Enjoy shopping & crafting with us..

Monday, October 27, 2014

Koleksi Handbag Terbaik!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar sahabat & customer kami sekalian??? Alhamdulillah masih di beri kesempatan olehNya menikmati keindahan dunia ini. Kami juga agak bercuti panjang ke Kota Bharu, Kelantan apabila husband mendapat cuti selama 4 hari. Walaupun cutinya tidaklah lama tetapi kami bersyukur di beri nikmat & peluang berjumpa & bermanja dengan family kami...

Hari ni kami tidak mahu share berkaitan Felt Craft tetapi kami nak share tentang koleksi Handbang kami... Dah lama sangat tak update tentang handbag terbaru kami. Alhamdulillah rezeki jualan handbag pun semakin baik. Setiap apa yang kita usahakan insya Allah ada hasilnya.. Amin..

Kod : HB3423 Multi Function Bag.
HARGA : RM 85.00 (excluding postage fee)

Warna :-
Coffee, Brown , Red , Blue & Yellow

Weight : 1.20 Kg

MATERIAL : QUALITY ARTIFICIAL LEATHER
LENGTH       : 31CM
WIDTH        :  0CM
BOTTOM WIDTH : 14CM
HEIGHT       : 28CM

HANDLE HEIGHT     : 25CM
LONG STRAP LENGHT : 110CM
OPENING CLOSER    : ZIP
CONTENT A4        : YES ( 3 IN IN BEG) 

GRED : AA FASHION BAG 

Kod : HB3429 Designer Bag.
HARGA : RM 85.00 (excluding postage fee)

Warna :-
Pink, Purple, Khaki, Blue, Turqoise, Mustard & Red

Weight : 1.10 Kg

MATERIAL : QUALITY ARTIFICIAL LEATHER
 LENGHT       : 44CM 
WIDTH        : 0CM 
BOTTOM WIDTH : 16CM 
HEIGHT       : 32CM  

HANDLE HEIGHT  : 25CM 
STRAP LENGHT   : 110CM (FOR MEDIUM BAG) 
OPENING CLOSER : ZIP 
CONTENT A4     : YES (3 IN 1) 


GRED : AA WITH MK LOGO
 
Kod : HB3436 Designer Bag
HARGA : RM 85.00/set (excluding postage fee)
 
Warna :-
Turqouise, Black, Purple, Mustard, Blue, Brown & Red
 
Weight : 1.10 Kg
 
MATERIAL : QUALITY ARTIFICIAL LEATHER
LENGHT       : 44CM
WIDTH        : 0CM
BOTTOM WIDTH : 16CM
HEIGHT       : 32CM
 
HANDLE HEIGHT  : 25CM
STRAP LENGHT   : 110CM
OPENING CLOSER : ZIP
CONTENT A4     : YES ( 3 IN 1)
GRED           : AA WITH MICHAEL KORS LOGO 
 
Alhamdulillah, ini stock terbaik dari kami. Jika berminat boleh terus PM kami di Page atau boleh 
juga menggunakan ORDER FORM kami.
 
Enjoy shopping & crafting with us... 

Tuesday, October 14, 2014

Siti Nuraimi ~ Keychain

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua??? Alhamdulillah kami berdua sihat walafiat...hehehehe...macam tulis surat la pulak (^_^) Kami sengaja update Blog hari ni kerana alhamdulillah pagi ni kami sempat curi masa sedikit untuk update apa-apa yang patut. Insya Allah kalau tidak ada aral, minggu ni kami busy & jadual agak penuh hingga hari Ahad. So, masa untuk update apa-apa yang patut kami cuba penuhi...

Pada kali ni kami nak update tentang koleksi keychain kami. Semestinya demam keychain masih belum kebah!!! Dan kebanyakan tempahan yang kami terima merupakan keychain yang di tempah secara borong & runcit. Seperti biasalah, kalau borong tu maknanya kena tempah awal-awal kerana ia melibatkan kerja yang banyak. Kalau runcit ni insya Allah boleh siap dalam 1 minggu... Insya Allah...
Ini adalah gambar semasa proses keychain ini di lakukan. Kami tak sempat nak ambil lebih banyak gambar sebab pada masa yang sama kami turut menyiapkan tempahan customer lain juga.
Nama customer kami pada kali ini ialah Siti Nuraimi. Dia mahukan 3 design keychain dengan tulisan USM. 3 design itu ialah bentuk Bulat, Love & 4Segi. Alhamdulillah, impian Siti Nuraimi untuk menghadiahkan keychain ini kepada rakan-rakan tercapai...

