin ni.
KC 110313 - Keychain Farisha
KC 120313 - Keychain Fatin
Keychain Fatin kali ni kami gabungkan bentuk segi empat & Love! Ini adalah design yang di pinta oleh Fatin sendiri. Design ni dah makin popular sekarang kerana majoriti customer kami mahukan keychain begini... Kami pun suka =)
KLP 010313 - Klip Rambut
Klip rambut ni Fatin mahukan huruf 'F' so kami jahitlah seperti yang di minta. Alhamdulillah, Fatin berpuas hati dengan hasil kerja kami. Lega kami rasa (^_^)
Semakin bersemangat kami untuk terus ber crafting!

Baiklah, kalau korang berminat dengan koleksi kami, jangan malu segan, just isi ORDER FORM kami. Kalau korang ada sebarang pertanyaan, boleh terus contact kami melalui FB, page, email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com & juga ruangan komen di dalam blog ni. InsyaAllah kami akan cuba reply dalam masa 24jam.

Terima kasih kerana singgah di blog kami...

enjoy crafting & shopping with us....

Monday, March 25, 2013

Handmake Craft : Frame Felt Yang Cute!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kami mencuri masa sekejap untuk update blog. Bulan yang agak busy buat kami di QasehMuslimah-Munirah. Bukannya kami mengeluh tapi kami bangga sangat2! Respond yang kami terima dari customer & follower kami amat menggalakkan. Sales kami pun cukup baik dari bulan ke bulan! InsyaAllah, kalau terus-terus begini kami akan adakan promosi lagi.. Sama-sama kita berdoa ek... Korang pun teruslah sokong kami (^+^)

Untuk entry kali ni agak berlainan sikit berbanding entry sebelum ni. Kenapa ek? Sebabnya korang refer balik pada tajuk entry kami... Koleksi yang hendak kami share & secara automatiknya masuk dalam koleksi sales kami ialah FRAME! Kami berharap koleksi kami kali ni akan debooommmm macam koleksi2 kami yang lain!

FM 010313 : Frame Felt
Frame ni adalah wooden frame & kami hiasinya dengan felt! Ikutkan burung tu di jahit untuk di jadikan sebagai keychain tetapi tuan punya badan teringin burung tu bertenggek di frame ni so kami letakkan di hujung sebelah kanan frame tersebut...erm, cantik jugak kan?

Untuk frame ni boleh juga di jadikan DoorGift ataupun hantaran nanti. Senang cakap, ianya multipurpose! Terpulang kepada korang nak di gunakan untuk apa. Kami ada juga terima tempahan untuk di jadikan DoorGift. Frame yang kecil2 tu & mereka minta kami hiaskan sekali macam frame di atas ni...Memang cantik sangat2! Lain daripada lain... Memang berebut tetamu nak ambik buat kenangan...

Tuan punya frame ni tidak mahu terlalu crowded so kami hiaskan frame tersebut dengan gaya simple camni je. Simple is nice right? Ada juga customer kami mahukan frame tersebut di tambah dengan nama & perkataan manis-manis a.k.a. I LOVE U ataupun nama mereka sendiri & orang tersayang! Cantik juga... Macam-macam gayalah... Semuanya terpulang kepada permintaan..

Kalau korang berkenan sangat2, terus ke ORDER FORM kami. Jika korang ada sebarang soalan, boleh PM kami melalui page@FB, email di qasehmuslimah.munirah@gmail.com ataupun di ruangan komen blog kami. Semuanya hanya di hujung jari korang... (^_^)

enjoy crafting & shopping with us...  

Thursday, March 21, 2013

Pengumuman!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Dengan sukacitanya, tepat Jam 7.50 pagi bertarikh 21/03/2013 kami pihak QasehMuslimah-Munirah melancarkan :-

PENUTUPAN PROMOSI RM 1.00/pcs...

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada customer & followers kami kerana sudi memberi sokongan kepada kami sepanjang business ini di tubuhkan!

Promosi kali ini mendapat sambutan yang luar biasa sehinggakan kami perlu menambah kuantiti stok kami. Dan penambahan stok juga memberikan impak yang maximum sehinggakan hanya bertahan beberapa hari sahaja...

Terima kasih & sehingga kita bertemu lagi di Promosi akan datang... InsyaAllah...

enjoy crafting & shopping with us....