Enjoy shopping & crafting with us..

Friday, August 30, 2013

Tempahan Keychain dari Nana.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Macam mana dengan perkembangan dunia sekarang? Chewah... macam ahli ekonomi lak...!!! Perkembangan kami agak memberangsangkan. Maklumlah, PROMOSI MERDEKA dah start. Korang jangan lupe join PROMOSI MERDEKA kami iaitu bermula pada 21.08.2013 hingga 20.08.2013...
Untuk keterangan lanjut, terus klik di sini PROMOSI MERDEKA KE-56

Hari ni kami hendak update tentang tempahan-tempahan yang telah selamat kami siapkan. Terlalu banyak list menunggu untuk di masukkan dalam blog. Kami betul-betul tidak sempat & menang tangan! So, kalau korang punye tempahan tidak keluar dalam blog kami ni lagi, mohon tunggu & sabar ek... Kami cuba sedaya upaya untuk update semuanya...

Tempahan kali ni adalah dari Nana (FB : Diyana Azahar ). Keychain yang comey-comey ni adalah permintaan dari beliau. Dia mahukan keychain yang nampak comey, cute & terpampang namanye... Katanya nak comey macam dirinya juga...hehehheehe...


 Ini adalah dari side depan keychain Nana.


 Ini lak side belakang... comey tak???


Nana adalah salah seorang customer tetap kami. Dari koleksi felt craft hinggalah tudung bawal, nama dia adalah antara yang tersenarai. Alhamdulillah, kepercayaan yang di beri jangan di persia-siakan... Terima kasih banyak Nana ek (^_^)
Jom kita zoom satu-persatu keychain ni...

Kod : KC 160813
Keychain burung hantu. Simple je tapi tetap nampak comey dengan gabungan warna yang menyerlah!

Kod : KC 170813
Keychain bunga ini kami pernah hadiahkan kepada Nana dulu. So, kali ni Nana order keychain yang 100% sama dengan yang kami design kan dulu.
 
Kod : KC 180813
Keychain LoVe yang menjadi kegilaan ramai & juga kami...!! suka sangat2 ngan keychain LoVe ni.. Lebih-lebih lagi dengan gabungan warna yang cukup terserlah!

Amacam, cantik tak? Korang tak mengidam ke nak wat tempahan dengan kami bila tengok semua koleksi keychain & koleksi-koleksi kami yang lain? 
Kalau korang berminat untuk tempahan, sila ke ORDER FORM kami & isi apa2 yang patut. Tak pun korang boleh email kepada kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com atau terus je PM kami di FB & Page QasehMuslimah.Munirah. Senang sangat2...

Terima kasih kerana luangkan masa membaca entry kami...
enjoy shopping & crafting with us...

2 comments :

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)