Enjoy shopping & crafting with us..

Tuesday, October 14, 2014

Siti Nuraimi ~ Keychain

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua??? Alhamdulillah kami berdua sihat walafiat...hehehehe...macam tulis surat la pulak (^_^) Kami sengaja update Blog hari ni kerana alhamdulillah pagi ni kami sempat curi masa sedikit untuk update apa-apa yang patut. Insya Allah kalau tidak ada aral, minggu ni kami busy & jadual agak penuh hingga hari Ahad. So, masa untuk update apa-apa yang patut kami cuba penuhi...

Pada kali ni kami nak update tentang koleksi keychain kami. Semestinya demam keychain masih belum kebah!!! Dan kebanyakan tempahan yang kami terima merupakan keychain yang di tempah secara borong & runcit. Seperti biasalah, kalau borong tu maknanya kena tempah awal-awal kerana ia melibatkan kerja yang banyak. Kalau runcit ni insya Allah boleh siap dalam 1 minggu... Insya Allah...
Ini adalah gambar semasa proses keychain ini di lakukan. Kami tak sempat nak ambil lebih banyak gambar sebab pada masa yang sama kami turut menyiapkan tempahan customer lain juga.
Nama customer kami pada kali ini ialah Siti Nuraimi. Dia mahukan 3 design keychain dengan tulisan USM. 3 design itu ialah bentuk Bulat, Love & 4Segi. Alhamdulillah, impian Siti Nuraimi untuk menghadiahkan keychain ini kepada rakan-rakan tercapai...

Koleksi : Keychain Bulat.
Kod : KC011014
Tulisan : USM

Koleksi : Keychain LoVe
Kod : KC021014
Tulisan : USM

Koleksi : Keychain 4Segi.
Kod : KC031014
Tulisan : USM

Koleksi : Keychain.
Kod : KC041014
Tulisan : S & W

Koleksi : Keychain.
Kod : KC051014
Tulisan : S & W

Ini adalah keychain yang telah kami siapkan khas untuk Siti Nuraimi. Seronok bila siap semuanya. Mula-mula memang agak penat tapi bila semuanya complete siap, rasa kepuasan & kelegaan di situ. Alhamdulillah...
Semuanya gebu-gebu!!!! Geram pula... Kami memang suka sangat ambil gambar koleksi kami begini..Memang puas hatilah!!!

Kepada korang yang berminat untuk membuat tempahan atau masih tercari-cari port yang sesuai, apakata terus PM je kami.. Insya Allah kami akan berikan servis yang terbaik & semestinya kualiti yang Gred AAA!!!

Sebarang pertanyaan & tempahan boleh melalui :-
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa korang membaca entry kami kali ini.
enjoy shopping & crafting with us....

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)