Koleksi : Keychain Bulat.
Kod : KC011014
Tulisan : USM

Koleksi : Keychain LoVe
Kod : KC021014
Tulisan : USM

Koleksi : Keychain 4Segi.
Kod : KC031014
Tulisan : USM

Koleksi : Keychain.
Kod : KC041014
Tulisan : S & W

Koleksi : Keychain.
Kod : KC051014
Tulisan : S & W

Ini adalah keychain yang telah kami siapkan khas untuk Siti Nuraimi. Seronok bila siap semuanya. Mula-mula memang agak penat tapi bila semuanya complete siap, rasa kepuasan & kelegaan di situ. Alhamdulillah...
Semuanya gebu-gebu!!!! Geram pula... Kami memang suka sangat ambil gambar koleksi kami begini..Memang puas hatilah!!!

Kepada korang yang berminat untuk membuat tempahan atau masih tercari-cari port yang sesuai, apakata terus PM je kami.. Insya Allah kami akan berikan servis yang terbaik & semestinya kualiti yang Gred AAA!!!

Sebarang pertanyaan & tempahan boleh melalui :-
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa korang membaca entry kami kali ini.
enjoy shopping & crafting with us....

Friday, October 10, 2014

Mistery Gift for TODAY ONLY!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


" Selamat Hari Lahir kepada Mak kami yang tersayang, Faridah Binti Haji Taib!!! Alhamdulillah, genab 61 tahun... Doa kami adik beradik serta menantu & cucu Mak agar Mak Abah sentiasa kekal bahagia, di kurniakan kesihatan yang baik, di murahkan rezeki & semua doa Mak Abah akan di berkati & di perkenankan olehNya... Amin... "

Walaupun kami tidak dapat sambut bersama-sama birthday Mak tahun ni, doa kami sentiasa bersama-sama Mak Abah. Insya Allah...

Sempena sambutan hari lahir Mak kami, kami di QasehMuslimah-Munirah dengan besar hatinya menyediakan HADIAH MISTERI kepada semua customer kami yang membuat tempahan pada hari ini sahaja & menepati syarat-syarat yabg tertentu.

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :-
  1. Follow Page kami di QasehMuslimah-Munirah atau Blog kami http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com
  2. Tempahan untuk HADIAH MISTERI ini hanya SAH sehingga jam 12.00 tengah malam ini sahaja.
  3. Tempahan hendaklah CONFIRM pada hari ini juga iaitu dengan membuat pembayaran pendahuluan sebanyak 50%.
  4. Jumlah tempahan hendaklah MELEBIHI RM 10.10 ... Jika kurang dari itu, anda tidak layak menerima HADIAH MISTERI tersebut.
  5. HADIAH MISTERI ini tidak terhad..!!! Jika kami menerima 50 tempahan yang sah syaratnya maka 50 customer kami itu akan menerima HADIAH MISTERI tersebut dengan jayanya.
  6. Hanya tempahan untuk FELT CRAFT, TUDUNG BAWAL CLEARANCE & TUDUNG BAWAL KELATE sahaja di layakkan untuk menyertai hadiah misteri ini.
Insya Allah itu sahaja terma & syaratnya untuk mendapatkan HADIAH MISTERI sempena Hari Lahir Mak kami. Sangat senang & mudah... So, apa korang tunggu lagi. Jom confirmkan tempahan korang sekarang...

Sebarang pertanyaan & tempahan boleh terus melalui :-
  • ORDER FORM kami di bahagian paling bawah Blog ini.
  • Email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  • PM kami di Page QasehMuslimah.Munirah
  • WhatsApp kami di no : 011-2427 4941
terima kasih sudi luangkan masa korang membaca entry kami kali ini...
enjoy shopping & crafting with us...