Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Apa khabar semua?? Hari ni kami kembali dengan entry yang cukup menarik. Agak dah seminggu kami tak update blog. Maklumlah, kerja-kerja crafting & menjahit ni perlukan penelitian 100%... Kalau buat setakat siap je, langsung hilang kualitinya. Iye tak?
Entry pada kali ini kami share dengan korang tempahan yang kami terima dari sepupu kami iaitu Yana (FB: Fatin Ilyana). Dia mahukan headband & handband untuk anak keduanya iaitu si comey, Maryam... Maryam ni memang comey sangat-sangat... Mesti dia banyak ikut Makngah dia ni kan...hehehehehe..
Ini dah siap jahit bunga & nama tapi belim di jahitkan & di letakkan di getah headband & handband lagi.. Pilihan warna adalah dari Yana juga, khas untuk anak kesayangannya. Kami pula jahit dengan penuh kasih sayang khas untuk anak buah comey kami ni... (^_^)
Ini dah 100% siap!!! Kami hiaskan dengan mutiara di tengah- tengah bunga bagi naikkan lagi seri headband & handband Maryam.
Untuk makluman semua, getah headband & handband ini adalah material yang sesuai untuk baby. Ianya elastik & tidak ketat bagi memberi keselesaan kepada baby kita. So, korang semua tidak perlu risau kalau hendak hiaskan anak korang dengan getah headband sebegini.
Gambar Maryam bersama-sama headband & handband nye.. Tetap nyenyak tidur... Comey kan budaknya. Muka tenang je, lembut je... Semoga Maryam terus menjadi Maryam... amin..
Jika korang berminat untuk dapatkan headband & handband seperti baby Maryam, boleh terus PM kami di FB & page QasehMuslimah.Munirah. Ataupun boleh terus email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com ataupun dengan menggunakan ORDER FORM kami di bahagian bawah sekali blog kami ni.
InsyaAllah kami akan cuba reply setiap pertanyaan, permintaan & message korang dalam masa 24 jam.
Terima kasih kerana sudi luangkan masa membawa entry kami...
enjoy shopping & crafting with us....
No comments :
Post a Comment
Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)