Enjoy shopping & crafting with us..

Thursday, September 26, 2013

Tempahan dari Wirdiana.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Lama sangat-sangat kami biarkan blog ni tanpa di update. Busy dengan kerja-kerja menjahit sambil beberapa business kami yang lain. Banyak yang perlu kami ambil perhatian. Dan nasib saya baik mempunyai suami yang ringan tulang & memahami. Alhamdulillah...

1stly, kami mohon maaf kepada customer kami semua kerana agak terhad masa kami untuk reply message, email & WhatsApp kalian. Kami memang tidak menang tangan. Sampaikan kesihatan pun tidak terjaga. Tapi sekarang kami beransur-ansur sihat & cuba manage setiap jadual kami dengan baiknya. Insya Allah...

Entry kali ni kami bawakan koleksi kami yang di tempah oleh Wirdiana Yusoff (FB: Wirdiana Yusoff ). Salah seorang customer kami yang cukup rilex & sempoi. Kami senang berurusan dengan beliau. (harap-harap Wirdiana pun berpuas hati & senang berurusan dengan kami juga!). Semoga kita dapat berurusan lagi selepas ini (^_^)...
Oklah, jemput semua jenguk-jenguk koleksi kali ni...

Inilah koleksi dari kami yang telah di tempah & telah pun selamat di terima oleh Wirdiana. Cantik tak? Mesti korang jealous sebab tak dapat apa yang Wirdiana ni dapat kan...hehehehe

Kod : HB 020913
Headband yang comey ni adalah untuk si cantik AUFA... secantik orangnya... Pemilihan warna adalah daripada Wirdiana sendiri. Bunga Melur 3 layer memikat hati Wirdiana.
Kod : PC 010913
Wooden Clip Butterfly ni kami hiaskan dengan labuci butterfly juga. Berkilau bersinar bak berlian menambahkan lagi seri exclusive wooden clip ni. Ianya simple but nice.
Kod : PC 020913
Wooden Clip Flowers ni pula kami tetap hiaskan dengan mutiara yang menyerlahkan lagi keindahan bunga ini. Padanan warna juga memainkan peranan yang penting bagi memberi impak kepada hasil kerja kami.
Kod : PC 030913
Wooden Clip LoVe ini pun kami hiaskan dengan mutiara & seni jahitan yang kemas & teliti tetap menjadi keutamaan kami. Ini adalah antara design yang menjadi kegilaan customer kami. LoVe menjadi sumber kasih sayang & cinta kita.. (^_^)
Kod : PC 040913
Wooden Clip Ribbon ini pula kami hiaskan dengan butang 4segi berwarna dark choc! Cantik & kemas. Kami juga suka & geram sangat-sangat bila dah siap wooden clips ni. Insya Allah kami akan siapkan untuk simpanan kami pula. Untuk list jualan, insya Allah akan masuk tidak lama lagi...

Lastly, inilah hasilnya. Bila di kumpulkan semuanya, nampak comel sangat-sangat! Mata kami yang mengantuk ni terus menjadi segar. Badan & otak kami yang penat ni terus bertambah-tambah semangat...

Kalau korang semua berminat untuk memiliki apa yang telah Wirdiana dapat ni, korang boleh terus isi ORDER FORM kami. Ataupun email kami menerusi qasehmuslimah.munirah@gmail.com. Boleh juga PM kami melalui FB & page kami. Tempahan dari korang semua memang kami alu-alukan.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca entry kami kali ni. Silakan komen & membuat tempahan... (^_^)

enjoy shopping & crafting with us.....

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)