Enjoy shopping & crafting with us..

Friday, March 21, 2014

~ Fiesta UKM ~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Awal pulak kali ni update blog ek??? Padahal baru je 18.03.2014 lepas update tentang headband... Sebenarnya kami nak hebahkan kepada korang semua berkaitan dengan koleksi kami yang selamat sampai ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)... Sempena event di UKM, maka salah seorang kenalan kami mengambil peluang ini untuk memperkenalkan & menambah pendapatan beliau... Siapa kata dengan menjual barangan kraf ni tak boleh penuh poket??? Insya Allah boleh... Janji kena kuat berusaha & tidak pernah putus asa...

Kalau korang tertanya-tanya, siapalah yang bertuah itu sudi menjual & memperkenalkan koleksi kami ni di UKM??? Selalunya bab-bab business macam ni di monopoli oleh kaum Hawa tapi wakil kami di UKM ni adalah terdiri dari kaum Adam!! Namanya?? Tuan Zulfadli Syamim Tuan Mohd Adnan (FB : Zulfadli Syamim ).. Nama pun hebat, insya Allah orangnya juga hebat... Pilihan mertua... Insya Allah... Amin... (^_^)

Ni adalah gambar-gambar semasa proses menyiapkan Bookmark kami... Kami memang suka sangat-sangat ambil gambar...hehehehe... Jemput zoom satu persatu!

Kod : BM010314
Salah satu design Bookmark kami. Menggunakan design hati & sayap... Ala-ala cupid lah... Manalah tahu kalau-kalau ada customer kami yang hendak beli untuk diri sendiri & pasangan masing-masing sebagai tanda kasih sayang mereka... Chewah!!! 

Kod : BM020314
Ini pula Bookmark yang confirm menjadi pilihan peminat permotoran... Kami menyediakan design log0-logo kereta yang semestinya menjadi kegilaan ramai... Manalah tahu apabila menggunakan bookmark ni, akan lebih bersemangat untuk study demi mencapai impian kita satu hari nanti... Insya Allah.. Amin...

Kod : BM030314
Design bookmark ini pula kami memilih untuk menggunakan prop-prop yang selalu di gunakan untuk majlis-majlis tertentu... Suka lak tangok kan???

Kod : BM040314
Bookmark ini adalah secara simple & general... Kami menggunakan felt yang bercorak serta butang-butang. Simple is nice kan??? Yang penting bookmark ini tetap nampak berseri & menarik.

Kod : BM050314
Bookmark ini pula kami memilih untuk menjahit kemas huruf-huruf yang berwarna-warni ini... Ada 'MUTE', 'STOP', 'OUT', 'REST' & 'HERE'... Semuanya melambangkan erti bookmark itu sendiri...

Pada yang masih baru & 1st time tengok Bookmark seperti ini??? Masih tertanya-tanya bagaimana hendak menggunakannya??? Just sisipkan di bucu buku korang & siap!!! Macam dalam gambar di atas... Cukup simple & semestinya bucu buku pun terjaga & tidak terlipat-lipat... Cantik tak??? hehehehe...

Apa pula ni??? Pernah dengar casing Tisu Poket??? Mesti bosan asyik poket tisu yang sama je...Dan kadang-kadang berkedut-kedut tisu & kurang bersih... So, korang boleh dapatkan casing Tisu Poket kami ni... Macam-macam corak & gaya... Jom zoom!!!

Kod : TP010314

Kod : TP020314

Kod : TP030314

Kod : TP040314

Kod : TP050314

Still ingat koleksi Wooden Paper Clip kami??? Untuk FIESTA UKM ni juga kami turut sertakan Wooden Paper Clip kami. Semestinya koleksi yang amat-amat berguna & berfaedah untuk customer kami...

Kod : PC010314
Wooden Paper Clip Love ni memang menjadi pilihan customer kami... Sangat-sangat laris!!! So, kami sertakan di FIESTA UKM ini...

Kod : PC020314
Wooden Paper Clip Bunny ni 1st design dari kami... Comey sangat-sangat... Warga UKM akan menjadi 1st customer kami yang memiliki design ini.

Kod : PC030314
Wooden Paper Clip Butterfly ini juga menjadi design wajib satiap kali koleksi kami ini di keluarkan. Menjadi pilihan wajib customer kami setiap kali membuat tempahan... Grab it now!!!

Ini pula keychain special untuk warga UKM... Untuk di jadikan sebagai kenang-kenangan dari kami.... Mana nak dapatkan???? Singgah di Fiesta UKM dan dapatkan dari wakil kami Zulfadli Syamim semestinya...

