Enjoy shopping & crafting with us..

Friday, August 19, 2011

Semput........ Semput........... Semput..........

Salam Ramadhan utk sume...
Tup...tap...tup...tap...dh 19 hari kt bpuasa. Kejap je rasanya... Sekarang ni dh start edisi shopping brg2 raya... Tiap2 hari kat shopping complex, penuh je org... Berebut2 mncari kelengkapan raya. Memang happening r!!! Tapi kadang2 dh semangat pilih barang tp bl tengok line kaunter bayaran, trs rasa mcm mls je nk beratur!!!
2 hari lepas, aku g shopping brg2 raya ngn husband aku. Beli skit utk family di KB, family di Ipoh. Utk diri sndiri? Nnt dl.... dh last2 nnt br shopping utk diri sndiri. (^^,)
Banyak giler r SALES kat TESCO SECTION 18. Tudung, baju kurung, baju melayu, jubah, mcm2 lagi r... Mata aku ni macam lgsg xnk bkelip sbb takut tlepas tgk barang2 yg mayb bkenan di hati (tamak tol aku ni kn...hehehehe)
Seronok sgt bshopping ni. Bagi aku kaum Hawa ni mmg HEBAT bershopping & MERANCANG. Mcm aku r jgk! Fasa pertama, aku akan survey je de hujung kiri smpi hujung kanan. Aku wat perbandingan hrga & qualiti! (^^,)  Fasa kedua br r proses penawaran & membeli. Sbnrnya aku ni bkn jns giler2 shopping. Aku suka tgk org shopping. Aku pn jns cerewet skit bab bshopping ni. So, husband aku AMAT BERTUAH memiliki isteri mcm aku ni... Ahaks... (^^,)
Okey, bbalik pd citer aku td. Aku habiskan masa hampir2 2 jam dok bshopping smlm. Sampai'n husband aku pening dok ikut je aku tp xbeli pe2 pn lg. Smpi kat 1 kedai jual pelbagai koleksi tudung & selendang tu, aku stop lgkh aku & senyum pd husband aku. Kami pilih bberapa helai tudung. Adik promoter kat situ agaknye letih melayan kami. (sowi ek adik...) 
Dah abis pilih, so akauntan bertauliah aku a.k.a MY LOVELY HUSBAND pn keluarkn bbrapa keping "note wangi" dr poket die...hehehehe...
Lastly, on the way nk balik ke kereta,  husband aku tanya :
"Berapa duit habis mlm ni?" husband aku tanya smbl pndg2 sekeliling.
Aku pn dengan semangat mengira JUMLAH PELABURAN malam tu. Tanpa syak wasangka, aku pn jawab dengan bangganya.
"Sume skali lebih kurang RM 98.00 rasanya. Ke ada pe2 lg sayang xkira?"
"RM 98.00... adoiii...semputttttt....semputttt....semputttt...." balas husband aku smbl usap2 dada die.
Reaksi muka & tingkahlaku husband aku tu memang membuat aku tergelak besar selepas aku inform die psl duit keluar tu. Aku mmg langsung xbudget die akan cakap camtu. Geli hati aku tu smpi ke rumah masih terasa. Kadang2 aku sngaja usik2 die dgn perkataan "SEMPUT" tu...
Kecian husband aku... hehehehee

***agaknye klu ckp psl duit raya, nk shopping kat KB, mesti husband aku ckp mcm 2 lg... "semputttt....semputttttt....semputttt..."
(dialog dr kump. Sepah time Maharaja Lawak)

Aku ader terjumpa TIPS MEMBELI BELAH PADA MUSIM PERAYAAN ni. Buat rujukan & ingat utk diri sndiri & korang gak. Harap2 tips ni dapat membantu korg dalam merancang perbelanjaan korang. So, selamat berbelanja...


•    Buat persiapan awal. Jangan beli secara tergesa-gesa. 
•    Sediakan rancangan perbelanjaan dan senarai barang-barang yang hendak dibeli.
•    Buat belanjawan.
•    Beli mengikut kemampuan masing-masing.
•    Janganlah berbelanja jika anda ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran anda.
•    Elakkan berhutang. Jika terpaksa membeli secara ansuran, pastikan anda mampu membayarnya secara bulanan dan tidak melebihi kemampuan kewangan anda.
•    Jangan membeli lebih daripada yang dirancang. Elakkan membeli mengikut perasaan dan secara spontan (impulse).
•    Berhati-hati menggunakan kad kredit. Anda mungkin tidak sedar anda berbelanja lebih daripada kemampuan kewangan anda. •    Pastikan anda membuat perbandingan harga dan kualiti sebelum membeli.
•    Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah. Ambil kesempatan terhadap potongan harga dan diskaun yang ditawarkan.
•    Sekiranya membeli barang-barang secara pukal, gunakan perkiraan unit harga untuk melihat sama ada ia lebih murah daripada membeli secara berasingan dalam unit kecil.
•    Kalau membeli banyak barang sekaligus, semak supaya anda tidak membayar lebih daripada yang sepatutnya kerana kesilapan pengiraan oleh juruwang.
•    Periksa semua barang yang dibeli. Pastikan tiada sebarang kecacatan atau kerosakan pada barang.
•    Jangan membeli kerana terpengaruh dengan iklan.
•    Untuk barang makanan, pastikan ia belum menjangkaui tarikh habis guna atau tarikh luput.
•    Untuk pakaian, belilah yang sesuai dengan peringkat umur pemakai serta periksa kualiti kain. Pakaian yang mahal tidak semestinya tinggi kualitinya. Untuk kanak-kanak, beli saiz pakaian yang lebih besar sedikit kerana mereka membesar dengan cepat. •    Gantikan perhiasan yang perlu ditukar sahaja. Kain sarung kusyen, langsir dan alas meja yang elok masih boleh digunakan lagi.
•    Gunakan kreativiti anda untuk menghias rumah tanpa menggunakan perbelanjaan yang besar.
•    Jangan masak berlebihan. Cuba anggarkan jumlah tetamu yang mengunjungi anda dan masak setakat yang diperlukan sahaja. Jika perlu, simpan stok makanan mentah yang boleh dimasak segera kalau ada lebih tamu yang datang.
•    Makanan yang tidak habis dimakan harus dimasukkan ke dalam peti sejuk secepat mungkin sebaik ia dingin supaya boleh dimakan lagi.

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)