Tuesday, October 7, 2014

Siti Zuhila : Casing Kotak Tisu


Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Masih dalam mood raya ke?? Alhamdulillah, kita semua masih di beri peluang menikmati keindahan Aidiladha... Tapi jangan lupa juga dalam happy-happy menyambut Aidiladha, keselamatan & kesihatan perlu menjadi isu utama.
Kami suami isteri hanya menyambut lebaran Aidiladha di Ipoh, Perak sahaja. Tidak berkesempatan untuk menyambut di Kota Bharu, Kelantan. Insya Allah maybe next year (^_^) Yang penting semua family kami menyambutnya dalam keadaan baik...

1st entry selepas Aidiladha & 2nd entry untuk bulan 10/2014. Koleksi Casing Kotak Tisu kami kembali menerjah pasaran Felt Craft!!! Sweet sangat-sangat casing kotak tisu ni. Korang jangan tak percaya, kami pun ada jahitkan 1 casing kotak tisu untuk kegunaan kami juga. Benda cantik kot...hehehehehe...
Ini adalah semasa proses menyiapkan Casing Kotak Tisu yang di tempah oleh Siti Zuhila. Customer kami sorang ni memang cukup-cukup senang untuk berurusan. Kami tak perlu nak serabutkan kepala sebab dia pun seorang yang easy going. Dia hanya kata :

" Saya nak tempah 2 unit Casing Kotak Tisu & sis design la macam mana pun janji cantik!!! Saya nak hadiahkan kepada suami & ayah saya..."

See.... camne happy nye dia...!!! Terima kasih sangat-sangat Siti Zuhila kerana percaya 100% kepada kami untuk siapkan casing kotak tisu ni.. Love you so much!!!

Koleksi : Casing Kotak Tisu.
Kod : CT011014
Saiz : Standard saiz kotak tisu. 
100% jahitan tangan.

Kotak tisu ni special untuk en.suami Siti Zuhila iaitu En. Saiful...Nama AUNI & ATUL tu adalah nama anak-anak mereka. Maknanya Casing Kotak Tisu ni mewakili hadiah dari puan isteri & anak-anak kepada suami a.k.a ayah kepada anak-anak mereka...sweet kan!!!!

Koleksi : Casing Kotak Tisu.
Kod : CT021014
Saiz : Standard saiz kotak tisu.
100% jahitan tangan.

Yang ini pula Siti Zuhila hadiahkan khas kepada ayahanda tercinta. Kami menggunakan icon misai Wak Doyok tu sebagai simbol ayah... Setiap sisi casing kami jahitkan misai tu, nampak macam cantik jer...cute!!!!

Ini juga antara koleksi kegemaran kami. Siapa yang takut cepat kotor kalau guna warna putih ni, jangan risau. Kami pun jahitkan 1 untuk kami couple pillow & casing kotak tisu. Dah nak sampai 1 tahun tapi still putih berseri... Kalau terpalit kotor sikit, boleh tepuk-tepuk tempat kotor tu, insya Allah hilang. Nak basuhkan pun boleh then terus jemur... Memang kain felt kami boleh di basuh... (^_^)

Amacam??? Korang berminat untuk membuat tempahan dari kami??? Still tak tahu caranya??? Don't worry, semuanya senang sangat-sangat... Hanya di hujung jari korang je... Sambil-sambil dating pun boleh buat tempahan kepada kami...

Sebarang tempahan, boleh melalui :-
  1. ORDER FORM kami di bahagian paling bawah Blog ini..
  2. Email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com ..
  3. PM kami di Page QasehMuslimah.Munirah
  4. WhatsApp kami di No : 011-2427 4941
Terima kasih kerana sudi luangkan masa korang membaca entry kami kali ini...
enjoy shopping & crafting with us...

2 comments :

  1. Replies
    1. terima kasih...
      kalau Ainim berminat nak tempah, just PM saya tau

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)