Friday, October 4, 2013

Tempahan Keychain dari Ika & Kak Yang.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Salam Jumaat kami ucapkan kepada semua. Alhamdulillah kami di beri peluang oleh-Nya untuk update blog pada hari ni. Semua order bagi bulan September 2013 telah kami siapkan & pos. Insya Allah kami akan mula proses menggunting & menjahit order bulan Oktober 2013 pada petang ini ataupun esok hari. Badan & otak perlukan rehat sikit. Maklumlah dok ngadap menjahit je. Mata pun boleh naik letih...

Alhamdulillah, kita masih mampu bernafas & menjalani rutin harian kita serta mencorakkan hari-hari kita di bulan Oktober 2013 pula. Oleh itu jom kita sama-sama mengucapkan kesyukuran kepada-Nya.

Untuk pembuka bulan Oktober 2013 ini, kami masih lagi dengan koleksi keychain kami. Pada kali ini ada unsur-unsur K-Pop sikit. Empunya keychain ni minat sangat-sangat K-Pop.. Kalau korang nak borak-borak tentang K-Pop, bolehlah berkawan dengan mereka..hehehehe..
Apa yang kami maksudkan K-Pop tadi? Jom terjah...

Kod : KC011013
Gabungan warna yang cukup menarik & menonjol. Kalau peminat K-Pop, siapa tak kenal dengan group 'SHINEE' & 'SUJU' .. Memang terguling-guling lah kalau dapat keychain ni...

Kod : KC021013
Ini pula design yang sentiasa mendapat sambutan. Lambang hati menandakan kasih sayang.. Khas untuk 'SOFIYA'... suka sangat-sangat nama tu!

Kod : KC031013
Keychain Love lagi tapi kali ni nama lain pula. Tuan punya pun berbeza. 'CHIKI'.. Unik kot nama tu! Siapa nak???

Kod : KC041013
Keychain K-Pop lagi. Group 'SHINEE' sekali lagi menjadi pilihan.. Rock the WORLD katanya!!!

Kod : KC051013
Keychain Love kali ni dengan nama 'ZILA'.. background berwarna biru gelap & nama pula gabungan hijau dan kuning!

Kod : KC061013
Keychain Love kali ni agak sweet gabungan warnanya. Kami suka juga kalau gabungan warna sebegini, terasa lembut!

Itulah yg kami maksudkan dengan unsur-unsur K-Pop... Biasalah sekarang ni masing-masing gilakan K-Pop. Kami pun sukakan K-Pop tapi sekadar suka tengok rancangan Running Man sahaja setakat ni. Kalau cerita Korea tu kadang-kadang layan juga.

So, kepada peminat K-Pop, korang boleh juga membuat tempatan sepertimana yang telah di tempah oleh Kak Yang kawasan ni... (^_^) Seperti biasa, tempahan boleh di buat melalui email qasehmuslimah.munirah@gmail.com , PM kami di FB Page & melalui ORDER FORM kami... senang sangat2.. semuanya di hujung jari anda...

terima kasih kerana sudi singgah & baca blog kami...

enjoy shopping & crafting with us...

~KAMI NAK CURI MASA KORANG SIKIT~
#ada pengumuman sikit.. Kami telah join Photo Contest di mana 50% di kira melalui VOTE di FB & 50% lagi daripada admin contest. So, kami nak minta jasa baik sahabat semua untuk VOTE kami dengan klik LIKE di link ini...  Photo Contest
Thanks in advance dari kami...

2 comments :

  1. Replies
    1. hehehe...boleh sgt2...isi order form...tempahan Crew Fathi amat di alu-alukan...hehehhe

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)