Kepada warga UKM, jangan lepaskan peluang korang... Dapatkan semua koleki kami di sana. Inilah peluang 1 dalam sejuta tau!!! Insya Allah, kami janjikan koleksi kami adalah yang terbaik dari yang terbaik.. Koleksi di UKM adalah amat-amat terhad... Harganya pula cukup pecah panggung!!! chewah....! Kuat promosi ni...hehehehe

Pada yang berada luar dari UKM, boleh terus membuat tempahan kepada kami. Kalau korang juga ingin mengikut jejak Syamim, boleh terus PM kami di page QasehMuslimah-Munirah . Semestinya kuantiti yang banyak begini menuntut masa dari kami... Kalau boleh awal 1 bulan lah, senang kami nak manage masa kami... Maklumlah pada masa yang sama kami perlu menyiapkan tempahan dari customer-customer kami yang lain juga.

Finally, terima kasih kepada semua kerana sudi meluangkan masa korang membaca entry kami pada kali ini. Warga UKM jangan lupe temujanji kita yer... Jangan ketinggalan untuk mendapatkan koleksi kami di fiesta UKM...

enjoy shopping & crafting with us...

Tuesday, March 18, 2014

Hadiah Untuk Si Comel..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Rindunya hendak update blog!!!! Niat kami tu terbantut di sebabkan external harddisk kami tak boleh connect pada PC & Netbook kami. Entah kenapa... Agaknya sebab kabel wire harddisk ni dah tua kot... Alhamdulillah harddisk kami ni still ok. Susah juga kami kalau harddisk rosak sebab banyak dokument & gambar-gambar koleksi kami yang masih belum di update dalam blog, kami simpan dalam external harddisk ni...

Tanpa banyak menaip, kami nak share koleksi kami yang amat-amat superb ni... Tempahan yang kami terima dari customer kami Siti Hajar (FB : Siti Hajar Afiqah Shamsuddin ). Seronok menyiapkan tempahan ini sebab kami juga suka design yang kami buat ni. Seronok kalau ada anak perempuan, memang rajin lah nak menghias... Insya Allah, ada rezeki untuk kami nanti,,,amin...

2 unit Headband & 1 klip rambut... Headband tersebut kami hiaskan dengan design bunga yang berlainan & semestinya cukup menarik!!!

Kod : HB010314
Headband ini menggunakan getah headband berwarna hitam. Kemudian kami menggabungkan 3 jenis bunga yang berlainan warna bagi menaikkan seri headband & baby. 3 helai daun juga di selit sama. Nama Baby 'AFRINA' pula menggunakan warna biru & unggu. Memang cukup menarik & tertarik!!!
 
Kod : KLP010314
Klip rambut ini still menggunakan warna tema sama iaitu biru & unggu. Butang di tengah-tengah headband juga kami menggunakan warna biru. Untuk warna tanah kami pilih warna hitam.

Kod : HB020314
Headband kali ini pula menggunakan 1 design bunga sahaja tetapi kami siapkan 2 kuntum supaya ianya tidak nampak terlalu kosong. Butang keemasan menambahkan lagi seri bunga pada headband tersebut. Getah headband berwarna putih menjadi pilihan. Untuk tulisan nama baby 'ZARAA' pula kami menggunakan warna biru  & tanahnya pula warna baby blue... Cute kan???

Bila di padankan pada model kami ni, nampak cantik sangat-sangat. Suka pula bila tengok... Lepas ni insya Allah rasanya still berminat menggunakan model yang sama (^_^)
Jika korang semua berminat dengan koleksi kami, boleh terus PM kami di page QasehMuslimah-Munirah ataupun email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com . Kalau tempahan dalam kuantiti yang besar, kalau boleh inform kami awal-awal. Senang kami nak manage masa kami...tolong ek...

Terima kasih juga kerana korang sudi meluangkan masa korang membaca entry kami pada kali ini.
enjoy shopping & crafting with us...

Monday, March 10, 2014

Berdoa Untuk MH370

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Sepertimana yang semua sedia maklum akan kehilangan kapal terbang MH370 bersama-sama seramai 227 Penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 orang anak kapal.

Memang begitu banyak cerita-cerita belakang yang meluas di laman sosial kini. Mungkin ada kebenarannya mungkin tidak... Tetapi tanggungjawab kita bersama agar mendoakan yang terbaik untuk mangsa & pasukan mencari & menyelamat yang masih berusaha memberikan pertolongan yang terbaik...